Isnin, Disember 28, 2009

biasalah, semester baru dah buka

bila dah kembali ke sekolah, baru ada idea nak tulis sesuatu.tapi bukanlah idea gila bombastik fantastik optimistik mahupun drumstik.

seperti biasa cerita sama lagi basi bila masuk semester baru ialah pasal bilik.

mungkin kurang sikit basi sebab aku dapat desa baru yang jauh gemilang mata memandang. paling gemilang bila aku dapat tingkat 4. memang gemilang sebab aku baru nampak ada kebun sayur kat belakang ni, dan dengan konfiden mata aku tak rabun, aku rasa aku nampak didi lalu situ meninjau-ninjau kebun sayur itu. mati-mati aku ingatkan dia main barn buddy, baru nak paksa jadi neighbour sebab bolehlah aku curi hasil tanaman dia nanti, tapi rupa-rupanya kebun sayur betul.


heh, sekurang-kurangnya aku tak perlu risau dah pasal masalah kemalasan aku bersenam. sebab ternyata masalah ini selesai-setiap hari turun naik 4 tingkat dan menapak ke sekolah yang agak jauh lah juga. menapak pergi dan pulang dengan muka comel lagi kasihan. tak hairanlah pakcik bas tadi offer suruh naik bas masa balik dari kelas malam walaupun kami tak lambai-lambai dia pun. terima kasih pakcik.


baru-baru ni dapat ym fiza dengan hada. i guess they missed me already haha perasan. harap-harapnya fiza jumpalah sumber inspirasi yang lebih baik (ada ke dia kata aku sumber inspirasi dia sebab dia cerita result dia meningkat. celah mana punya inspirasi pun aku tak tau haha)dan harap-harapnya hada enjoy microbiology lab walaupun hada kata microbiology susah (kalau ada apa-apa tak faham, tanya je akak forensik yang baru masuk tu, mana tau kot-kot dia tau).

apa-apa pun, kalau betul kehadiran aku dapat membantu dengan sesuatu atau memberi inspirasi kepada orang lain (apa ayat aku berbelit), i'm so happy with that. terharu beb dengar walaupun bunyi macam kelakar.




err mungkin aku patut cuci muka sekarang.

Sabtu, Disember 26, 2009

Khamis, Disember 24, 2009

ucapan tahniah

sempena keputusan PMR yang diumumkan hari ini,
saya nak ucapkan tahniah kepada calon-calon PMR dan guru-guru SMAPK yang pastinya telah berusaha gigih, atas kejayaan cemerlang yang penuh dengan warna berterbangan dalam PMR 2009! :)

Jumaat, November 20, 2009

jam-jam terakhir di kelantan

akhirnya sudah habis exam.




esok balik Penang.

masa kemas-kemas barang, teringat pula hari pertama aku sampai sini.
hari pertama aku memberontak tak nak duduk bilik 342 ini.
hari pertama siap berniat jahat nak squatting kat nurani.
hari pertama ulang-alik angkat barang pergi nurani.



tapi lepas itu aku pasrah saja.


ada hikmahnya aku dapat bilik ni.
roommates aku 2-2 baik.
selalu bagi aku makanan free (ini memang selalu haha)
selalu layan aku bergosip.
selalu melayan kucing pakai loceng dalam bilik (aku dengan Ada je, Fiza geli dengan kucing haha)
tak kisah aku tertidur dengan lampu terbuka ke tertutup ke.








kepada Fiza dan Ada,
terima kasih sangat-sangat.
minta maaf salah silap semua.
kalau ada peluang dan masa, mungkin kita akan jumpa lagi.


oh ya, lepas ni kalau makan, mesti habiskan tau.
sebab akak tak ada dah nak tolong habiskan kalau korang tak habis makan :P
selamat berjumpa roommate baru semester depan. siapa agaknya :)

Khamis, November 19, 2009

entri tak patut tapi dipatutkan.ada boleh?

aku bosan. tak larat ulang nota banyak kali walaupun aku tak ingat pun betul-betul semua. puan abang beca tag aku, pasrah je la.

arahan mudah: cuma satu perkataan, tak boleh hurai.

1. Yourself:bosan

2. Your boyfriend:takda

3. Your hair:serabut

4. Your Mother:comel

5. Your Father:tinggi

6. Your Favorite Item:laptop

7. Your dream last night:serabut

8. Your Dream Home:comel

9. The Room You Are In:kecil

10. Favorite colour:hitam

11. Your fear:kesunyian

12. Where do you want to be in ten years:rumah

13. Who you hung out with last night:takda

14. What You're Not:talkative

15. Your Best Friend:bahagia

16. One of Your Wish List Items:smartphone

17. Your Gender:perempuan

18. The Last Thing You Did:mengkritik

19. What You Are Wearing:sweater

20. Your Favorite Weather:hujan

21. The Last Thing You Ate:nasi

22. Your Life:campur-campur

23. Your Mood:mengantuk

24. Who are you:perempuan

25. Who Do You Want To Tag: no-one

Selasa, November 17, 2009

badan aku memang kompleks

bermula semalam, aku macam tak ada selera makan.
aneh.


aku tak suka macam ni.
sebab nanti kebolehan perut aku untuk mengembang secara luar biasa akan menurun.
nanti aku kurang boleh makan banyak-banyak.
boleh makan banyak-banyak, tapi kena berperingkat,
supaya kebolehan perut aku untuk mengembang kembali semula.





heh.
sedap pulak burger yang aku makan ni.
nasib baik tak bagi orang kat bilik sebelah.
*sebab masa balik dari pasar malam, mood aku hilang, terus rasa nak bagi burger ni kat orang lain haha*




STADI LA WEI!! SATU PAPER JE LAGI!!!

daripada puan abang beca

puan abang beca telah mengetag saya.

1. Adakah anda rasa anda hot?

kadang-kadang. hahahah. perasan.

2. Upload gambar kegemaran anda


3. Takde soalan, rasanya kena cerita pasal gambar kat atas la kot.

Jam baru beli. hehe

4. Bila kali terakhir makan pizza?

Bulan puasa. aiseh, teringin la pulaak.

5. Lagu terakhir yg anda dengar?

Lady Gaga - Bad Romance. encik Fariq promo.

6. Apa yg anda baru buat selain dari menyelesaikan tag ni?

aku baru bangun tidur da. bangun-bangun terus on laptop.

7. Selain nama anda sendiri, anda dipanggil nama apa?

dibah, deep, adib, deebo, biskutmeri, fifi (zaman matriks. erma seorang je panggil i fifi. pelik lah erma ni)

8. Tag lagi 6 orang

aish sape eh.

amar
ateem
mejah
wajdi
anep
badshah

9. Siapakah orang no 1 pada anda?

kawan sekolah menengah. pernah satu dorm. bakal doktor gigi comel. hehe

10. Kata sesuatu pada org no 5

bila nak belanja aku makan?ahahah

11. No 3 ada hubungan dgn sape?

mardziyah kot nama dia. aku tak reti eja lah. sori mejah. hehe

12. Bagaimana dengan org no 4?

hahahaha. aku kurang pasti status mereka yang sebenar. so, tak nak lah sebut nama dia. hehe

13. Pesanan kepada org no 6

selamat hari raya!

Isnin, November 16, 2009

liar, liar

i hate lying to myself.









but i always do it.
it's not easy to be honest, i guess.








at the end of the day, i'll get myself hurt from that.
and i hate it.

Selasa, November 10, 2009

internal affair

aku: haipp!habiskan belajar semua dulu baru makan!

aku juga: huuu.laparlah. susah nak berfikir.

aku: tak boleh tak boleh! kena habiskan semua dulu! esok exam kan?!

aku juga: sedih. huuuu.

aku: kau nak apa yang jadi semalam berulang lagi?kau tak ingat yang kau tidur hampir seharian, bacanya seciput je! macam mana kau nak jawab esok??!!

aku juga: yelah yelah.




ada bunyi YM:

rohan: cik biskutmeri, hari ni kita makan awal, pukul 11.30. ok?

biskottmeri: ok



aku juga: yay makan!

aku: haipp! belajar! belajar! belajar!

aku juga: baikkkk. *mengecilkan diri sendiri, membawa diri ke penjuru bilik*





yaaaaaw. stres nak exam esok!

Ahad, November 08, 2009

balada buat bonda tersayang

mak,
ketahuilah,
andai aku punya syarikat penerbangan,
sekarang juga aku terbang pulang ke rumah,
tak kisahlah landing di JB pun,
satu, sebab muar tak ada airport,
dua, sebab andai aku punya drebar dan kereta limousin,
lepas landing, aku minta dihantar ke rumah sekelip mata.




mak,
ketahuilah,
anakmu ini sungguh lapar sekarang,
dan bila saat-saat kritikal begini menyinggah,
anakmu ini jadi tak tentu hala,


kerna segenap otakku dipenuhi dengan bayangan lauk-pauk yang enak,
dan aku dapat lihat mak sedang tersenyum di dapur,
sedang menghidangkan lauk-pauk tersebut di atas meja comel itu,
oh,
memang menggiurkan.


*tak payah ambil dadah, perut lapar pun dah boleh high. dadah musuh negara*


ketam masak cili, ikan asam pedas, sambal goreng,
tidak lupa ulam dan sambal belacan,
lebih bagus jika ada jantung pisang tumis pedas,
atau boleh diganti dengan pucuk paku ditumis pedas,
dan sambal petai walaupun puan Siti pasti memuncung di tepi dapur sebab dia tak suka bau petai,
biarkan dia mak, dia duduk rumah, hari-hari boleh makan apa yang mak masak,
tapi, anakmu ini?
isk isk isk.
kalaupun anakmu ini terjumpa sambal petai masa jalan-jalan nanti,
anakmu ini tak akan makan, mak,
sebab nanti orang lain komplen tandas bau petai,
kalau tandas rumah kita tak apa, tak ada orang komplen, kalau puan Siti nak komplen pun, dia komplen sikit je.

tidak mengapa mak,
orang dengan mak dengan ayah, kita buat geng petai eh. eh lupa dengan Udin sekali, Beha tak payah, dia ikan pun tak makan.



sambung balik.

ketahuilah,
bahawasanya anakmu ini tidur dalam kelaparan malam tadi,
walaupun telah makan pada jam 8 malam,
ketiadaan kedai mamak terdekat memaksaku tidur dengan penuh sayu dan syahdu,


tidak mengapa mak,
walaupun ayat-ayat anakmu ini kelihatan sayu,
jangan dilupa, anakmu ini kental orangnya,
isk isk isk.




sekian, balada ORANG LAPAR.




*idea ber-balada datang selepas pergi sini dan sini.
bahana melompat-lompat di blog yang penuh gambar makanan. isk.

Sabtu, November 07, 2009

:D

pagi-pagi dah mulakan hari dengan perasaan saaangat gembira.
:D

sila lihat sini.
siap baca banyak kali, mana tahu kot-kot ilusi optik ke apa.hihi.


apa-apa pun, terima kasih K-Un dan juri yang sudi memilih entri saya! :D




oh ya, terima kasih incek Fariq. hehe.


*haih senyum lebar :)

saya tujukan lagu ini untuk semua orang ya.
:)

Rabu, November 04, 2009

sedikit fakta rawak sebab aku tak boleh tidur petang

- aku tak pernah tidur di hospital. tapi malam tadi aku tidur di wad kecemasan selama..err..10-15 minit kot? hospital sejuk sangat lah. aku tak teringat pula nak bawak stokin, pakai selipar pulak tu. oh ya, berbantalkan nota TDM.

- aku tak suka bawang goreng. dan aku tak paham kenapa orang suka. rangup?baik makan keropok ikan. sedap? apasal lidah aku rasa pahit. tapi, aku tak boleh salahkan mereka kerana menggemari bawang goreng. sebab nanti mereka timbulkan persoalan lain kepada aku seperti kenapa aku suka makan taugeh atau kenapa aku suka makan peria-bukan peria pahit ke? dan lain-lain.

- sekotak biskut jacob's, sepeket teh lipton uncang, sepeket nescafe 3 in 1 merah, sebekas kerepek kentang mr potato, dan secawan mamee express perisa ayam bawang goreng masih tak berusik setelah sekian lama aku beli. berhabuk dah agaknya. aku memaaaaang lambat habiskan stok makanan sendiri. sebab kalau aku lapar, aku malas nak makan benda ringan-ringan macam ni, aku nak makan nasi, nak air sedap selain teh dan nescafe (tapi kalau kat kedai, aku order teh O' ais juga). tapi aku suka habiskan stok makanan orang lain (jika dijemput ok. aku tak kejam).

- aku cuba memahami kenapa orang menggilai choclairs macam dalam tv. aku cuba untuk menggilai choclairs, tapi gagal. kesannya, choclairs yang diberi oleh teman sebilik tidak berusik. kan aku dah kata, aku kalau lapar nak makan nasi.

- aku jaaarang mengambil sarapan pagi di hostel atau di uni walaupun sarapan adalah permulaan hari anda. sebab di bilik mana ada makanan berat-berat seperti nasi berlauk atau mihun. lepas itu aku malas nak keluar pergi cafe pagi-pagi sebab malas nak siap-siap. punca utama: malas.

-masih pasal sarapan. aku selalu sarapan nasi berlauk di rumah. kalau makanan lain seperti kuih, jemput-jemput, atau pisang goreng, aku tak eksaited. mihun masih dilayan sebab aku boleh makan banyak-banyak. kalau ada nasi lemak, laaaagi aku eksaited sampai 2 bungkus aku boleh telan.

-aku tak suka roti canai kosong. kalau roti canai telur, aku terima.

- dah enam perenggan aku cakap pasal makanan.

- ok,pasal lain. aku tak suka cicak. saaaaangat menggelikan ok. aku tak boleh terima kalau cicak jatuh atas kaki aku. dan aku tak boleh terima kalau cicak jatuh atas lantai, terutamanya jatuh sebab asyik 'buat projek'. isyyyyyy.

- aku baru beli beg warna kuning terang. tak pakai lagi. ingat nak pakai masa pergi peperiksaan tadi, tapi macam tak ada fungsi.


sudahlah tu.

Khamis, Oktober 29, 2009

surat untuk yang berkenaan: edisi kebakaran.

haih. saya memang akan back-up kawan saya yang saya rasa patut saya back-up. normal lah tu.


tapi tak terlintas pula nak boikot anda. sebab tak ada alasan untuk saya boikot. saya cuma membebel sikit je (walaupun memang pasti bebelan itu sekadar meluahkan rasa tak puas hati saya, bukan untuk memberi kesedaran. haha)

saya bukan perempuan luar biasa (saya cuma perempuan separa aneh).


naluri keperempuanan saya memang macam ini. tak tahulah kalau naluri keperempuanan orang lain. siapa yang tak terbakar dengan ayat yang membakar walaupun orang yang membakar tak sedar pun dia sedang membakar. siapa yang tak terasa kalau kawan saya terbakar. tak pasal saya pun boleh jadi terbakar walaupun saya bukan mangsa kebakaran (?)

(ceh ayat dah bernada emo semula hahaha)


kesimpulan, saya tak boikot anda lah. tak ada faedah pun. saya cuma kutuk je kadang-kadang. haha. kutuk dengan boikot tak sama kan? (bagi aku tak sama hehe)




apaapa pun, minta maaf lah ya.

sekian, terima kasih.



yang benar,
perempuan yang berangan-nak-naik-motosikal-dengan-hubby-dia-suatu-hari-nanti-pergi-pasar-dating-sambil-beli-ikan.

Selasa, Oktober 27, 2009

aku ada cerita seram. nak dengar?

meh meh rapat sikit. kata nak dengar cerita seram kan. siries ini cerita seram yang betul-betul berlaku malam tadi.


tak tipu.






kisah bermula...





aku terjaga daripada tidur jam 0025 jam tangan aku dengan nota kemo bersepah-sepah di tepi. maknanya waktu sebenar ialah jam 0010.

suasana dalam bilik sunyi. dua-dua roommates aku dah tidur.


sebaik terjaga, aku sambung membaca faktor yang membawa kepada resistan terhadap agen anti-kanser. mengantuk giler bangang, haus pulak tu. air dalam botol mineral habis dah.

idea datang. aku siap-siap turun ke aras bawah untuk beli air RO dan air gedegang. bawa syiling RM1.70 dan botol mineral kosong.





tap, tap, tap, tap. bunyi tapak selipar jamban aku tatkala kaki-kaki aku yang comel ini melangkah menuruni tangga. eksaited nak beli air gedegang. tekak memang dah haus gilerr.


sampai aras bawah, aku isi air RO dulu. lepas itu aku pergi ke mesin air gedegang. suasana memang sunyi. tapi ada lah juga aku nampak orang dating lagi. aihhh.





klak, klak, klak, klak. bunyi duit syiling masuk dalam mesin.
air apa ya? mangga lah dengan nata de coco.
aku tekan punat kecil.






GEDEGANG! terkejut aku. ambil air gedegang, terus berlari naik tangga, balik ke bilik.




sampai bilik, aku duduk atas lantai, bersandar tepi meja, untuk menikmati air gedegang sambil membaca nota.
suasana bilik sunyi-sepi macam tadi. tapi aku tak peduli semua itu. aku teguk air mangga dengan menggila.


sedaaaaapnya, lega tekak.
sambil baca, sambil minum. ulang-ulang.
lepas itu letak tin di tepi meja.




tiba-tiba,




aku terpandang tin air mangga tadi.
lama aku tenung.
dan aku ternampak sesuatu.








badan aku rasa macam kejung, tak berdaya nak bergerak.
lemah-longlai, macam kosong.
nak menjerit, tapi aku tutup mulut aku.
takut roommate aku terjaga karang, lagi panik nanti.





aku nampak....



















"Kandungan gula dalam setiap hidangan 240mL : 2.98 g"








terus aku berhenti minum air mangga yang tak habis lagi.


aku memang dah sedia maklum 1 tin air memang banyak gula, tapi tak insaf-insaf.
bila terbaca pernyataan itu malam tadi, insaf wehh tiba-tiba.



aku takut.



takut dengan diabetes.



kau orang tak takut ke?
huhu.




*KEMPEN: LEPAS INI KITA MINUM AIR KOSONG JE, OK?

anak angkat baru



walaupun duit raya yang i simpan bawah lipatan baju dalam almari selama 2 tahun habis digunakan, isk isk isk.
i rela.

Sabtu, Oktober 24, 2009

berbelit-belit

bila kita mendapat tahu sesuatu perkara yang kita tak nak ia terjadi telah pun terjadi walhal pada hakikat sebenarnya kita selalu berharap agar perkara itu benar-benar akan terjadi,

ternyata ia amat menakutkan.







mengarut lagi.

edisi mengarut selepas berfikir lebih 2 jam untuk menjawab satu soalan pendek. yaaaw.

memang susah nak mula mengulangkaji (aku lah susah, orang lain senaaaang je.huhu)


jadi, apa yang patut aku buat sekarang?





mungkin aku patut mula mencari skirt buah-buahan atau skirt merry-go-round yang Katy Perry suka pakai.






elok sangatlah tu, lepas itu mata hitam macam mata panda.






p/s: peijan, suara aku langggssssssunggg tak macam Katy Perry. kalau tak, dah lama aku pakai skirt buah-buahan tak pun skirt merry-go-round, lepas itu naik basikal pergi kelas.


p/s/s (ke p/p/s?): terima kasih AJ sebab burn-kan The Resistance khas untuk aku. masyukk beb dengar dalam kereta hari itu. hehe.

Selasa, Oktober 20, 2009

entri geleng-geleng kepala

masa sekolah-sekolah dulu, mak ayah selalu pesan:

"pergi sekolah, belajar. jangan cari boipren. nanti kalau ada boipren, dah tak ingat belajar"

selaku perempuan yang masih awal remaja, aku mengiyakan saja. dalam hati, best juga kalau ada boipren. nak nak hensem macam Johnny Depp tinggi macam yada yada yada. biasalah remaja perempuan.

tapi bagi remaja perempuan sekarang, mungkin kehenseman Johnny Depp dah tak relevan. mungkin mereka lebih mengimpikan boipren seperti Noh Hujan atau Sam Bunkface. budak-budak sekarang kan indie katakan: pakai seluar skinny kotak-kotak dan t-shirt "Saya Sayang Datuk Saya" hahahahaha apa kejadahnya t-shirt macam itu dipakai. aku pun lagi cool.





namun begitu, semakin usia menghampiri penghujung remaja, peringatan supaya jangan cari boipren sudah berubah menjadi pernyataan/soalan yang mengharapkan anda berkahwin lepas graduation atau setahun selepas itu atau paling busuk pun 2 tahun selepas itu.

contoh:

"ko dah ada boipren ke belum?"

atau

"kalau ada 'kawan', cakap jelah dengan ayah. ayah nak tahu jugak"

atau

"carilah sekarang. nanti kalau dah kerja, mungkin susah nak cari" (pulak daah)





tidak lupa juga tersirat dalam dialog seperti ini:



suatu tengah hari selepas kenduri kahwin anak atuk saudara aku

mak: tadi terjumpa cikgu J. dia tanya: yang ini ke yang sebaya dengan anak saya (merujuk kepada aku). lepas itu cakap dengan cikgu J, inilah orangnya.
ayah: anak cikgu J tu ramai yang dah kahwin eh?
mak: ha'ah. tinggal budak itu jelah, tengah belajar lagi (merujuk kepada kawan sekolah rendah aku, aku namakan dia Z).
ayah: dia belajar apa sekarang? (tanya kat aku)
aku: engineering kot. entah tak tahu cerita.
ayah: dia (merujuk kepada cikgu J) tanya-tanya macam itu, kalau anak dia nak kat anak kita, macam mana? (sambil senyum nakal konon-konon kat mak aku)
aku: aishhh ada pulak.
ayah: kalau dah jodoh, tak boleh nak kata apa dah. tengok Siti tu (kakak aku. dia dengan abang ipar aku satu kelas masa sekolah rendah)
aku: *lari pergi tengok tv*


haha sebenarnya pernyataan "anak dia nak kat anak kita" tu tersirat. ayah aku sebenarnya nak cakap dia berkenan dengan kawan aku itu. budak baiklah, hormat orang tua lah, rajin lah, dari dulu dia duk puji-puji budak itu (memang betul pun).








harap ayah mak dapat bersabar dulu. saya macam budak-budak lagi, belum sampai masa barangkali haha.
atau mungkin juga ayah mak boleh tolong carikan untuk saya. hehehehe


aihh entri tak ada kerja.

Isnin, Oktober 19, 2009

jom ramai-ramai tengok Papadom!

semalam aku tengok Papadom kat Melaka Mall. akhirnya tercapai hasrat aku nak tengok Papadom.






komen aku? superbbbbb wehhhhhhhhhhhh!
tak sia-sia aku pergi tengok. memang berbaloi laa duit abang ipar aku (sebab abang ipar aku yang taja. hehe).


barisan pelakon dan penyampaian cerita yang superbb.
cara cerita ini diolah dan disampaikan tu memang terbaiklaaah.
lawak ada, sedih ada.
kalau lawak tu, memang siries lawak gelak menggila satu panggung.
kalau sedih tu, satu panggung senyap menghayati. sampai aku selaku perempuan macho menangis weh kat panggung mbo yang cantik itu. haha.

tak ada spoiler langsung di sini sebab memang kau orang patut tengok sendiri.







siries memang cerita Wajib Tayang..eh Wajib Tonton. hehe.
sokonglah filem Afdlin Shauki! jangan sokong filem Razak Mohaiden hahahahahahahahahahahah.








overall, 6 out of 5 stars weh.

Jumaat, Oktober 16, 2009

"semua orang adalah superhero"

Batman antara superhero yang aku suka sebab bagi aku Batman sedikit logik kalau nak dibandingkan dengan Superman yang datang dari planet Kriptonite atau Spiderman yang kena gigit dengan labah-labah mutasi terus boleh panjat dinding dan buat sarang labah-labah.

walaupun mungkin tak logik juga gadget-gadget Batman terlalu canggih dan tak tercapai akal sangat. haha.




tapi jangan tak percaya: petang semalam aku YM dengan Batman. Batman boleh cakap Melayu baku wo.


flearix: apakah yg sedang ditangkap oleh donnie?
BiSkOtT mERi: ikan kot
BiSkOtT mERi: ahahah
BiSkOtT mERi: eh siapa ni?
BiSkOtT mERi: oh
BiSkOtT mERi: dikau rupanya
flearix: oh sayalah batman yg sebenar
BiSkOtT mERi: wekk
BiSkOtT mERi: kalau kau batman, kau kena pakai spender hitam kat luar
BiSkOtT mERi: wakkakaka
flearix: dan memandu kereta besar
BiSkOtT mERi: iya benar
BiSkOtT mERi: lepas itu kena ada kucing sebagai teman wanita
flearix: mgkin kau boleh jd pemanahku
flearix: robin hood
flearix: dibah hood
BiSkOtT mERi: hahahahhahahahah
BiSkOtT mERi: sila belikan aku motor besar
flearix: ok bereh
BiSkOtT mERi: haha


tapi aku pelik. sejak bila Robin Hood jadi partner Batman? bukan Robin je ke nama dia?

Rabu, Oktober 14, 2009

lega wehh dah dapat pseudo-on-call

pukul 2 tadi aku terjaga dengan terkejut macam nak rak dari tidur sebab telefon aku berbunyi. tachycardia (sila google) betul. mana taknya, aku genggam henset aku kuat-kuat lepas itu letak tepi pipi. volum semestinya maksimum, berdesing telinga aku. ahaha.

jawab soalan pun rasa jantung aku macam laju giler pam. nak buka helaian buku pun menggigil-gigil. berpeluh walaupun sejuk. agaknya, inikah apa yang orang rasa masa hari nak kahwin nanti? (tak ada kaitan. ahahahahahah)





ok, kepala aku sakit lagi sebab bangun terkejut. aishh.


tapi takpe. lepas ini bolehlah membasuh baju dengan aman. hoho.

*stres punya pasal, aku tangguh aktiviti membasuh baju selama seminggu. tinggal sepasang baju kurung saja untuk pagi ini. tak larat lah nak kumpul syiling 50 sen untuk guna mesin basuh. aiyooo. jom basuh baju!

Sabtu, Oktober 10, 2009

arrrrrr

aku paling tak suka bila aku berada dalam keadaan stres/neves/risau yang melampau.
(memang tak akan ada orang yang suka).

aku tak suka sebab nanti aku fikir macam-macam secara melampau lepas itu aku tukar status YM aku banyak kali lepas itu kepala aku jadi serabut sendat semua sambil berdenyut-denyut lepas itu aku rasa tak nak buat apa-apa lepas itu aku ego tak nak makan segala lepas itu tidur mesti mimpimimpi (sila baca senafas).














ok, aku stres pasal pseudo-oncall minggu ini.
arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
aku sekarang baaaaaanyak cakap laaaah.

macam mana eh?

Khamis, Oktober 08, 2009

entri khas buat julung-julung kali: sila jangan baca masa minum air sirap.

*PERHATIAN! GAMBAR LELAKI YANG DITAMPILKAN DALAM ENTRI KALI INI BUKAN GAMBAR BF SAYA.

DIA KAWAN SAYA (SINGLE BUT NOT AVAILABLE, EHEM), TAPI SAYA TERPAKSA MENJADIKAN DIA PASANGAN PALSU DEMI MENYERTAI CONTEST YANG DIWAR-WARKAN OLEH AMAR (APAKAN DAYA SAYA TAK ADA PASANGAN ISK ISK ISK).

HARAP PEMBACA TAK TERLEBIH EKSAITED MENYANGKA SAYA AKAN KAHWIN TAHUN DEPAN HAHA. KEPADA LELAKI DALAM GAMBAR, PINJAM SEKEJAP HAA GAMBAR KAU.







Tidak mengapa jika kamu tidak berminat untuk bermain bola sepak yang BOOLAT,
sebab bola tampar pun BOOLAT juga.

Tidak mengapa jika rambut barumu dikutuk dan dihina,
sebab mereka cuma cemburu dengan gel rambutmu yang berjenama.

Tidak mengapa jika kaca mata putihmu dikatakan sama dengan milik seseorang yang lain,
sebab tak kira apa yang kamu pakai sekalipun, kamu tetap tak sama dengan orang lain.

Tidak mengapa jika kamu sangat gila membeli-belah,
sebab saya rela sakit kaki mengikut kamu walaupun saya tak gila macam kamu.

Tidak mengapa jika orang kata kamu suka membebel,
sebab saya rela mendengar apa saja yang kamu bebelkan kerna bunyinya indah.

Tidak mengapa jika kamu tak mampu membelikan saya sepasang kasut bertatah berlian,
sebab saya cuma pakai selipar.

Tidak mengapa jika kita tidak memakai baju yang sama warna,
sebab kita memang tidak pernah meminati warna yang sama.

Tidak mengapa jika kamu ingin melompat seperti monyet tak sedar diri,
sebab saya akan lompat seperti monyet juga supaya sama comel macam kamu.




BOOLAT biskut kerana acuan Mak Siti,
BOOLAT perut sebab tak bersenam,
cinta tak berbentuk BOOLAT, tapi berbentuk hati,
apa lagi, belanjalah I makan nasi ayam!






sekian entri untuk kali ini. segala kesulitan dan muntah darah amat dikesali.
hahahahaha

[kemaskini] jika anda berminat untuk menyertai, sila ke link blog cik K-UN ini untuk terma dan syarat penyertaan.

**gambar diambil di Kawah Putih, Bandung. kami ke Bandung untuk program Baktisiswa Farmasi USM-UNPAD di Desa Cipelah.

Sabtu, Oktober 03, 2009

apa yang saya suka tentang Hari Raya

what is the best thing about visiting during Hari Raya?





great food. all you can eat until you cannot walk at all.








but actually the most important thing:
you get to know each other and spend time together with your families or friends.
it is indeed joyful and fun.



i just looooove 'jalan-jalan Raya' :)






terima kasih juki sekeluarga. dan err kawan fareq sekeluarga (aku lupa nama kawan dia.haha)
oh ya, terima kasih cik hadz sebab bagi tumpang kereta. hehe :)

Isnin, September 28, 2009

dilema lagi

ada macam-macam jenis dilema.


memang susah kan nak buat keputusan?























KENAPA MESTI ADA JAMUAN RAYA 30 HARIBULAN PUKUL 8 MALAM????!!!!

1 HARIBULAN AKU ADA KUIZ+PRESENTATION YANG PENTING!



MENGAPA MESTI BEGINIIIIIIIIIII.





memang susah kan nak buat keputusan?


makan percuma adalah passion aku.


tapi aku terpaksa berkorban.


sebab kuiz+presentation itu sekali saja.


makan percuma mungkin akan ada lagi nanti.
kan?



*terpaksa menepis segala bayangan hidangan Hari Raya yang enak enak. sedih :(
siapa laa yang hantar flyers jamuan Hari Raya itu ke bilik aku.

Sabtu, September 26, 2009

epilog timun tatkala senja nan merah

berikut adalah dialog pendek sewaktu berbuka puasa di surau bersama teman sebilik, fiza, ramadhan yang lalu.



fiza: eii..sedapnya timunn...kejap lagi lah makan (dia tengah makan nasi, dan dia sedang menyatakan ketidaksabarannya untuk makan timun).
aku: *senyum* (dalam hati, eksaited betul dia ni nak makan timun. mungkin peminat timun)
fiza: kak, tolong 'pass'kan timun tu.
aku: mana? (aku cari timun. tak ada pun timun)
fiza: tuuu (sambil menunjuk ke arah sepinggan tembikai di tepi aku)



aku baru tahu. dia panggil tembikai, timun.

Jumaat, September 25, 2009

kawan saya kahwin tadi. tahniah!


tahniah ida dan suaminya, firdaus!


ida sebaya dengan aku. sama-sama budak pharm usm.
siang tadi aku pergi kenduri kahwin dia di tanah merah, kelantan.
boleh tahan jauh juga, tapi kawan punya pasal, kami harungi juga.


rasa eksaited pulak bila kawan sendiri kahwin.
heheh.


budak-budak smapk tak ada ke yang nak kahwin dalam masa terdekat?
:)

Khamis, September 24, 2009

entri edisi raya 2009

raya aku tahun ini tak berapa meriah.
sebab:

1. tak cukup korum. kakak aku balik kampung mertua. jumpa dia pun 2 hari sebelum raya. tak dapat berlama-lama dengan batrisyia. tak cukup korum memberi impak yang saaaangat besar sebab adik-beradik aku sikit.
2. ayah aku sakit perut pagi raya pertama. jadi, tak dapat ambil gambar pagi hari raya pertama. ambil gambar mesti pagi-pagi sebab bila tengah hari semua dah tidur.
3. raya kedua, abang aku dah balik kampung mertua pula. makin tak cukup korum. dah lah tak selalu jumpa. dan tak dapat berlama-lama dengan adam.






tapi, tak apalah. sekurang-kurangnya ada:

1. duit raya
2. mercun dan bunga api
3. makanan yang enakenak
4. kuih raya beli yang sedapsedap
5. tv


tapi duit raya tak boleh beli kemeriahan raya, kan?



apa-apa pun,
aku suka Hari Raya sebab dapat tengok ramai lelaki pakai baju Melayu. nak nak pakai samping kat dalam.
gilerr smart doh.
serius smart.
selain itu, rasa macam tertonjol sifat penyayang orang yang pakai baju Melayu itu walaupun dia mungkin tak berapa penyayang secara hakikatnya. wakakaka.




Selamat Hari Raya :)

Selasa, September 15, 2009

panic!at the hospital

one of my most surprising days.
and of course, one of the most panic ones.

unexpected thing happened (although i should expect it to happen anyway).




thanks Lai for your understanding and your concern.
and for Aida, thanks for saving me.

:)

Ahad, September 13, 2009

semalam kakak aku sms. mengadu henset dia hilang, sekali lagi. bezanya yang lepas dicuri masa orang pecah masuk rumah aku sewaktu bulan ramadhan tahun lepas. tapi kali ini dicuri sewaktu di sekolah (kakak aku cikgu), sehari sebelum 1 ramadhan (sebelum ni mak aku tak cerita pun, kira aku baru tahu lah ni).

kakak aku jumpa orangorang tua yang 'lebih arif', dengan harapan dijumpai semula henset dia (mau tak sasau, henset tu abang ipar aku hadiahkan. hampir tiap-tiap malam kakak aku menangis pikir pasal henset tu sebab rasa bersalah).

orangorang tua yang dia jumpa kata rakan sekerja punya angkara.

jika benar bagai dikata, tak tahulah aku nak kata apa. tak tahulah dengki ke, terdesak nak henset baru ke, aku pun tak tahulah. padahal sama-sama kerja. kalau nak henset yang mahal, kumpul lah duit. bukannya gaji RM 300 je sebulan.

kalau mencuri sebab miskin, mungkin view aku lain. tapi kalau ada kerja bagus pun nak mencuri, entahlah, aku rasa macam orang tu teruk gilerr.

aku doakan semoga orang yang mencuri tu dilembutkan hati cepat-cepat, semoga dia pulangkan balik barang kepunyaan kakak aku. kesian kakak aku. menangis-nangis dia. huhu. buatnya terdetik di hati dia agar kau-yang-mencuri ditimpa kecelakaan, macam mana?

Jumaat, September 11, 2009

bila dua orang kanak-kanak eksaited menggunakan doodle YM

fArReQ: lukis ayam...
fArReQ: cube try
BiSkOtT mERi: telur ke,,aku ingtkan taik
hahahah
BiSkOtT mERi: ak celen ko jual basikal
BiSkOtT mERi: eh
BiSkOtT mERi: lukis basikal


jual-->lukis. jauh betul bunyi.
hahaha.

Khamis, September 10, 2009

monolog melayang

kosong.

Isnin, September 07, 2009

hari ini aku ada tips istimewa

aku memang tak reti nak jaga baby.
kalau kau orang suruh aku mandikan, aku siries tak reti. aku cuma reti buat-buat muka lawak konon-konon padahal tak lawak langsung supaya mana-mana baby akan terhibur. ceh. tak pun kalau suruh cebuk bolehlah walaupun tak sepantas mak aku buat.
aku takut nak pegang baby sebab bagi aku mereka sangat fragile dan tangan-tangan aku tak cukup lembut untuk itu. haha.

namun begitu, pengalaman ada anak buah sendiri sedikit sebanyak mengajar lah aku sikit-sikit bab penjagaan baby. ok, mungkin apa yang aku tahu cuma 0.5%.

apa-apa pun, aku cukup bangga sebab aku terjumpa satu tips spesial masa aku terpaksa jaga baby kakak aku sebab kakak aku ada kelas tambahan dan penjaga baby tu pulak ada hari terbuka sekolah anak dia, sewaktu cuti semester panjang dulu.

Tips untuk mengelakkan bayi menangis sebab bosan menatap wajah anda.

tips ini sangat mudah, tak perlukan kos yang tinggi, menjimatkan masa, dan terbukti berkesan (aku rasalah berkesan, tapi tak pasti untuk bayi-bayi lain, tapi anda boleh cuba. haha)
pernahkah anda menghadapi situasi di mana baby asyik nak mula menangis walaupun segala macam telah diberikan: susu, mandi, buai, dukung, layanan bercakap, kipas, dan sebagainya?
aku pernah (poyo). semua dah bagi kecuali mak dia laa sebab mak dia belum balik.

oleh sebab aku dah habis idea, tak tahu nak buat apa lagi, tiba-tiba termuncullah mentol tak berjenama atas kepala aku. Plingg!



Dialog antara aku dengan kakak aku masa dia dah balik:

Kakak aku: dia menangis tak masa aku tak ada?
Aku: ada gak cubaan, tapi berjaya dipatahkan.
Kakak aku: kau buat apa?
Aku: aku tanggalkan seluar dia. senang. terus dia gelak-gelak eksaited angkat-angkat punggung.

Kakak aku gelak tak ingat dah lepas itu.

mudah kan? baby gembira, anda pun senang hati.




tapi nampaknya tips ini tidak boleh digunapakai untuk baby yang sedia tak memakai seluar/skirt. jadi sila pastikan baby anda memakai pakaian lengkap sebelum tips ini boleh diaplikasikan.



Dialog antara abang ipar aku dan kakak aku pada waktu yang lain:

Abang ipar aku: siapa yang jaga Batrisyia?
Kakak aku: Dibah.
Abang ipar aku: habislaaaa separa bogel budak tu nanti.


wakakakaka.


tapi janganlaa tiap-tiap kali baby nak nangis, kau orang pergi tanggal seluar/skirt dia. nanti lama-lama dia tolerate dengan cara tersebut, terus dah tak berkesan lepas itu. haha.
apa-apa pun sila pastikan segaaala keperluan dan kehendak bayi tersebut dipenuhi dulu sebelum tips ini digunapakai. sekian terima kasih.



p/s: terima kasih encik peijan! :D








Rabu, September 02, 2009

bila internet tanpa wayar di murni sangat siput

iZzAyU (4:14 PM): diebah
adibah (4:14 PM): yo
iZzAyU (4:14 PM): ko dh bli food?
adibah (4:14 PM): belum
adibah (4:14 PM): ak nak gi bazaaaar nanti
adibah (4:14 PM): ak nk beli CKT
adibah (4:14 PM): hoho
adibah (4:14 PM): ak da target ak nk carik pakcik tu hari ni
adibah (4:16 PM): kenapa?
iZzAyU (4:19 PM): g ngan sape?
adibah (4:19 PM): gi dgn aida
iZzAyU (4:19 PM): rajin nyer
adibah (4:19 PM): nak ikut?
adibah (4:19 PM): saja mengisi masa lapang
adibah (4:19 PM): heheh
iZzAyU (4:19 PM): nk kirim je lah leh?
iZzAyU (4:20 PM): hehe
adibah (4:20 PM): ok nk kirim apa?
iZzAyU (4:20 PM): nk mkn megi
iZzAyU (4:20 PM): nk kirim air je kot
adibah (4:21 PM): air apa?
iZzAyU (4:23 PM): ko nk g ngan sape bazar?
adibah (4:23 PM): aku gi ng aida
adibah (4:23 PM): ko nak air apa?
iZzAyU (4:23 PM): saje jer
iZzAyU (4:23 PM): g ngan pakwe ker?
iZzAyU (4:24 PM): hehe
adibah (4:24 PM): mana ada pakwe
adibah (4:24 PM): makwe ada
adibah (4:24 PM): wakakakakka
iZzAyU (4:27 PM): xkot
iZzAyU (4:27 PM): nk mkn megi jer rnie
adibah (4:27 PM): la ni ko nak air apa?
iZzAyU (4:28 PM): kirim air orange ek
adibah (4:28 PM): okeyhyhhh
iZzAyU (4:28 PM): air orange diebah
iZzAyU (4:30 PM): hehe
iZzAyU (4:30 PM): oren
adibah (4:31 PM): hahahahhaahha
adibah (4:31 PM): salahkan ym ni
adibah (4:31 PM): lambat
iZzAyU (4:31 PM): huhu
iZzAyU (4:31 PM): diebah dh ckp 4 kali
adibah (4:32 PM): hahahahahhahahahahahaha
adibah (4:32 PM): giler lambat ym ni
iZzAyU (4:32 PM): huhu
iZzAyU (4:32 PM): diebahhhhhhhhhhhhhhh
iZzAyU (4:32 PM): tensen dh nie
iZzAyU (4:33 PM): air oren lah
iZzAyU (4:33 PM): huhu
adibah (4:35 PM): sori2 mana aku tahu selambat ini dia keluar
adibah (4:35 PM): heheh
iZzAyU (4:36 PM): diebah dh dapat lum?
iZzAyU (4:36 PM): nak air oren
adibah (4:36 PM): ya dapatttt
iZzAyU (4:36 PM): letih ulang dr td

budak-budak ten ten sila jangan mendabik dada dengan kelajuan internet tanpa wayar di tempat anda. tak baik tahu. haha (ayat-ayat bernada jeles tahap tak ingat).

sesi beramah mesra dengan pakcik sekuriti usm

(bunyi loceng tak berhenti di pusat pengajian perubatan. semua kakitangan sudah berkumpul di padang depan)

pagi ini mood aku baik. saja nak beramah mesra dengan orangorang sini (konon)


pritt..pritt..pakcik sekuriti usm tiup wisel membenarkan aku dan aida lalu situ.


aku yang berhenti sekejap depan pakcik sekuriti usm: ni latihan ke betul-betul? (sambil buat muka prihatin kononkonon)


pakcik sekuriti usm: ni latihan betul-betul (muka siries).


bahahahahaha.

Ahad, Ogos 30, 2009

pusing-pusing terjumpa ini dan ini.
heboh dah pasal isu ni.

yang tak dengar aduan rakyat bermasalah, yang pijak kepala lembu pun bermasalah (kenapa tak pakai lembu hidup je?).



1 malaysia lah sangaaat.
huhu.

Sabtu, Ogos 29, 2009

petang penuh nafsu di Nirwana Maju

suatu petang di Nirwana Maju:

eksaited membeli-belah stok makanan dengan penuh nafsu semua nak ambik masuk dalam troli.
lepas itu eksaited pergi berbaris untuk bayar.
di depan ada 3 orang pakcik tengah berbaris.


lama lah pulak kakak cashier kira-kira semua.




"dik,dik" kakak cashier kaunter sebelah panggil.
aku toleh.


" kaunter tu untuk lelaki. perempuan bayar kat sini" (ada la slang kelantan dia tapi aku tak reti nak tiru)

aku terkesima. aku pandang atas. di papan tanda tertulis: lelaki, siap ada lambang orang pakai songkok.

maluuuuuuuuu.
cepat-cepat sorong troli pergi kaunter sebelah.
hahaha sangat malu okey.

Isnin, Ogos 24, 2009

hari-hari terawal di kubang kerian

hari pertama di usm kubang kerian (jumaat):

terkejut, ternganga, terkesima, terpana, tak terkata apa-apa.
sebab aku dapat bilik di desa murni yang direka khas untuk 2 orang, tapi terpaksa disumbat dengan 3 orang sebab bilik memang tak cukup.
bayangkan loker baju ada 2 saja, maka aku terpaksa kongsi loker dengan budak katil bawah aku (aku dapat katil 2 tingkat).
aku punya meja betul-betul depan pintu. memang kerusi aku dengan aku sekali berisiko tinggi untuk dihentam dengan pintu (93% kemungkinan). jadi tak boleh menggeliat sesuka hati kalau duduk di meja itu.
aku lari dengan barang-barang ke desa nurani, tempat sebahagian rakan-rakan lain bertapak. nurani lebih selesa. bangunan baru kaann.


hari kedua di usm kubang kerian merangkap hari pertama berpuasa:

merayu untuk pindah ke desa nurani tapi ditolak sebab tak ada kekosongan. ada katil kosong, tapi milik orang yang sudah merayu dulu-dulu-dulu.

pasrah hantar barang ke murni. (aku pandu kereta sewa manual beb untuk angkut barang-barang, sila kagum. aku juga pandu kereta tersebut keluar kampus untuk isi minyak, sila kagum kali kedua).
tapi aku masih menetap di nurani pada waktu malam sebab masih belum boleh terima hakikat kena balik tempat sempit itu.

hari ketiga di usm kubang kerian merangkap hari pertama bermula klerksyip (ahad):

klerksyip bermula dengan seminggu di jabatan farmasi pesakit luar/kaunseling. masih konfius dan terpinga-pinga tapi tak apa sebab hari pertama kaann.

pasrah pulang tidur di murni. mula dapat sesuaikan diri. roommates pun baik hati dan mesra alam. mula rasa tenang.hehe.


hari-hari seterusnya: rasa lebih baik dan aman.

selamat berpuasa ya!
:)

Khamis, Ogos 20, 2009

selamat tinggal penang.

esok aku akan meninggalkan penang buat sementara waktu.
selama 1 semester aku akan duduk di kampus kesihatan usm kubang kerian dan sentiasa berlegar-legar di husm atas tuntutan sillibus dan pengijazahan (cewah).


maka, inilah dia: suasana dan pengalaman baru di tempat baru.
neves, bimbang, takut, teruja, macam-macam rasa ada.


doakan aku selamat semua, ok?

Selasa, Ogos 18, 2009

mudah, ringkas, dan manis.

akhirnya setelah berjam-jam menggodek sana-sini,
berjaya juga tukar layout baru.

elleh..setakat hitam putih macam tu pun nak perah-perah peluh ke berjam-jam?!

ohhhh..walaupun cuma hitam putih, tapi siries berpeluh-peluh sebab aku buta html dan yang sewaktu dengannya. terpaksa baca tutorial sambil tukar layout ni.


tak apa lah. hitam putih mudah dan ringkas tapi manis. hehe (bajet simple and sweet lah konon).

Isnin, Ogos 17, 2009

musykil musykil musykil

kenapa entri blog terkini sesetengah rakan-rakan tak naik/muncul di blog aku eh?
dan kenapa pula aku punya entri blog yang terkini tak naik/muncul di blog rakan-rakan?

musykil musykil musykil.

i've said it many times: i hate goodbye.

iezzah (lestari), nieda (citra),
harap-harap jumpa kamu lagi suatu hari nanti.

ayeen (bunga), enie (sheep2),
harap-harap kita jumpa masa konvo.



dear goodbye,
kamu jahat sebab buat saya menangis tiga hari lepas dan hari ini.
saya benci kamu.

Khamis, Ogos 13, 2009

hari graduasi pertama rakan-rakan

cuma nak cakap tahniah kepada rakan-rakan yang dah graduasi semalam: contohnya, ixati dan muni. minta maaf sebab gilerr tak sempat nak beli bunga ke apa sebab satu hari suntuk tak keluar sekolah sibuk dengan kelas dan diskusi. nak petik bunga di tepi jalan pun tak sempat.

(semalam aku terjumpa padel. terkejut sehh sehat gilerr. hahaha)

kepada rakan-rakan lain dan senior yang sudah dan akan graduasi, tahniah juga!


i wonder, macam mana laah agaknya hari konvokesyen aku suatu hari nanti.
gilerr becak ketiak wehh (eh tapi dengan rexona, rasa kering sepanjang hari).



tapi siries, kepada junior-junior aku, akak rasa macam nak bunga lah tahun depan. gilerr rasa hebat kalau dapat bunga walaupun tak boleh dimakan. haha.


*kemaskini: tahniah juga kepada topek, diyana, shareen, aroy, iezzah, dan nieda!


-habis-

Jumaat, Ogos 07, 2009

esok tak sekolah!yeay yeay!

tadi aku tengok GI Joe.

sebenarnya aku tak minat cerita pasal tentera-tentera nih. tapi orang dah ajak, pergi saja tengok. maka aku menonton dengan tanpa sebarang expectation (aku kalau nak tengok muvi, mesti zero-expectation, kalau tak, nanti cerita menarik pun aku rasa tak menarik sebab mungkin aku selalunya akan meletakkan high expectation. ada paham?).

permulaan cerita macam agak bosan bagi aku. kiranya waktu ini aksi kira tahap biasa lagi lah. bila dah tengah-tengah baru rasa lebih eksaited sebab aksi-aksi hebat makin bertambah. tembak, tembak, kaca pecah, kereta berlanggar, dan sebagainya. tapi, aku tak puas hati bab hujung-hujung (AWAS: SPOILER!), ada ke patut bila Rex tu yang dah eksaited-eksaited bertukar jadi Komander dengan rupa yang lebih cantik dan angker, tak sempat nak menunjukkan kehebatan kuasa dia sebab dia dah kena kepung dengan angkatan GI Joe. penat-penat saja dia bertukar, buang karan je.

dari segi plot penceritaan, bagi aku biasa saja. (AWAS: SPOILER!) orang jahat cipta senjata canggih pastu nak jual pada pihak A, lepas itu nak rampas balik daripada pihak A, lepas itu nak serang bandar-bandar besar. tapi dari segi aksi-aksi yang dipamerkan, boleh tahan bagus dan smart jugak lah, tapi aku lagi suka Transformers (bias, bias, haha).

aku boleh bagi 3.5 out of 5 stars saja kot sebab aku memang tak berapa minat cerita tentera-tentera ni, tapi kredit lah sebab penuh dengan aksi yang membuatkan aku boleh bertahan dan tidak tidur dalam panggung (nampak sangat bias).



-habis-

Selasa, Ogos 04, 2009

kenapa kau nak tengok setem?

tadi aku sempat pergi tengok wayang seorang diri. matlamat aku nak tengok cerita Setem-khabir batia punya cerita.

bila aku utarakan hasrat aku nak tengok cerita ini, banyak betul orang tanya dan mempertikaikan.
"cerita apa tu?"
"best ke?"
"macam tak best je"
"alaa boleh tengok masa raya"

kenapa aku nak tengok cerita ini? sebab ada afdlin shauki dan ramai lagi pelakon yang hebat dan masyhur ada. oh ya, sebab ada bront palare. hehehe. selain itu, aku memang dah target lama nak tengok cerita ini sebab cerita melayu mesti sekejap je kat wayang. ok apa tengok Setem, daripada kau orang tengok Sifu dan Tongga tu. Sifu dan Tongga mesti tayang tiap-tiap kali raya lepas ni.hahaha.

komen aku:
secara keseluruhan, aku suka cerita ini dari segi jalan ceritanya. selalu orang berebut cawan emas laa, kasut emas laa, rantai emas laa, patung emas laa, sarung tangan emas laa. tapi kali ini, orang berebut SETEM-bagi aku unik.

barisan pelakon handalan tak mengecewakan (tapi siries bront comel!). shot pun cantik-cantik. cara plot disusun melibatkan perpindahan setem dari satu tangan ke tangan yang lain memang menarik. pendek kata aku suka lah.

aku tak pandai la nak komen satu-persatu macam munip buat.hehehe
tapi aku bagi 4 out of 5 stars.



-habis-

Isnin, Ogos 03, 2009

pendekar marang kerapu FC

elleh mejah. setakat tag macam tu, kacang putih je.

Nama : Adibah Murayadi

Nama Pangilan : Dibah, Deep, Biskut

Tarikh lahir : 10 Januari 1987 (perhatian: aku sama umur dengan mejah)

tempat lahir : hospital Segamat

Status : single and available

Hobi : tidur, makan, melayari internet

Makanan kegemaran : semua yang halal dimakan, aku makan

Minuman kegemaran : teh O aish

Cita- cita : cita-cita selalu berubah. macam mana?

pengalaman buruk : kena marah. sesungguhnya kena marah lebih memeritkan daripada sakit jatuh motor.huhu.

Pengalaman manis : dapat jejak singapura dan bandung.

Perkara yang disukai : membuat kejutan
Perkara yang tak disukai : bau ketiak masam di tempat awam. wekkkk.

Harapan : semoga cita-cita saya tercapai.


sekarang, laporan perlawanan futsal.
ahad lepas saya telah mempamerkan skil kaki bangku.

perlawanan pertama: Pendekar Marang Kerapu FC vs Bola Pink Punyer FC
keputusan: 1-2
(waktu ini aku jadi pertahanan. memang tak berjaya bertahan.haha)

perlawanan kedua: Pendekar Marang Kerapu FC vs Action Kome
keputusan: 0-1
(waktu ini aku jadi penjaga gol. bolos di saat-saat akhir. kecewa.huhu)

memang tak mara ke separuh akhir. TAPI aku dapat masuk separuh akhir sebab ganti Yana pasukan Selipar FC yang juga merupakan pasukan tahun 4 (pasukan pilihan). stres sebab pasukan ini hebat bermain tapi aku saangat tak reti. huhu. aku tak berapa menyumbang sangat pun, agaknya sebab tu selalu seri tanpa mata.

separuh akhir: Selipar FC vs Action Kome
keputusan: 2-1 (penalti)

Selipar FC mara ke peringkat akhir. setelah seri tanpa mata semasa perlawanan dan semasa penalti, Selipar FC terpaksa tunduk kepada Pen Merah FC sebab kalah masa toss-coin. tak apalah, korang memang mantap! (aku je yang tak.huhu)

tapi
gembira sebab dapat juga pingat saguhati. yeayyy!!


-habis-

Selasa, Julai 28, 2009

acara tergempar lagi menggemparkan

saksikan saya beraksi dalam perlawanan futsal pusat pengajian sains farmasi pada 2 ogos nanti.

perlawanan ini merupakan acara yang julung-julung kali diadakan bagi mencungkil bakat pelajar-pelajar sains farmasi bermain futsal terutamanya golongan yang jarang bersenam seperti saya.




jika bernasib baik, anda bakal dipersembahkan dengan skil kaki bangku saya.
jika tidak, anda bakal menonton skil bersantai-santai di bangku pemain simpanan.



sokonglah Pendekar Marang Kerapu FC! yiehaaaaaa!




*aku langsung tak pernah main futsal. saja nak mencuba. menarik sangatkah bermain futsal?




-habis-

Khamis, Julai 23, 2009

biskut berpendapat: doktor gigi patut beri dia hadiah sebagai tanda sokongan moral

aku berjaya mengharungi saat-saat berjumpa doktor gigi kelmarin.
berjumpa doktor gigi rasanya tak adalah teruk sangat, aku rasa lah.


esok jumpa doktor gigi lagi sebab tak habis lagi buat scaling. huhu.

saya berikrar (siap angkat tangan macam nak baca ikrar masa perhimpunan sekolah) saya akan rajin gosok gigi sebelum tidur.



-habis-

Selasa, Julai 21, 2009

nota pendek

it's official.

aku pergi kubang kerian kelantan 21 ogos nanti untuk clerkship selama 1 semester.
eksaited. tapi pada masa yang sama: CUAK.

sebab saaaaaaaaaaaaaaaangat banyak benda yang aku dah lupa dan seeeeeeeeeemmmua aku kena pulun balik.
hari itu dalam kelas geriatrik dr. syed pun dah terkial-kial. apatah lagi nanti bila kat hospital. huhu.


terpaksa melupakan lepak-lepak di kedai makan mahupun khaleel sekarang.
oh ya,
terpaksa tahan diri daripada melayan games di fb.
uhhhh.





-habis-

Selasa, Julai 14, 2009

hari pertama sekolah

semalam hari pertama sekolah:
jam 9 pagi-6 petang.

hari ini pun lebih kurang sama.

tapi hari ini ada tambahan:
duit jpa dah masuk.


hehehehehehehehehe :D

encik mael bertanya: kenapa kau pun gembira saja bila duit baru masuk sebab kau kelihatan seperti orang yang banyak duit dari semester lepas?

aku jawab: duit masuk mestilah gembira (dalam hati tak sempat nak taip ym: mana ada orang tak gembira bila dapat duit, kan, kan?

hehe.

-habis-

Jumaat, Julai 10, 2009

nombor cabutan bertuah: dua kosong tiga. bukan nombor ekor tahu.

akhirnya aku dah bebas daripada kuarantin di hilton! tiada lagi topeng suria baja hitam!

sekarang, 203.nombor bilik aku yang baru. mula-mula aku tak suka sebab selama 3 tahun berturut-turut aku duduk 002 (aras bawah) tibatiba kena naik tingkat. mengikut kakak opis, aras bawah akan/sudah jadi penempatan (ke petempatan?konfius) budak-budak palapes sebab blok mereka sedang direnovasi. uhh. maka kami penduduk setia aras bawah dipaksa naik ke atas. pasrah. huuu. bilikku (ceh claim bilik sendiri pulak) telah diambil orang.

tambahan lagi, terpaksa bersabar lebih sebab tandas aras 2 sedang direnovasi juga. tandas aras 1 air tak kuat. maka seluruh penduduk blok ini akan berebut tandas aras 0, terutamanya tandas yang dekat dengan bilik lama aku sebab marveles punya. apa kejadahnya buat make-over tandas masa dah nak masuk semester baru. haish.

TAPI 203 ini ada keistimewaannya. wifi di katil aku lebih bagusss dan masyukkk berbanding dulu. siap Ida berjaya download ghost musim 2 sampai habis. hehe. alhamdulillah. kabinet aku pon tak kopak-kopak macam di bilik lama dulu. suasana dan pemandangan lebih terang dan menarik sebab bila tengok tingkap boleh nampak langit dah. kalau bilik lama, tengok tingkap nampak ampai.

roommates dua-dua junior tahun 2, seorang budak seni halus, seorang lagi budak hbp. setakat ini ok lagi tak ada masalah.hoho.

harapan saya, tiada lagi lelaki berbogel datang membuat huru-hara di blok ini (beberapa hari yang lepas ada kes, gilerr tak senonoh lelaki bogel itu menghendap orang mandi dan memeluk orang tengah cuci baju secara paksa. nasib baik dah kena tangkap. huhu).

sekian laporan dari 203.

-habis-

Khamis, Julai 09, 2009

terpinga, tertanya, di dalam dilemaku.

aku dari dulu lagi tak suka doktor gigi. tak tahulah sama ada aku tak suka, atau aku takut sebenarnya, atau kedua-duanya. tapi aku tahu punca aku mula tak suka doktor gigi.

MULUT LASER TAK ADA INSURANS

ya, sebab itu aku tak suka doktor gigi. aku ingat lagi satu ketika masa aku sekolah rendah. mak paksa aku jumpa doktor gigi untuk buat scaling sebab gigi aku teruk, banyak sangat plak (alhamdulillah selama aku hidup ini gigi aku tak berlubang, kalau tak, jenuh juga aku nak pergi berjumpa dengan orang yang aku tak suka).

sampai-sampai saja, aku jumpa jururawat dia. jururawat dia komen gigi aku. komen ikhlas dengan lemah-lembut lagi berhikmah tak apa juga. ini tidak, perli ayat-ayat pedas lagi kaw-kaw lepas itu nak marah-marah. aku akui lah kan aku malas gosok gigi sebelum tidur (sampai sekarang pon) tapi cakap elok-elok kan boleh. aku sebagai kanak-kanak waktu itu kenalah pujuk elok-elok sikit.

bila buat scaling, doktor gigi pula bebel-bebel. satu hal lagi bebel-bebel kaw-kaw nak marah-marah. stres aku masa itu. dahlah ganas (bagi aku lah masa itu). sejak itu, aku nekad kalau tak kena paksa, aku tak akan lagi jumpa doktor gigi (doktor gigi yang datang sekolah terpaksa jumpa sebab tak boleh elak. aku tak reti lari dari sekolah masa itu).

masa isi borang kemasukan ke universiti, aku pernah terfikir untuk meletakkan kursus pergigian sebagai pilihan pertama sebab:

1. aku boleh buat scaling gigi sendiri. tak payah jumpa doktor gigi.
2. aku akan jadi doktor gigi yang baik. takkan bebel-bebel sebab aku faham perasaan orang yang dilukai oleh doktor gigi dan kuncu-kuncunya.
3. aku akan jadi doktor gigi yang lemah-lembut. tak ganas.

tapi tak jadi. sebab aku takut nak cabut gigi orang (perhatian: aku tak pernah cabut gigi di klinik gigi atau cabut sendiri. semuanya ayah aku yang cabutkan). lagi satu sebab, gigi aku tak cantik. hehe. (kesudahannya aku letak sebagai pilihan kesepuluh memang sah-sahlah tak dapat.haha)

tadi aku belek-belek gigi aku. teruk je aku rasa. malu dengan diri sendiri. mungkin aku terpaksa jumpa doktor gigi kali ini. dah bertahun-tahun aku tak jumpa doktor gigi. kali terakhir masa sekolah. tapi aku takut. dan aku tak sanggup menghadapi orang-orang yang bermulut laser (kalau ada) komen gigi aku macam nak rak sebab aku memang sedar gigi aku tak elok pon (ego ego tak nak jumpa doktor gigi).

berikut adalah reaksi mereka yang aku sayang sewaktu aku mengutarakan keegoan aku tak nak jumpa doktor gigi:

ayah: alaa..dia pun makan nasi jugak.berak busuk jugak. apa nak takut? (kan best kalau rumah kita ada peralatan pergigian semua. orang buat scaling dengan ayah je senang. sebab ayah serba boleh, gunting rambut boleh, baiki paip boleh, semua boleh).

kakak:kau pergi klinik swasta. doktor gigi tak marah-marah. aku pergi hari tu. (ye ye oww je tak marah-marah. tapi tak sanggup aku nak bayar beratus. kalau dah kerja tak apa juga)

mak: pergilah jumpaa. doktor baik-baiklah. (ye ke mak. mak temankan laaa). dah besar-besar, pergilah sendiri. (huhu)



nak jumpa? ke tak nak jumpa?
haih.


-habis-

Selasa, Julai 07, 2009

sesetengah nama membentuk nama lain yang membentuk nama lain

aku cilok dari acap. bosan bosan.

1.YOUR REAL NAME:
Adibah Murayadi

2.WITNESS PROTECTION NAME:(mother's and father's name)
Junainah Murayadi

3.NASCAR NAME:(first name of your mother's dad, father's dad)
Abdul Kasiman

4.STAR WARS NAME:(the first 3 letters of your last name, first 2 letters of your first name)
Murad (haha)

5.DETECTIVE NAME:(favorite color, favorite animal)
Black Cat

6.SOAP OPERA NAME:(middle name, town where you were born)
aku tak ada middle name lah-bantai-Adibah Segamat

7.SUPERHERO NAME: (2nd fav color, fav drink, add "THE" to the beginning)
The Blue O' Iced Tea (hahahebat)

8.FLY NAME:(first 2 letters of 1st name, last 2 letters of your last name)
Adad

9.ROCK STAR NAME:(pets name, current street name)
dalam alamat tak ada nama jalan-bantai jalan raya-->Bubun Raya (gilerr tak rock)

10. PORN NAME: (1st pet, street you grew up on)
dalam alamat tak ada nama jalan-bantai jalan raya-->Nunut Raya

11.YOUR GANGSTA NAME:(first 3 letters of real name plus "izzle")
Adiizzle

12.YOUR GOTH NAME:(black, and the name of one of your pets)
Black Bubun (gilerr goth.haha)

13. STRIPPER NAME: (name of your fav perfume, fav choc)
aku tak ada perfume-bantai-->Isse Miyaki Vochelle

14. WIZARD'S NAME: (last 3 letters of mother's name, first 3 letters of current job, first 3 letters of your zodiac sign and last 3 letters of home street's name)
Nahstucapaya

15. PIRATE'S NAME: (fav actor last name, your 'pet' name, fav actress last name, add "Captain" at the beginning)
Captain Depp Bubun Jolie

bekerja separuh masa menjual ikan

i'm starting to think that this whole self-quarantine thing is stupid. i know it sounds stupid and 'jual ikan' (selfish) but i don't care. why should they extend our quarantine time from 7 days to 9 days?

if they conducted swab throat test upon us, then it's fine, i can accept the extension of quarantine period.
but they didn't.
and we have to stay here for 2 more days and do nothing. It's TIRING and BORING. kalau boleh keluar tengok wayang ke pergi Nazri ke tak apa juga.

"like it or not, you have to follow the procedures. this is for the sake of other people, especially people in our university".
of course, for the sake of APEX university. duhh.


aku tak ambil lagi barang dalam stor. kalau hilang, ada ke siapa-siapa nak bertanggungjawab? ada?ada?(this is truly a 'jual-ikan' statement)

stres lah wei.


*this entry was posted by the author during her state of mild stress yet chronic boring condition.


-fin-

Isnin, Julai 06, 2009

dari jauh kupohon maaf

aku dapat tahu semua kelas untuk tahun 2,3 dan 4 ditangguhkan selama seminggu berikutan ramai sangat pelajar yang terlibat dengan APPS dan semestinya ramai sangat yang kena kuarantin. tak menariklah kan nak buat kelas tapi separuh kelas kosong.

kiranya pelajar-pelajar lain yang tak kena kuarantin turut sama 'bercuti' selama seminggu seperti kami yang kena dikuarantin. tapi bezanya, mereka masih boleh bebas berjoli-joli.uhuuu.

kelas akan diganti sewaktu cuti pertengahan semester. hal ini bermakna: tidak boleh pulang ke rumah sewaktu cuti tersebut.

minta maaf kepada semua. tak pasal-pasal kita SEMUA kena ganti kelas masa cuti.huhu.

kepada budak tahun 1 yang masih segar, welcome to the school! rajin-rajinlah belajar. jaga sekolah sepanjang ketiadaan kitorang selama seminggu. hoho.

kepada yang kena kuarantin, sabar ya rakan-rakan. freedom will be ours. yeah! *jangan lupa pakai topeng suria baja hitam.





-habis-

Jumaat, Julai 03, 2009

mod: kuarantin H1N1

percaya atau tidak, aku sekarang tergolong dalam kelompok yang dipaksa kuarantin diri sendiri. hal ini kerana setakat ini ada 8 orang yang terlibat dengan APPS sah positif H1N1. maka, kami semua ahli sekretariat APPS yang masih ada di usm dikumpulkan di suatu tempat yang dinamakan hilton. usm pon ada hilton, jangan main-main, tapi semestinya kondisinya tidaklah seperti hotel hilton. tapi yang penting, ada wifi. hahahahhahahahhahaha mari gelak jahat.

tapi bosanlah kena kuarantin sampai 8 julai sekurang-kurangnya. tak boleh nak joli-joli tengok maraton wayang di gsc. tak boleh nak lepak-lepak mamak. tak boleh nak pusing-pusing di queen'sbay. selain itu kami dilarang pergi kuliah. haha. siries, dekan tak nak tengok muka kami di skul sampai 13 julai nanti.

tapi yang paling tak menarik langsung, bila kena pakai topeng. panas satu hal. satu hal lagi orang pandang semacam macam kita ni makhluk marikh yang tak mandi setahun. tadi masa kami beli makanan di kafe yang berdekatan, abang kafe tu macam nak mengelak. layan pon macam tak nak layan. cakap pon tak nak pandang. dahlah masak tak sedap.

tapi mungkin aku bersangka buruk. agaknya dia baru lepas gaduh dengan awek ke, mana tahu kan, kan? satu hal mungkin dia takut. tak apa bang, esok saya tak pakai topeng dah. hahahaha.



-habis-

Jumaat, Jun 26, 2009

darah:pontianak terakhir

bilik tumpangan yang aku duduk sekarang di blok M04 tak boleh nak wifi. oleh sebab aku dah bosan tahap gilerr bangang duduk di bilik, maka aku merantau ke hujung tangga untuk wifi. duduk tepi tangga menarik juga, pemandangan waktu malam cantik woo.

siang tadi tak ada program apa-apa, bosan dowh asyik tidur bangun tidur bangun, maka aku dan rakan-rakan pergi menonton blood:the last vampire. kenapa aku tengok cerita yang dah basi ini?

1. sebab aku tak tengok lagi cerita ini.
2. sebab konfem dapat beli tiket, tak macam sesetengah yang kempunan nak tengok transformers hari ini sebab tiket habis dijual.
3. sebab tak rancang langsung nak tengok cerita ini.

cerita ini diadaptasikan daripada anime blood:the last vampire. aku tak pernah mengikuti siri tersebut, jadi aku tak boleh nak letak apa-apa harapan sama ada muvi ini betul-betul sama dengan animasinya atau tidak dari segi plot.
secara keseluruhan, aku suka plotnya. tapi, aku tak suka bila ada babak-babak tetak pontianak, darah yang memancut nampak sangat tak realistik, nampak sangat guna CGI. kalau lah lebih realistik, perghhh, lagi menarik lah babak lawan-lawan tu. baru meriah. tapi hebat gilerrr lah si Alice tu boleh hidup lagi walaupon dah jatuh dalam gaung, ish, ish, ish.

babak lawan-lawan si Saya dengan mak dia sekejap sangatlah. sekejap saja dah mati, tak mencabar langsung (bagi aku lah). padahal babak imbas semula macam mana si Kato mati lama lah pulak. tapi yang aku pelik lah kan, kenapa mak Saya berbahasa inggeris dengan Saya? kenapa mereka tak cakap jepang eh? konfius konfius. tapi Saya cakap jepang dengan Kato. mungkin mak Saya dah lama sangat duduk US. haha.

tapi bagi aku Gianna sesuai lah kot pegang watak si Saya itu.

aku bagi 3.5 saja sebab darah yang tak realistik itu di samping beberapa lagi benda yang nampak sangat keCGIannya yang buruk. kalau CGI cantik tak apa juga. hohohoho.

aku nak balik bilik. ngantuk.

-habis-

Khamis, Jun 25, 2009

Transformers: dendam The Fallen

semalam pertama kali aku pergi panggung wayang tatkala ia belum dibuka.
semalam pertama kali aku rasakan suasana keterujaan dan bahang hari pertama tayangan yang memang ditunggu-tunggu.
semalam pertama kali aku tengok wayang pagi. haha.

semalam aku pergi gsc queen'sbay dengan Sheep2. elok-elok kami tiba di depan gsc 2 minit sebelum kaunter dibuka. namun begitu, sudah ada beberapa orang yang sudah sedia menunggu di kerusi. ada yang termenung, ada yang tak melepaskan mata memandang pintu kaunter yang masih belum dibuka.

kami duduk di tepi tin F&N gergasi yang ada di situ. mungkin ada promosi. borak-borak dulu. eksaited. kemudian terdengar pintu kaunter dibuka. rilek, rilek dulu, baru buka beberapa sentimeter. borak-borak sekejap, tiba-tiba tertoleh belakang. orang dah berbaris nak beli tiket sedangkan lampu pon tak buka lagi!wau. kami pon cepat-cepat berbaris juga. haha.

kelihatan mamat yang jadi pembeli pertama tersenyum puas. aku orang pertama beb!


bila dah masuk panggung, ramai orang nampaknya. rumah penuh (full house) beb. semua muka eksaited. termasuklah aku kot. haha.
semua karena Transformers.


ulasan (ceh baru nak ulas);
bagi aku, transformers: revenge of the fallen ni tetap menarik dan hebat sehebat yang pertama dulu. kesan bunyi dan pergerakan gaduh-gaduh Autobots dan Decepticons tak mengecewakan aku. plot cerita pon menarik. cuma satu saja yang aku tak berapa berkenan (AWAS!MUNGKIN ADA SPOILER!): ada satu masa, suasana tentera US yang sedang tembak-tembak Decepticons lama sangat (bagi aku lah). apa kelas tentera US, aku nak tengok Autobots saja. haha.

apa-apa pon aku puas hatilah keseluruhannya. nak bagi berapa bintang? aku bagi 4.98. hoho.




-habis-

Isnin, Jun 22, 2009

santaisantai

aku tak tahu nak tulis apa. barangkali dah banyak sangat sambungan neuron aku yang putus sebab aku malas berfikir dan menjana otak aku. mana buku sudoku aku? *aku pernah terbaca, sudoku boleh menjana otak supaya berfikir, maka tak adalah berkarat macam rim motor yang dah lama tak sapu minyak.

baik, buku sudoku aku dah hilang.

mungkin aku patut fikirkan satu perkataan. hoho.
KARIPAP.



siapa yang tak kenal/tak pernah tengok karipap, sila lihat gambar di atas. siapa nak definisi karipap, mungkin kau orang patut wiki/google/guna kamus dewan bahasa edisi terbaru.


agak-agak kan, siapa orang pertama yang menjumpai/mencipta karipap ya?

haha.sekian terima kasih.


tiada kaitan.
berikut adalah video-video menarik daripada satu rancangan televisyen jepun, Masquerade. apa yang unik pasal rancangan ini ialah ia memaparkan persembahan-persembahan pentas yang unik. cerita banyak pon tak guna, kena tengok sendiri. ada banyak lagi video menarik, tapi sila cari sendiri di tiub anda (youtube).






Rabu, Jun 17, 2009

kongsi satu cherita

aku nak kongsi satu cerita benar.

masa aku ber-baktisosial di desa cipelah, antara aktiviti yang dilakukan ialah pergi rumah ke rumah, tanya apa-apa penyakit dan masalah yang berkaitan yang dihadapi penduduk, dan memberikan ubat cacing dan vitamin C secara percuma.

ada sepasang suami isteri. si suami menghidap strok dan sekarang dia sudah lumpuh. sebelum menghidap strok, beliau menghidap darah tinggi. pada kali pertama beliau dikesan dengan darah tinggi, beliau tidak mengambil ubat yang sepatutnya untuk kawal kondisi beliau. banyak faktor: masalah kewangan (upah bekerja di ladang teh sangatlah sedikit), dan hospital yang jauh. maka, beliau cuma bergantung kepada ubat tradisional.

pada suatu hari, beliau pengsan di ladang teh-disebabkan strok. sejak peristiwa itu beliau lumpuh. isteri beliau yang tidak bekerja terpaksa melakukan apa sahaja pekerjaaan demi membiayai kos ubat-ubatan dan kos pengangkutan untuk ke hospital di kota bandung yang mengambil masa kira-kira 4 jam kalau nak sampai sana. sehingga pada suatu tahap tanah pon sanggup dijual sebab dah tak ada duit. kalau nak makan pon, anak-anak mereka yang bagi makan, itupon tak mencukupi. boleh dikatakan makan minum pon tak berapa menentu.

masa si isteri ni bercerita masalah dia, dia menangis. gilerr sebak weh aku. kalau kau orang berada di situ, pasti kau orang rasa sebak juga. aku nyaris nak nangis, tapi aku tahan. dia kata sekarang dia pasrah saja sebab dia dah tak tahu nak buat apa lagi sebab duit dah habis, dan suami dia pon tak sembuhsembuh.

selain itu, kebanyakan penduduk yang kami kunjungi, bila kami kata nak beri ubat cacing dan vitamin C, mereka akan tanya sama ada mereka perlu bayar atau tidak untuk ubat-ubat tersebut. istilah "ubat percuma" seolah-olah suatu benda yang ajaib.

kita di malaysia, hospital dan klinik kerajaan banyak, merata-rata. ubat-ubatan pon mudah diperolehi. makanan banyak sampai terbuang-buang. ekonomi pon stabil.
satu perkataan.
bersyukurlah.

-habis-

kalau anda gembira, angkat kaki.

aduhh, aku rindu sama kamu wahai blogger. ini semua maxis broadband yang macam harammm punya pasal (tapi nak marah lebihlebih pon tak buleh sebab bukan aku yang bayar.hahahaha). tapi aku pasrah lah kan sebab aku tahu rumah aku yang terperuk jauh di hujung kampung inip memang payah sikit lah kot agaknya sampai streamyx punya signal pon tak buleh dikesan di rumah aku inip.

okeyh, nak stori sikit pasal 5 hari aku di bandung. pendek kata: gilerrr best! kami semua menginap di desa cipelah, sebuah desa yang dikelilingi oleh ladang teh. memang menghijau lah. ada juga rumah-rumah yang tanam strawberi, tapi kalau nak beli-belah strawberi, kena pergi satu desa lain (tak ingat pula apa namanya tapi situ memang merata-rata orang jual strawberi). persekitaran desa cipelah memang sejukkk. rumah mak angkat aku atas bukit, maka bila pagi-pagi memang tak lepaskan peluang menikmati keindahan ladang teh seluas mata memandanglah. memang tak tergambar dengan kata-kata. air pula memang sejukkk, air gunung beb. oleh sebab terlalu sejuk, aku ponteng mandi pagi. hahahaha. gilerr sejuk aku tak tahan, alang nak gosok gigi pon rasa macam nak kejang rahang aku.

laman rumah keluarga angkat aku


pemandangan dari laman rumah keluarga angkat aku (pagi-pagi yang indah beb)


ladang teh seluas-luasnya


desa cipelah tak boleh dipisahkan dengan teh.hari-hari pon minum teh. paling sedap teh yang tak bergula itu.hoho.

keluarga angkat aku. mak angkat aku yang kedua dari kiri, umur 25. bapak angkat aku yang lelaki itulah, umur 27. hoho, muda kan? yang macam artis itu kakak kepada mak angkat aku (dia minat gilerr siti nurhaliza dan search juga kot sebab hari itu dia nyanyi lagu isabella). yang tudung peach itu mak kepada mak angkat aku (kira nenek angkat jugalah.hehe)

masa di cipelah, aku belajarlah sikitsikit bahasa sunda sebab orang-orang di sini berbahasa sunda. nasib baik ada juga yang tahu berbahasa indonesia biasa, kalau tidak payah juga. tapi aku selalu juga tersasul cakap stail orang malaysia sampai budak kecik kat rumah mak angkat aku pon dah terikut. ha ha habislah.

cover album yang bakal keluar di pasaran tidak lama lagi. lokasi: kawah putih tajuk album: belum bertajuk

kawah putih ini satu tempat tumpuan juga sebab cantik. kawah gunung berapi, siap bau sulfur kuat gilerr. mula-mula nak pegi tangkuban perahu tapi tak jadi sebab jauh dari cipelah (sedih). kawah putih boleh tahan dekat dengan desa cipelah, tapi ok jugalah. sejuk pon sejuk juga.hoho.

oh ya, kalau cakap pasal bandung semestinya orang akan cakap: bestlaa dapat shopping kat bandung. uhuhuhu. kalau nak tahu, aku adalah orang yang tak habis guna duit rupiah aku. siap berbaki tak tahu nak buat apa sampai aku sanggup beli milo 5 ringgit dalam kapal terbang masa nak balik malaysia. entahlah, satu mungkin sebab aku tak berapa gila membeli-belah. kedua, sebab Pasar Baru (tempat kami membeli-belah) saaaangatlah sesak hari minggu (kami pergi hari sabtu) dan aku tak boleh sesak-sesak sangat, hilang mood aku nak membeli-beli. ketiga, diburu oleh kanak-kanak mahupon orang dewasa yang menjual rantai kunci dan beg, suruh aku beli. hmm, tapi 3 jam memang lah tak sempat nak jelajah seluruh Pasar Baru itu. selain Pasar Baru, kami pergi kawasan di mana terdapat pelbagai Factory Outlet Store (tapi aku tak beli apa pon kat manamana FOS, aku cuma beli sweater di tepi jalan gilerr murah-lebih kurang RM20 tapi tebal dan sedap woo). tapi untuk yang sukaaa membeli-belah, siries bandung memanglah tempatnya.

*gambar berjaya dimuatnaik.hehe

em, hari inip kakak ipar aku bersalin. tapi dia kena bedah, tak bersalin secara biasa. harap-harap dia dan baby cepatcepat keluar hospital. kalau tidak, aku ikut mak ayah pergi jb tengok kakak ipar aku tapi aku tak diizinkan ikut sama sebab ayah suruh aku temankan kakak aku dan anak buah aku kat rumah. huhu. apa-apa pon tak sabar nak tengok baby baru. hihi.

apa-apa pon, bulan jun inip aku gembira.hehehe.

*aku dah ingat nama tempat banyak strawberi tu-chiwidei
*nama anak buah aku yang baru: adam arif danish

-habis-