Selasa, Disember 30, 2008

buku baru

selamat tahun baru HIJRAH 1430
(ucapan yang terlambat)

apa-apa pon, semoga kita sama-sama menjadi orang yang lebih baik daripada tahun lepas.
semoga kita sama-sama meningkat lebih maju dalam apa jua bidang.
semoga kita sama-sama memperbaik diri.

oh ya,
selamat datang juga untuk 2009


-habis-

Jumaat, Disember 26, 2008

aku bau lada hitam

semester baru dah mula.
sekejap betol masa berlalu, tinggal lagi setahun setengah nak habis, InsyaAllah.

kelas pon dah mula.
awal-awal inip semangat tu ada lagi. tak tidur masa kuliah. tapi tengoklah minggu depan nanti macam mana agaknya.
kali inip aku masih lagi mengambil banyak subjek-8 kertas. mungkin aku rasa akan menggila lagi.
apa-apa pon, tuntutan unit pengijazahan yang banyak itu (143) kena juga dipenuhkan.
kalau tak bila aku nak habis?!
tapi bila fikir-fikir-fikir-fikir semula: dulu masa SPM aku boleh saja ambil 12 kertas. jadi sepatutnya apa hal sajalah kan dengan 8 kertas?haha (berfikiran positif)

---------------------------------------------------------------------------------------------------

orang-orang sekeliling selalu kata aku berfikiran positif dalam banyak hal.
memang pon. tapi tak semua hal lah.

tak eloklah berfikiran negatif. tak elok juga bersangka buruk.
sebab kadang-kadang buleh membunuh.
bunuh semangat dan motivasi diri, bunuh perhubungan baik sesama rakan, bunuh ayam (sebab kao saspek dye curi makan makanan kucing kesayangan kao).
bagi aku lah.

bagi aku lagi,
berfikiran positif atau menyebarkan aura positif adalah menenangkan.
tak payah guna anti-depresan.hehe.
contoh:

A: alaa..apsal dye tak balas sms aku ni?
B: alaa..dye tak ada kredit kot. tak pon dah expired.
A: rtapi, dye baru topup semalam.
B: oh, dye pergi tandas lah kot.
A: hmm, yelah kot. tak buleh tahan dah agaknya.

buat apa nak susah-susah fikir dye benci aku ke, dye merajuk ke, dan lain-lain.
buat serabut otak, nanti lagi stres dan depresi.

selain itu, menyampaikan aura-aura positif kao adalah satu cara yang boleh sedikit-sebanyak mengurangkan, memendekkan atau mematikan sesi umpat-umpatan atau gosip-gosipan yang baru bermula.
contoh:

P: eh, semalam kan, aku nampak dye dating dengan sorang pompuan kat khaleel. macam manalah orang tak hensem macam dye buleh ada awek?
Q: adik dye kot.
P: takkanlah adik. mesra lain macam je.
Q: eh, aku hutang ko sepuluh ringgit. nah ambik. (tukar topik)

berfikir secara positif juga boleh membina semangat untuk memajukan diri dan berjaya.
contoh:

monolog seorang manusia yang tak dikenali:
'aku rasa aku mampu dapat gred yang lebih baik. jadi, aku kena usaha lebih sikit.'

tapi dalam situasi tertentu, kita kena berfikiran negatif.
sebagai langkah berjaga-jaga.
contoh:

di puduraya,
G yang tak dikenali: tolong tengokkan beg saya ya. saya nak pergi tandas sekejap.
H:( ni betol ke tak ada apa-apa ni. entah-entah ada dadah ke. kalau aku ditangkap bersama-sama beg ni yang kebetulan ada dadah, mati aku.) ok.
G yang tak dikenali: (pergi tandas)

kalau dalam situasi macam inip, lebih baik korang berdiri jauh-jauh sikit dari beg itu. kira tengok dari jauh lah.
buatnya betol-betol itu beg dadah, kalau jauh-jauh sikit, kao bukan suspek utama kot kalau tiba-tiba ada pemeriksaan ke apa ke.
tak pon kalau sangat takot, kao orang cakaplah kao orang dah nak naik bas pon, tak buleh nak tengokkan.
zaman sekarang inip macam-macam bahaya ada.
macam-macam cara orang buleh guna nak seludup barang, nak ragut orang, nak rogol orang.
bahaya kalau kita terlalu berfikiran positif atau bersangka baik dalam situasi-situasi tertentu macam inip.
orang tua pon buleh seludup barang tahu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

petang inip ada projek ala-ala projek Geng Bas Sekolah.
projek barbeku 5 orang.
barang-barang dan persiapan semua dah siap.
harap-harap berjalan lancar semuanya.

-habis-

Rabu, Disember 17, 2008

inchek yang banyak berjasa

dye antara yang banyak berjasa.

walaupon dulu-dulu aku malu untuk mengakui kewujudannya.
walaupon dulu-dulu aku segan dengan orang ramai kalau aku dilihat bersama dye.
walaupon dulu-dulu aku sanggup menyorok bawah kerusi kalau orang nampak aku dengan dye.

masa aku kecik-kecik, aku perasan,
kalau orang nampak aku bersama dye, orang akan pandang semacam tak berkelip.
aku tak suka orang pandang semacam.
walaupon hakikatnya orang pandang dye, bukannya aku.
aku tetap rasa tak selesa.

aku selalu pergi tadika dengan dye. tiap-tiap hari.
aku segan sebab dye ada, maka aku akan mengecilkan diri supaya orang tak nampak aku.
tak pon, aku sanggup pergi tadika sebelum terang tanah tatkala orang lain belum sampai.

aku selalu juga pergi sekolah dengan dye.
seperti biasa aku akan cuba mengecilkan diri aku dengan harapan orang tak nampak aku bersama dye.

bila dye dah mula uzur,
dye tak lagi pergi sekolah dengan aku.
dye juga tak lagi mengikut mak aku pergi kerja.
dye cuma menemankan ayah aku di kebun kelapa sawit.

ayah sangat sayang akan dye.
ayah sanggup berhabis duit demi dye.
banyak orang menawarkan diri untuk menjadi penjaga barunya,
tapi ayah tak mahu melepaskan dye.
sebab dye sangat berharga.

sekarang, aku dah tak malu kalau dilihat bersama dye.
aku dah tak kisah pergi kedai dengan dye.
aku dah tak kisah kalau orang pandang semacam.
sebab aku dah sedar,
dye sangat berharga.
dye juga masih lagi berjasa.



ini dye Inchek JAK7969.
nama gelaran yang diberikan oleh orang awam: jip awie sembilu
tayar sudah ditukar baru.lebih besar dan menawan.
pintu ditanggalkan oleh ayah sebab pintu dah buruk. alasan tambahan: lebih ranggi.
bumbung belakang ditanggalkan untuk memudahkan ayah mengangkat buah sawit, kereta sorong, dan lain-lain barang.
palang belakang baru sudah ditambah.

kalau kao memandu Inchek JAK7969, kao terasa dalam suasana sedang memburu kerbau liar di padang rumput afrika.
laju pon laju.
haha.hebat.

-habis-

Isnin, Disember 15, 2008

21 jadi 5

aku habiskan hujung minggu aku di kl-melawat makcik aku setelah sekian lama tak jumpa dye.
aku pergi dengan mak aku.

sempat mak aku ajak makcik aku dan aku pergi membeli-belah.
sudah sekian lama juga aku tak membeli-belah dengan mak aku
(sesi pergi ke pasar basah ataupon pasar malam hujung minggu dengan mak aku dikecualikan sebab tak berapa membeli-belah bagi aku).

ternyata mak hebat membeli-belah, tak macam aku.
ternyata mak lebih ligat berjalan, tak macam aku yang dah mula longlai menjinjing barang-barang yang mak aku beli.

tapi, aku kadang-kadang macam terasa sedikit kekok.
(macam aneh dan kelakar kekok dengan mak sendiri)
mungkin perasaan aku yang remeh-temeh semata-mata.
dan mungkin juga disebabkan oleh aku yang memang tak banyak cakap sangat dengan mak.

aku rasa macam aku lebih suka dan selesa pergi ke pasar basah dengan mak untuk memilih ikan dan sayur berbanding memilih pakaian di jalan tunku abdul rahman.
aku rasa macam aku lebih suka dan selesa pergi ke pasar malam dengan mak untuk membeli tauhu bakar dan yong tau fu berbanding meneliti kasut di sogo.


pagi ahad,hari kami nak balik muar semula,
sakit bulanan aku datang menyebabkan aku tak mampu nak makan nasi lemak walaupon aku sangat suka nasi lemak.
muka aku toya dan hanya mampu senyum tak berapa nak ikhlas.

mak gosok-gosok belakang aku.
"kesiaan dye"
aku senyum ikhlas kali inip dan aku rasa aku jadi budak 5 tahun semula.
hoho.


-habis-

Jumaat, Disember 12, 2008

si pendatang baru

ada kucing betina baru datang ke rumah aku. bulunya warna putih bertompok kuning. awal-awal dye takot dengan aku, tapi lama-lama dye dah berani sebab aku bagi dye makan. kucing inip bunting, tak pasti berapa bulan tapi aku rasa yakin bukan angkara kucing jantan aku sebab kucing jantan aku dah malas berjalan-jalan ke rumah jiran-jiran.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"siapa ni?"Akmal Najmi bertanya kepada aku, merujuk kepada kucing betina yang baru datang itu.
"ni kawan Bubun"aku jawab.(Bubun kucing aku)
"hai kawan.awak buat apa?"sambil Akmal Najmi mengusap-usap bulu kucing betina itu.





"kenapa perot dye beso?"Akmal Najmi bertanya lagi.

"sebab ada anak dalam perot dye"aku jawab, barangkali jawapan terbaik untuk soalan budak berumur 3 tahun itu agar dye buleh memahaminya buat masa inip.


"ooooo.ada adik dalam perot dye."


-habis-

Selasa, Disember 09, 2008

saya berani

telah bersawang nampaknya lantaran rasa malas dan tak ada idea. semua bertukar menjadi draf yang menambahkan jaringan sawang. tambahan lagi internet sangat lembab nak mati.

maka, aku jawab sajalah tag dari Inchek Mejah.

(ambil vakum. vakum segala sawang yang bergantungan indah)

1. What is the relationship of you and him/her?
rakan seperjuangan di smapkajang.

2. Your 5 impressions towards him/her.

1. dia kelakar
2. tapi kadang-kadang saya rasa dia hot-hot-temper sikit.agak menakotkan.
3. dia buat kerja dengan bersungguh-sungguh
4. dia bijak
5. dia baik hati

3. The most memorable things he/she had done for you.
dia pernah tersepak (ke menyepak?haha) bekas pensel saya. tatkala itu bekas pensel saya terjatuh di lantai koridor 5 musytari, dari tangan saya sewaktu saya sedang berjalan ke makmal.

4. The most memorable things he/she have said to you?
"kita memendam rasa..bla..bla.."(dia nyanyi lagu ajai-nurul tatkala pada suatu hari saya masuk melawat 5 musytari.haha)

5. If he/she become your lover, you will…
gelak kuat-kuat dulu.

6. If he/she become your enemy, you will…
buat-buat betolkan tali kasut kalau nampak dia.

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on his/her
huh?tak tahu lah.

8. If he/she become your enemy, the reason is
dia curi teman lelaki saya?hahahahaha.

9. The most desirable thing to do on him/her is?
saya nak siasat bekas pensel dia warna apa sekarang.

10. The overall impression of him/her is…
baik dan kelakar sebenarnya

11. How do you think the people around you will feel about you?
saya budak yang bermuka-tak-bersalah.

12. The character of you for yourself is?
saya kurang pasti.haha.

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
saya yang tak banyak cakap.

14. The most ideal person that you wanna be is?
mungkin para cikgu matematik saya dari sekolah sampailah matrikulasi. sebab mereka hebat dalam matematik.

15. For the people who likes you, say something about them.
mungkin mereka mempunyai englihatan separa kabur.

16. Ten people to tag: (sepuluh ramai sangatlah.senarai mustahil pon bulehlah)

1.murnix
2.ayeen
3.enie
4.iezzah
5.nieda
6.farreq
7.own
8.naxrien
9.pakcik ichigo
10.sya

17. who is no. 2 having a relationship with?

dengan pijan.

18. Is no. 3 a male or a female?

dia seorang perempuan.

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
ohoho.nombor tujuh sudah bertunanglah.kihkihkih

20. How about no. 5 and 8?
masing-masing sudah berpunya.

21. What is no. 1 studying about?
berkaitan ekonomi kalau tak silap.di nz.


22. Is no. 4 single?
tidak lagi.

23. Say something about no. 6
dia sangat baik hati.serius.tapi kadang-kadang mulut laser.


hoh.tag inip dijawab dengan sehabis berani tanpa menggunakan sebarang kertas A4 demi menyahut cabaran Inchek MejahAngkasa.

------------------------------------------------------------------------------------------

walaupon raya haji 3 hari, tapi hari raya pertama pon tak berapa serupa hari raya.
tapi sekurang-kurangnya ketupat rendang lodeh sup tulang dan sambal kacang memberikan mood raya.

tapi, tak berapa sangat lah mood raya itu.

melantak ketupat depan tv tengok cherita Labu Labi.
habis ketupat, tambah lagi.
ulang-ulang tambah makanan sampai cherita habis.

lepas itu tidur terbongkang depan tv.

bangun melantak ketupat lagi.
sumbat selagi ada ruang.
ulang-ulang sampai makanan habis.

ohhoooo.
tidur sewaktu musim cuti begini memang enak.

-habis-

Sabtu, November 22, 2008

apa lagi yang boleh dilakukan selain membuang masa pada ketika inip

sedang mendengar: you probably couldn't see for the light but you were staring straight at me-arctic monkeys

barang-barang aku semua dah diangkat masuk stor.rasa lapang sikitlah bilik aku inip. 24 haribulan aku nak kena pindah rst dan perkara inip tak menarik sebab:

1. jauh atas bukit
2. susah nak dapat wireless.bermakna susah aku nak online.bermakna aku akan bertambah bosan.

haih.cepatlah berlalu pesta hoki.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

semalam aku pergi berjalan-jalan kan. maka aku letaklah sikit gambar-gambar yang berkenaan. kitorang cuma mampu pergi roadwalk a.k.a lorong kulit, rumah p.ramlee, dan pasar chowrasta.

roadwalk, ada macam-macam benda orang jual. ada buah-buahan, pakaian, pokok bunga, pokok strawberi, hamster, kasut, arnab, cincin, cd cetak rompak, buku-buku dan majalah terpakai (buku antologi anak laut tingkatan 4 pon ada), minyak akar, kipas terpakai, dan barang-barang lama atau antik seperti seterika zaman dulu-dulu, duit-duit lama, piring hitam, dan perhiasan lama.


dari roadwalk, kitorang pergi rumah kelahiran p.ramlee yang terletak sangatlah berhampiran. rumah yang chumeyl. keputusan peperiksaan dan rekod kehadiran sekolah pon ada dibingkaikan dan diletakkan di ruang tamu rumah inip. ada tak orang nak bingkaikan rekod kehadiran sekolah aku ya?


dari rumah p.ramlee, kitorang berjalan sikit dan naik bas rapidpenang U201 menuju ke pasar chowrasta. cari jeruk.


balik memang melepeklah atas katil sebab penat berjalan kaki.
aku sempat juga beli new moon dan dah habis baca pon. lepas inip, buleh beli eclipse.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

teringat pula, ada ramai orang tanya aku soalan yang sama sejak akhir-akhir inip. risaulah kot agaknya dengan aku.
soalan:ko tak nak cari pengganti ke?hati kao dah tertutup ke untuk lelaki?

haha. soalan inip agak lawak sebenarnya.bunyi skema pon ada, macam skrip cherita tv. serius benar nadanya.
jawapan aku: tak ada orang nak kat aku pon.haha.

apa pon, aku selesa dengan status aku sekarang. sebab aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang berkongsi kegumbiraan mereka dengan aku. dan tidak lupa, berkongsi kesedihan dengan aku. itupon dah buat aku gumbira sebab sekurang-kurangnya aku dapat rasa kewujudan aku dihargai. sekurang-kurangnya.

bunyi macam penipu.haha.

tapi kadang-kadang rasa sunyi itu tetap datang.tak dinafikan.walaupon kawan-kawan ada di sekeliling. rasa yang sangat tak menarik dan menyerabutkan kepala, tapi ia akan hilang sendiri lepas 1-2 hari.
begitulah adanya.

adapon kepada yang bertanya, tak perlulah risau ya. aku baik-baik saja.

-habis-

Khamis, November 20, 2008

twilight

aku mengkategorikan diri aku sendiri sebagai seorang rakyat malaysia yang agak malas membaca. purata buku yang aku baca dalam setahun mungkin 1 saja. tak termasuk buku pelajaran maksud aku. tapi kalau baca majalah dan surat khabar,aku agak rajin sebab rasa santai. tapi aku tak beli pon sebab aku lebih selesa pinjam orang punya.haha.

tapi buku teks pon bukannya aku baca walaupon berharga seribu ringgit sekalipon.
contohnya,buku teks farmakoterapi aku (buku yang gilerr tebal dan berat, aku rasa 3 kg ada.haha) masih chantek dan sempurna umpama baru keluar dari kotak. bau kedai lagik.
belum lagi bila buku-buku tebal lain yang bakal tiba semester depan.

aku cuma rajin baca nota-nota kuliah. tapi itu pon 2 hari sebelum kuiz atau waktu seminggu sebelum peperiksaan akhir.waktu itu sajalah aku rajin. waktu lain?

aku rasa punca aku jadi malas membaca sebab buku rekod nilam punya pasal. dulu-dulu aku sangat rajin membaca, tapi aku malas nak isi buku rekod nilam itu. lama-lama jadi macam malas.haha.tapi aku memang dasar pemalas sebenarnya, walaupon kalau buku rekod nilam itu tidak wujud.

tapi kalau tiba-tiba aku rasa teruja nak membeli dan membaca buku, aku sanggup meredah hujan, onak, dan duri. dan aku akan membaca buku yang baru dibeli penuh khusyuk, macam orang yang gilerr suka baca buku lah pendek kata gaya-gayanya.

semalam aku pergi queen'sbay semata-mata nak beli buku twilight di popular. filem twilight yang akan keluar hujung november. aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku tertarik dengan cherita inip, sampai aku nekad pergi beli buku itu. dan aku nekad habiskan membaca malam tadi sebab aku tak nak berhenti dan aku nak tahu kesudahannya.

kisah cinta pontianak lelaki dengan seorang remaja perempuan biasa. kisah yang biasa sebenarnya. tapi, bagi aku buku inip menarik dan mudah. dasar otak aku hampir terencat, sebab malas berfikir.

kalau sempat nanti, aku nak tengoklah filem twilight bila dah keluar.

Selasa, November 18, 2008

asap asap asap

hidu,hidu,hidu.

tudung aku dah berbau asap. baju aku pon dah berbau asap.jari aku ada yang kebas-kebas.
aku baru balik dari jamuan barbeku budak farmasi tahun tiga yang bertempat berhampiran dengan jerejak spa and resort. tapi bukan dalam kawasan itu, agak jauh sikit, tapi memang tepi lautlah. bulehlah kalau nak tengok jambatan pulau pinang itu.

aku rasa seronok. sebab inip kali pertama kitorang menganjurkan aktiviti untuk 'kita-kita' saja dan ramai yang datang. walaupon pada awalnya hujan lebat, alhamdulillah lepas itu hujan berhenti dan nampaknya penganjur utama iaitu Inchek Najab tidak perlu merasa sedih sebab hasratnya tercapai. 5 buah kereta serta motor-motor sekalian. aku rasa meriah walaupon hanya ada ayam, sosej, serta air oren.aku tetap suka begitu. simple and sweet.

*Inchek Mael telah nyaris-nyaris menyebabkan kebakaran besar dan juga nyaris-nyaris membakar seliparnya sendiri. hal inip kerana ketika dye menuang minyak pembakar ke atas arang yang baru terbakar sedikit, dye tersilap membajet jarak botol minyak dengan api tersebut. maka api itu menyambar botol minyak itu sekali. walaupon panik, tapi semua orang pon gelak. sejarah berulang lagi nampaknya.haha. Inchek Mael, nasib baik kamu selamat dowh.

*aku bergembira dengan tugas aku sebagai tukang bakar ayam sampai tak nak berganjak. bukan apa, aku memang pantang kalau ada kerja bakar-bakar ayam: aku terus khusyuk dan sanggup tak makan sebab nak bakar ayam.tak tahu, macam ada rasa kepuasan. lepas inip sesiapa nak bakar ayam, panggil aku ya.jangan bimbang, aku tahan asap dan panas.hehe.

*pertama kali aku makan sekali dengan Inchek Farreq, Inchek Fahmi, Inchek Azri, dan Inchek Naim yang pemalu itu. terharu sebab Inchek Farreq pilih ayam untuk aku-penuh dengan kasih sayang.hahahaha. sambil-sambil makan itu, biasalah dengar gosip-gosipan sebab budak-budak inip memang kaki gosip.isyhisyh.

*pertama kali nama aku asyik disebut. terasa fofular sekejap. haha.

*aku makan tak banyak pon. mungkin dah terlalu seronok membakar ayam dan berborak-borak, mengatasi tujuan asal datang ke situ iaitu MAKAN.

pendek kata, aku gumbira malam inip. semua orang macam sangat rapat. semua orang pon beri kerjasama yang sangat baik. semua orang pon gumbira.

walaupon hanya sekadar ayam, sosej, dan air oren.aku tetap suka begitu. aku pasti merindui waktu inip nanti.

-habis-

Isnin, November 17, 2008

teman terbaik

ok.aku dah mula kebosanan.
sementara menunggu waktu untuk pergi barbeku,
aku nak jawab soalan bosan seperti di bawah:

1. Put your music player on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song title and the singer (in bracket) down no matter how silly it sounds!
_____________________________________

1. If someone says "Is this ok?" you say?
the city is at war (cobra starship)

2. What would best describe your personality?
lonely in gorgeous (tommyfebruary6)

3. What do you like in a guy/girl?
tentang kita (couple)

4. How do you feel today?
brianstorm (arctic monkeys)

5. What is your life's purpose?
nanti (pretty ugly)


6. What is your motto?
trouble (coldplay)

7. What do your friends think of you?
beat it (fallout boy)

8. What do you think of your parents?
lipstik (the times)

9. What do you think of your best friend?
everything's magic (angels and airwaves)

10. What do you think of the person you like?
home (michael buble)

11. What is your life story?
konflik metropolis (komplot)

12. What do you want to be when you grow up?
viva la vida (coldplay)

13. What do you think when you see the person you like?
mendung (melastik bintang)

14. What do your parents think of you?
dari sini ke bintang-bintang (farah asyikin)

15. What will you dance to at your wedding?
the take over, the break's over (fallout boy)

16. What is your favorite hobby/interest?
flowers (the brilliant green)-->bunga??!!hahaha

17. What is your biggest fear?
love remains the same (gavin rossdale)

18. What song will be the title when you repost this?
teman terbaik (genova)

edisi peperiksaan:hari ketujuh dan terakhir.

subjek: kosmetik dan dandanan
kod kursus: FEL 371/2
masa: 2 jam

peperiksaan sudah habis.wihuuu~!!

err.untuk subjek inip, aku tak belajar cara-cara mendandan diri ok. subjek inip lebih kepada formulasi-formulasi produk kosmetik. contohnya, macam mana nak formulasi satu syampu.kiranya, lebih kepada belajar bahan-bahan aktif untuk produk kosmetik dan kegunaannya.
aku pon dah berjaya buat pemerah pipi dengan tangan aku sendiri.haha.

agak tak puas hati dengan sesetengah soalan. tanya kepekatan bahan yang nak digunakan.manalah aku nak ingat.ingat nama bahan pon dah cukup bagus.haha.

apa-apa pon,dah lepas pon, iya tak?malam inip, insyaAllah ada sesi barbeku bersama rakan-rakan seperjuangan yang baru lepas merdeka inip.haha.

aku rasa macam nak keluarlah sekarang.tapi ke mana ya?

-habis-

Jumaat, November 14, 2008

edisi peperiksaan:hari keenam

subjek:praktis farmasi
kod kursus: FAR 351/3
masa: 3 jam

ok.tak ada apa-apa yang menarik sepanjang minggu inip.
kertas inip aku jawab pagi tadi.
seperti biasa aku goreng ikan paus,
tapi kali inip dengan tepung kentucky sebab tepung adabi lupa nak beli.

seperti biasa juga tidur aku tak lena.

bosan.bosan.bosan.bosan.
sekarang pon aku tak boleh tidur walaupon otak aku dah penat.

aku terfikir,
aku kena mencari suatu perkara yang bermakna untuk dilakukan.
sesuatu yang baru.
sebab aku bosan sekarang.

-habis-

Rabu, November 12, 2008

edisi peperiksaan:hari kelima

subjek:pemasaran dalam farmasi
kod kursus: FEL372/2
masa: 2 jam

aku jadi budak pemasaran untuk hari inip.
jangan penasaran sudah.
ajaib, pagi inip aku sarapan.minum milo setengah cawan, cicah biskut lagik.

-habis-

Isnin, November 10, 2008

edisi peperiksaan:hari keempat

subjek:analisis farmaseutik I
kod kursus: FAR 311/3
masa: 3 jam

berasap,berasap.
memang berasap kepala aku jawab kertas inip.

-habis-

Jumaat, November 07, 2008

edisi peperiksaan:hari ketiga

subjek:sistem kardiovaskular dan terapi
kod kursus: FAR 342/3
masa:3 jam

tinggal empat lagi.
aku rasa macam nak minum air tembikai sekarang.
tapi takkan nak pergi kedai mamak waktu macam inip.
gilerr malas.

Rabu, November 05, 2008

edisi peperiksaan:hari kedua

subjek: sistem pernafasan, renal, darah, dan terapi
kod kursus: FAR 341/4
masa: 3 jam

satu-satunya kertas 4 unit untuk semester inip.
sangat mencabar sebab baanyaak gilerr benda nak kena ingat.
drug anti-asma pon dah berjenis-jenis, apatah lagi yang lain-lain.
dan aku sangat lega sebab peperiksaan pukul 2.15 petang nanti.
berusaha menjawab sebaik mungkin.
yosh!~

notakaki: 2 hari berturut-turut aku mimpi pasal makanan yang lazat. hari pertama: cupcakes, kek coklat, dan kuih-muih. hari kedua: aiskrim-2 bekas besar. tapi, semua aku tak sempat rasa walaupon aku dah bayar kesemuanya, sebab aku terjaga. keciwa dowh.

-habis-

Isnin, November 03, 2008

edisi peperiksaan:hari pertama

subjek:reka bentuk dos I
kod kursus: FAR321/3
masa:3 jam

walaupon semalam bergembira makan bigMac.
hari inip kena kembali fokus.
berusahalah.

Jumaat, Oktober 31, 2008

misteri lelaki bernama Afiq

iya iya.aku tahu aku tak habis lagi khatam cvs (aku berhenti setakat kuliah 3 prof pauzi dan ada lagi 4!belum lagi bahagian prof yahaya yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata). tapi aku tak dapat menahan keterujaan aku saat mengetahui plag-plag di bilik aku sudah berfungsi seperti sedia kala (kelmarin tiba-tiba semua tak buleh guna). terjun katil dan on laptop, meninggalkan nota-nota cvs terlantar di tepi bantal.

hari inip aku nak cherita tentang mimpi aku malam kelmarin (malam semalam punya mimpi agak serabut, malas nak cherita).

aku mimpi, tabung kucing aku yang atas meja itu kena kopak. separuh duit aku dalam tabung itu dah tak ada. kepala kucing itu tercabut dari badannya. aku yang baru turun katil begitu panik sekali. lantas dengan berbaju kurung warna biru, aku berlari keluar bilik macam orang gilerr cuba mencari si pelaku dosa.

lari,lari, dan lari, sampai aku terlanggar Pojan dan Fathi serta seorang mamat chumeyl yang tidak diketahui namanya. aku tak ada masa nak minta nombor telefon mamat itu sebab aku kena cari si pencuri.

tiba-tiba aura deria keenam aku menunjukkan siapakah manusia yang bertanggungjawab terhadap jenayah yang berlaku di atas meja aku. muka macam orang korea, tapi aku tak kenal pon. aku berhenti depan dye dan aku marah-marah sambil membebel dalam bahasa inggeris suruh dye pulangkan balik duit aku. aku 'speaking' dalam mimpi dowh.lancar pulak tu, memang berabuklah.
*Mejah, kao pernah tak mimpi dalam bahasa peranchis?

perempuan muka-macam-orang-korea itu tiba-tiba buat kira-kira di dinding dan bagitahu aku dye cuma ambik RM5.40 saja. dan tak semena-mena dye melarikan diri dan hilang terus. aku tak sempat kejar sebab dah penat. lantas dengan lemah-longlai aku berjalan kaki. keciwa.

aku naik lif. turun ke tingkat bawah. keluar pintu lif, jumpa satu tempat yang sangat chantek. rumput menghijau (tapi tak ada chendawan besar-besar). bangunan-bangunan yang berwarna-warni. banyak set meja kerusi untuk makan bersusun-susun. macam ada orang nak buat majlis perkahwinan ala-ala dalam taman. aku berjalan lagi. ada ramai orang lelaki pakai baju melayu warna merah hati siap bersamping. semua kacak belaka tanpa ada sesiapa pon yang berperut boroi. hiks.pegang kompang sekalik. tiba-tiba aku ternampak seseorang yang aku kenal duduk di kerusi panjang sambil bersilang kaki. berbaju melayu biru terang siap bersamping. Afiq, kawan sekolah menengah dulu (apa kejadahnya Afiq masuk mimpi aku?!haih.Mejah, jangan kata kao lupa orang yang bernama Afiq.)

mangsa kecurian: afiq,kao buat apa kat sini?
afiq:(pandang aku dan senyum. tak menjawab soalan aku)
mangsa kecurian: haih.(duduk sebelah afiq)
afiq: kao kenapa?sedih je aku tengok.
mangsa kecurian:owh. ada orang curi duit tabung aku.penat aku kejar dye..bla..bla..bla..(aku merungut dan mengomel panjang gilerr dengan satu nafas)
afiq:(senyum lagi, tak kata apa.apa kejadahnya mamat inip.cubalah bagi nasihat ke apa ke)
mangsa kecurian: kao nak kena sambut pengantin ke apa?
afiq:(senyum lagi.haih.misteri.)
mangsa kecurian: tak apalah afiq.aku nak pergi tempat lain pulak.bye.(lambai tangan)
afiq: (lambai tangan juga)

lantas aku berjalan masuk ke bangunan yang berwarna-warni itu.
lepas itu aku pon terjaga.
haha.

aku tak paham macam mana Afiq buleh menyibuk dalam mimpi aku.
dan entri inip sememangnya tak bermotif.
hasil keserabutan mental dan jiwa akibat menelaah cvs.

-habis-

Rabu, Oktober 29, 2008

satu nama satu cherita

"...ak rse mlm ni ak hepi sgt..n syg sgt A***..tp xtaw nak share ngan sape..sori kaco..just trase nak msg ko je..^-^"

aku tekan-tekan kekunci nokia aku.balas.hantar.
never shout never menyanyi big city dreams buat kali kedua.

"thanx..diba..hope ko pn akn hepi nnti.."

inchek,
mendengar khabar kao bahagia pon aku dah gumbira.
kalau kao tak tahu nak kongsi apa-apa dengan siapa-siapa lagik, cari aku seperti biasa ya.
aku akan cuba selalu berada di sini untuk mendengar apa sahaja cherita.
:)

-habis-

Khamis, Oktober 23, 2008

aku tak puas hati dengan Inchek Farreq sebab dye buleh tidur dengan aman

lab report terakhir aku berjaya disiapkan tepat jam 5.30 pagi tadi dan berjaya dihantar sekitar pukul 10.00 tadi. iya, aku tak tidur satu malam.

sekitar jam 4 pagi Inchek Farreq berborak dengan aku melalui ym-bagus juga, sekurang-kurangnya ada teman. dye tak tidur satu malam sebab buat report juga dan bermain dota. tapi matlamat dye dan aku sama: tidur lepas subuh. cheh. dye berjaya tidur dengan aman. aku? lepas solat subuh kunun-kunun nak tidur sampai pukul 9 pagi ataupon berpanjangan ke pukul 10. tapi pukul 7 pagi aku dah tak buleh meneruskan aktiviti tidur aku. mata aku pedih tapi bila baring, tak tidur juga. tertekan dengan keadaan itu, aku terus bangun dan pergi mandi. senang hati. bersiap-siap untuk print dan hantar report.

namun begitu, kepala otak aku melayang-layang macam layang-layang gambar superman.

bila sampai di makmal komputer skool, aku tengok tak ada pon dokumen yang aku nak print itu dalam pendrive aku.
macam stokin dan aku terpaksa berpatah balik ke bilik.
bila sampai bilik, aku tengok rupa-rupanya dokumen itu memang ada, cuma aku yang tak perasan.
macam stokin.
dan aku nyaris tertinggal data eksperimen.
kalau tak, memang kena patah balik.

aku berjalan pon dalam keadaan agak terhuyung-hayang dan macam blur.
aku nak sambung tidur. tapi macam tak buleh tidur.
baju-baju aku belum digantung dan dilipat.
dan aku belum kemas-kemas untuk balik malam inip.
haih.

*peperiksaan akhir bermula pada 3 november dan berakhir pada 17 november.
tujuh kertas. satu semangat.
oh, aku belum print slip peperiksaan lagik.

-habis-

Ahad, Oktober 19, 2008

tak tahu nak letak tajuk apa

minggu yang sangat sibuk untuk aku. 2 kuiz telah diharungi. walaupon agak hampeh, tapi sekurang-kurangnya lepas sudah. lepas itu, sibuk pula dengan report subjek kosmetik dan presentation slides. isnin inip ada presentation untuk subjek kosmetik. harap-harap aku tak terpilih untuk membuat presentation nanti.

ada beberapa benda jadi minggu inip selain kesibukan aku.

*malam sebelum kuiz 342, aku tak tido juga sebab nak habiskan ulangkaji. sebab tak nak mengantok, tangan aku asyik mencapai peel fresh perisa oren yang aku beli di tesco hari itu untuk diminum, diselang-selikan dengan snek berupa rumpai laut. keesokan paginya aku saket perot.

*Inchek Own dah belanja aku makan tiga kali. rasa bersalah dowh. bukan niat aku untuk kacau daun dan siries aku tak kisah kalau kao tak belanja aku pon.

*semalam aku tido pukul 5 pagi. memang lepas itu aku tido berlebih-lebihan sebab mata aku susah gilerr nak buka.

*aku rasa macam ada stalker. sebab dia berjaya tahu nombor IC aku.

*tadi aku pergi majlis makan malam anjuran MPS penang di berjaya hotel, jalan burma. patutnya bayar 50 hengget, tapi telah ditaja lebih daripada separuh (aku kena bayar 20 hengget saja). naik kereta Inchek Farreq. makanan biasa-biasa saja dan sesungguhnya aku masih lapar (kenyataan inip diperakui oleh Inchek Farreq dan Inchek Molek). majlis yang agak ntahapahapa sebab hampir keseluruhan persembahan adalah daripada penari-penari 'pon'. miming saja pon, tapi dressing memang tak buleh blah. tak sanggup aku tengok. belom lagi diorang turun pentas dan mendekati mana-mana hadirin lelaki yang ada dengan gaya yang kunun-kunun menggoda.haih.

aku dah tak ada mood nak taip apa-apa. idea hilang tiba-tiba. henset aku pon senyap.
tidolah.

-habis-

Isnin, Oktober 13, 2008

ding dong

Inchek Farreq tak belikan pon.
dye lupalah agaknya.
dasar pakcik.
haha.
tak apa, aku tak kisah.
sebab aku dah ok.

-habis-

mendung

aku tak ada rasa nak buat apa-apa pon hari inip.
maka aku tido, tido, dan tido.
nak study untuk kuiz esok pon tak ada mood.
tapi aku paksa diri sendiri juga sebab esok kuiz punya pasal.
makan pon aku tak ada selera.
nasi tak habis pon. penat Bunga susah payah patah balik kedai untuk ambik nasi bungkus aku yang tertinggal.
semua orang tanya kenapa.
tapi aku tak tahu nak jawab sebab apa.
sebab aku sendiri pon tak tahu kenapa aku jadi macam inip.
bukannya aku bergaduh dengan orang pon.
bukannya aku saket pon.
sistem badan aku yang mengada-ngada mungkin.

Inchek Farreq kata dye nak pergi mcd.
aku kirim bubur ayam dengan dye.
mungkin buleh hilangkan perasaan yang tidak menarik inip.

-habis-

Ahad, Oktober 12, 2008

biskut berhari raya di kedah

owh lega btol hari inip. saket kepala aku dah hilang.

semalam sehari suntuk aku beraya.

pukul 1.30 petang aku pergi rumah Mus kat jitra (lambat sebab tunggu Inchek Naim punya pasal) rumah dye buat rumah terbuka. aku pergi dengan Inchek Sani, Atie, Munie, Inchek Naim, dengan kawan Inchek Naim yang merupakan anak tokei Restoran Mama Mia (aku tak pernah lagi makan kat sini).sampai rumah Mus pukul 3 lebih. makan-makan semua. Inchek Luqman datang lambat sikit, dari uum. muka dye dah gelap sebab main ragbi. tapi dye masih lampi dan ntahapahapa seperti dulu. hehe.

pukul 6 bertolak ke rumah kakak Inchek Sani kat alor setar. hebat tak hebat, Inchek Sani bawa balik 3 perempuan sekali. haha. seperti biasa, makan-makan lagi. aku ingat nak melantak lebih sikit tapi aku dah kenyang.hehe. pukul 7 bergerak semula dan dalam hujan, Inchek Sani memecut kereta. sampai uni pukul 8.20 malam.

lepas itu aku pergi jamuan raya permas pula dengan Bunga, Sheep2, Citra, dan Lestari (orang taja, maka memang mesti pergi). seperti biasa, makan-makan lagi. ambik gambar tidak dilupa. tapi duit raya tak dapat sebab emcee tak pilih aku untuk nyanyi lagu raya pon. masa inip kepala aku mula saket. berdenyut-denyut. mungkin kena hujan. tapi saket tak saket, aku melantak juga.

balik bilik, aku terus on laptop aku dan buat kerja. kena ubah bahagian discussions untuk marketing report aku sebab panjang sangat. agak bermasalah bila dah panjang, kena pendekkan. sigh. kepala aku makin saket tapi aku siapkan juga sebab Inchek Aaron suruh aku emel malam tadi juga. lepas siap hantar semua, memang aku terus naik katil dan tidur. nyenyak gilerrlah.

pagi-pagi aku bangun ada mesej dari Inchek Ajeed. agak lama juga dye tak mesej aku.
ah, pedulikan. malas aku nak layan.

esok aku ada kuiz. seperti biasa, aku tak mula apa pon lagi.
sesi berhari raya berhenti setakat inip dahulu.

-habis-

Jumaat, Oktober 10, 2008

gilerr lawak budak-budak itu..hadoiilah..

marketing presentation aku dah habis petang tadi. habis lambat, penat gilerr dowh. saket kaki aku. apa-apa hal pon, lega dah selesai.

semalam aku rasa down. tak tahulah kenapa. daripada pagi sampai ke malam aku rasa macam seorang yang tak berguna. macam seorang loser. aku tak ada perasaan pon nak buat apa. orang buat lawak pon aku tak berapa ada hati nak gelak.

tapi tengah malam tadi menjelang pagi, aku dengar satu cherita lawak dari Inchek Own. gilerr punya lawak sampai gelak guling-guling macam orang tak betol. kisah lawak itu: aku dikhabarkan berpacaran dengan Inchek Own oleh budak-budak lelaki skool aku. haha. siries memang lawak dowh. mentang-mentanglah aku selalu berborak dengan Inchek Own waktu kelas di foyer skool. padanlah hari itu semua pandang semacam. isyh3. budak-budak inip memang suka bergosip-gosipan.tapi memang aku gelak tak henti-hentilah bila Inchek Own bercherita. kalaulah mereka tahu Inchek Own ada affair dengan siapa sebenarnya, mesti mereka keciwa sebab membazir air liur saja salah menggosip orang. haha.

hari inip aku masih diserang budak-budak itu berhubung gosip tersebut. kakakakakakaka. macam inip rupanya bila diserang gosip panas. kihkihkih. tapi bila tiba waktu petang, aku dah tak larat nak gelak. gelak sudah habis stok. Inchek Own pon sudah lama habis stok gelak.

kawan-kawan, terima kasihlah atas cherita lawak itu. terus aku dah tak down lagik. hahahaha.

tadi, Aida belikan aku bigMac. hilang kempunan aku. terima kasih Aida.
esok mungkin aku pergi beraya dengan Inchek Kucheng dan rakan-rakan. wee~
tapi jerawat aku semakin membesar. sigh.
aku nak mandi dan berehat. sangat penatlah.

-habis-

Selasa, Oktober 07, 2008

Inchek Own kata rasanya agak unik.
apa yang unik pon aku tak tahu.

aku tengah menunggu tart mak Inchek Kadir.
isyhisyh.


-habis-

Isnin, Oktober 06, 2008

senyum sampai telinga

Inchek Mael kata tart nenas aku kiutkiut dan sedap.
terharu dowh.

Inchek Chip bagi aku duit raya lima ringgit.
gumbira aku dowh.

aku tunggu komen Inchek Own pula nanti.

-habis-

Ahad, Oktober 05, 2008

raya kelima biskut di penang

aku mengemaskini entri dari penang.

aku sampai bilik pukul 5.30 pagi tadi.haih, senang aku nak online. aku tak buleh online kat rumah. inip semua TM punya pasal. aku dah kata rumah aku di luar lingkungan kawasan, degil juga nak promosi streamyx kat rumah aku. kesudahannya memang tak buleh pasang pon, dan TM belum lagi membaiki line internet rumah aku yang asal. macam bangang. aku tahulah rumah aku bukan rumah perdana menteri, tapi timbang rasalah sikit. sesedap rasa kao terminate dial-up rumah aku, lepas tu lambat baiki balik. macam haramm.

*bermula dari 28 september sehingga malam raya, aku sibuk menolong ayah aku di kedai. gilerr ramai manusia membeli-belah baju raya, songkok, tikar buluh, dan bermacam-macam lagik. mereka sangat hebat membeli-belah sampai waktu berbuka pon tak hengat. waktu maghrib pon masih membeli-belah lagik.isy3. kadang-kadang aku rasa macam nak halau saja diorang balik waktu maghrib itu. adik-beradik aku serta abang ipar aku semuanya menolong mak ayah aku di kedai. tiap-tiap malam balik lambat:sekitar pukul 12 malam atau 1 pagi.

*aku dipertanggungjawabkan memasak makanan berbuka puasa dan juadah hari raya sebab mak aku sibuk gilerr tolong ayah aku. hasilnya?
-asam pedas?lulus cemerlang!
-rendang daging?lulus tapi kurang garam sikit.hiks.masa itu puasalah, tak buleh rasa.haha.
-lontong?lulus cemerlang!
-ketupat nasik?lulus cemerlang!
-sambal kacang?err..inip kakak aku yang buat.


inip baru sikit. ada lagi yang belum isi beras. (gambar lepas siap direbus lupa nak ambik.hiks.)

*tahun inip semua adik-beradik aku beraya di kampung. rasa meriah sebab cukup korum. maklumlah, adik-beradik sikit.kalau kurang seorang, rasa tak menarik. tema warna tahun inip ialah biru (cuma abang dan kakak ipar aku sesat kaler hijau.haha)

*aku masih dapat duit raya. RM 107. tahun lepas aku dapat RM150.anak buah aku yang sorang tu dapat banyak gilerr. jeles betol jadi budak kechik inip.

*saudara-mara datang tak putus-putus raya pertama dan kedua. meriah gilerr. hal inip menyebabkan trip raya kami sekeluarga tak habis dalam satu hari raya. dua hari baru habis beraya.

*buat pertama kali aku buat tart nenas gulung dan laksa secara solo tanpa supervisor (mak aku). hasilnya?mendapat pujian. haha. terima kasih malaysia!


tart nenas gulung: produk sulung biskut!**nota: adik aku dah cilok empat bijik di situ!

aku buat tart gulung inip atas permintaan Inchek Mael dan Inchek Own.tapi bagus juga. tercapai hasrat aku nak buat tart gulung sendiri sebab mak aku sangat sibuk, tak ada masa nak buat. aku tak berapa suka tart gulung beli sebab saiznya sangat gabak. penuh mulut aku kalau sumbat sebijik. rasa tepung saja pulak tu. aku punya tart, buat kechikkechik. senang nak makan.

cherita lain: dalam bas tadi, aku duduk sebelah seorang mamat. umur macam lebih kurang aku. aku tak kisahlah pasal mamat inip. yang aku rasa lawak bila ada seorang perempuan yang satu bas dengan aku tadi datang jumpa aku.

budak pompuan itu: duduk ik ke?
aku: ha'ah.
budak pompuan itu: jom naik teksi sekali.
aku: ok.
budak pompuan itu: sorang je ke?
aku: ha'ah.
budak pompuan itu: awak yang duduk seat depan tu kan?
aku: ha'ah. kenapa?
budak pompuan itu: oh, ingatkan datang berdua..(sambil tersenyum)
aku:haha

dye ingat aku awek mamat itu. haha. mungkin sebab aku pakai sweater hitam dan mamat tu pon sama. mamat tu pakai kasut DC puteh dan aku pakai converse krim tu (ala-ala puteh lah kunun). macam sepadanlah kunun-kunun.hiks. tapi aku tak puas hati sebab aku tak dapat duduk tepi tingkap sebab dye dah datang dulu. haih.

sekian cherita hari inip.
oh, lusa ada kuiz lah pulak. aku tak mula apa lagi.sigh.

selamat berpuasa enam ya.

-habis-



Jumaat, September 26, 2008

entri biskut edisi raya

aku dapat 4 keping kad raya.

Bunga: 'skandal jangan sampai dua column!!'(satu kolum pon tak sampailah.sebab semuanya sudah berpunya.isk3)
Lestari:'nak duit raya weh..tau2..'(aku pon tengah tunggu duit rayalah.haha)
Sheep2:'ati2 k dlm p'jalanan nnt'(terima kasih.insyaAllah.doakan aku selamat sampai)
Citra:'sayang kamoo'(aku sayang kamu juga babe)

zaman sekarang kad raya macam tak berapa laku. maksud aku tak selaku zaman dulu-dulu. sekarang dah ada e-kad, sms, komen-komen fs dan ms. dah tak payah susah-susah pergi cari peti pos merah sebab nak poskan kad raya, dan tak payah nak gaduh dengan posmen pasal kad raya kao tak sampai. semuanya pantas dengan teknologi yang ada sekarang.

*masa aku sekolah rendah sampailah aku form 4, aku selalu kira banyak mana kad raya yang aku dapat setiap tahun. paling gumbira masa form 4 sebab dapat kad raya daripada lelaki-lelaki.haha. form 5 paling sikit aku dapat kad raya sebab masa itu semua orang sibuk nak ambik spmlah.

*masa aku sekolah rendah, aku pernah dapat kad raya daripada aku punya peminat misteri kunun-kunun (tak misteri pon sebab aku tahu siapa yang bagi). siap letak bedak wei dalam kad raya itu. mula-mula rasa perasan jugak sebab terasa diminati. tapi bila fikir-fikir balik, nanti mak aku tanya siapa yang bagi, aku malaslah nak cherita. nanti mesti kena perli dengan kakak aku jugak. kesudahannya, aku bakar kad raya itu.

*tapi aku balas juga kad raya peminat misteri aku itu. tanda penghargaan. penat dye tabur bedak. lagipon aku bagi kad 30 sen saja pon. tapi chantek sebab bentuknya segi empat tepat yang agak panjang dan berwarna biru dengan corak yang ringkas.

*terdapat juga ayat-ayat yang normal ditulis dalam kad raya masa kechik-kechik(selain selamat hari raya, maaf zahir dan batin)
'baju raya tahun ini berapa pasang?'
'kuih raya berapa jenis?'
'kasut berapa pasang?'(inip aku tak pasti.aku tambah saja)

*aku pernah sekali hantar kad raya ke rumah. masa aku ambik spm 2004.

4 keping kad raya.
aku dah tampal kat noticeboard meja aku.

pukul 10.30 pagi nanti aku balik. tapi aku turun melaka dulu. lepas itu baru ambik bas pergi muar. doakan aku selamat sampai ya.

selamat hari raya untuk semua yang menyambutnya. aku minta ampun atas segala salah silap aku. walaupon raya tak lagi sama macam dulu-dulu masa kita kechik, harap-harapnya semua orang dapat berbahagialah.

aku nak sambung kemas barang.

-habis-

Selasa, September 23, 2008

aku tak setuju dengan Joey McIntyre

aku kena call katering untuk tanya pasal senarai menu makanan dan harga untuk apps2009 nanti. tadi aku dah call.
sekarang tangan aku menggeletar.

kalau nak tahu, malam tadi aku ambil masa sejam untuk karang ayat nak cakap apa bila buat panggilan.

kalau nak tahu, aku siap tulis ayat-ayat penuh yang aku nak cakap pada buku nota.

kalau nak tahu, perut aku memulas-mulas sebelum aku buat panggilan.

kalau nak tahu, suara aku agak terketar-ketar semasa bercakap di telefon tadi.

kalau nak tahu, aku terlupa langsung nak tengok buku nota itu.

kalau nak tahu, aku bercakap tadi dengan ayat yang agak tunggang-langgang.

masalah komunikasi aku memang serius.
masalah keyakinan diri aku juga serius.


'don't you ever wish you were someone else'.
dalam keadaan macam inip, aku tak bersetuju dengan kata-kata joey makan tayar (McIntyre).
aku rasa macam nak jadi orang lain. yang petah berkata-kata. yang yakin dengan diri sendiri. yang tak peduli apa orang akan fikir dan kata.

tangan aku masih menggeletar.
aku rasa mual sekarang. macam nak muntah.
aku tak suka macam inip.

-habis-

23

masuk hari inip, sudah 23 hari puasa. semalam aku jenguk forum batch aku masa sekolah kat fs. ada satu thread berkenaan mengimbas kembali saat-saat berpuasa di sekolah dulu. dalam banyak-banyak tahun, aku rasa tahun 2004 puasa paling bermakna sebab: pertama kali menghabiskan hampir sebulan berpuasa di sekolah (kira macam di perantauanlah) dan pertama kali menghadapi peperiksaan besar (spm) dalam suasana berpuasa.tambahan lagi, sekolah aku dikelilingi taman perumahan. maka, sangat dekat dengan bazaar ramadhan. gilerr dekat. sekolah pulak bagi pelepasan untuk kitorang keluar pergi bazaar. memang syoklah. memang hari-hari pergi bazaar aku rasa.kalau tak pergi pon, kirim orang. seingat aku, sekali saja rasanya aku berbuka puasa di dewan makan, itupon sebab berbuka puasa beramai-ramai dengan warden ke siapa entah. hiks.

*pernah meredah hujan sebab nak pergi bazaar. siap pernah pinjam payung pak guard. ada sekali payung terbuka ke atas sebab angin gilerr kuat. aku ingat lagi Zarin yang pegang payung itu. dye memang malu gilerr.

*aku paling ingat char kuey teow seorang pakcik inip. memang sedap dan cara dye membungkus unik. AJ antara manusia yang selalu beli char kuey teow dye.

*selain itu, biasalah, ada budak lelaki belanja budak pompuan, dan sebaliknya. aku pernah jadi posmen ataupon penghantar segera makanan-makanan yang dikirim kepada budak pompuan. apa nak buat, kerja posmen memang dah sebati dengan jiwa aku sejak aku form 4.haha. hari tak puasa hantar surat, hari puasa hantar makanan.

*sebab nak spm masa itu, form 5 semua duduk satu aras. aku dengan budak-budak dorm aku siap pakat kongsi duit beli pelita dan minyak tanah sebab nak menyemarakkan semangat raya kunun-kunun. pasang pelita wei kat koridor, susun atas tembok.memang terasa meriah dowh. tapi lepas itu aku tak ingat dah apa jadi dengan pelita-pelita tu.

*satu benda aku tak buleh lupa, aku menangis gilerr-gilerr sebab jawab 1 soalan addmaths spm tak betol sehingga aku mogok tak pergi bazaar dan tak pergi beli makanan pon untuk berbuka. memang kecewa menonggenglah masa itu. trimas AJ dan Rakan Muzik dan rakan-rakan lain sebab menenangkan jiwa lara aku masa itu. kalau tak aku rasa lagi menggila.

*paling lawak bila balik dari cuti beraya, satu dorm bawak juadah-juadah hari raya dari rumah masing-masing. gilerr banyak sampai tak termakan sebab semua orang dah makan di rumah masing-masing. kesudahannya, siapa entah jadi wakil, bagi semua kat budak laki sebab biasanya budak laki memang buleh habiskan punya makanan yang gilerr banyak itu. tapi aku tak tahulah diorang betol-betol habiskan ke tak. haha.

masuk hari inip, sudah 23 hari puasa.
aku tidak lagi menangis gilerr-gilerr kalau aku salah jawab soalan kuiz atau peperiksaan.
aku tidak lagi jadi posmen.
aku tidak lagi pasang pelita di koridor.
aku masih lagi tak suka addmaths. nasib baik aku tak kena ambik kalkulus or whatsoever sekarang.

-habis-

Ahad, September 21, 2008

perkara buduh pada malam ahad

bak kata jeritan aku di ym: aku telah melakukan satu perkara buduh. cis. sangat memalukan. berjaya dikesan pulak tuh walaupon aku telah menjadi halimunan. cis lagik.

kejadian: melawat halaman fs Inchek Dia di bawah separa sedar, dengan beridentitikan tanpa nama.
punca: sangat bosan tak tahu nak buat apa.
iyakah?nyatakan punca sebenar: bosanlah. pusing-pusing, sampai terpergi ke situ pula.
tipu. sila nyatakan punca sebenar: cis. terpaksa mengaku:aku belum buleh lupakan dye seratus peratus. ada kosong perpuluhan lima tertinggal. cheh.
akibat: aku rasa dye berjaya menjejak tindakan aku itu sebab dye pasang aplikasi stalker di halamannya.cis lagik. kenapa mesti ada aplikasi sebegitu rupa? pagi tadi aku tengok dye ada letak komen di halaman fs aku.
tindakan: aku delete komen itu. aku delete juga akaun fs dye daripada senarai kawan-kawan aku. haha.

nampak sangat aku tak buleh jadi stalker.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

kejadian sebelum tidur:

'nk psn ni, bl taip nnt, xpyh set paragraph, bold tajuk, xpyh..cm tajuk bt underline, kalo bt table, ltk tajuk kat bwh'

aku malas nak reply Inchek Mael. rasa mengantok menguasai diri. kao memang rajin, Inchek Mael.
tiba-tiba aku teringat. aku belum bagitahu Jue lagi pasal report kosmetik itu di bawah Inchek Mael. lantas aku taip untuk Jue.

'rport kosmetik kite wat sokln 3 n 4..mael kte b4 cuti rye, cari semua info yg ade kaitan dgn soklan kte..huhu..'
aku tak tahu kenapa aku letak huhu di hujung. pedulikan. tekan 'options', kemudian 'add recipient'. pilih 'MaEL' dan 'send'.

sekejap. kenapa aku hantar kepada Inchek Mael??!! owh.owh.owhhhhh. tidaaakkk!!!cepat-cepat aku mesej Inchek Mael minta ampun.

antara waktu tidur dalam keadaan suku sedar barangkali:
'xyh cntct sye lg. sye xde kaitan ng awk lg.'
aku hantar. kemudian tarik selimut mahu sambung tidur.
never shout never mendendangkan big city dreams. aku tengok henset. baca mesej.

'ada la..awk blum bg sye tat nenas n rpot kosmetik lg.haha..'
daripada: Inchek Mael??!!
sah aku mamai. dan sah juga nama Inchek Mael melekat sekejap dalam kepala otak aku yang sekarang agak tak berapa stabil disebabkan waktu tidur yang terumbang-ambing. owh, aku dapat membayangkan Inchek Mael gelak terguling-guling bila dapat mesej mamai daripada aku itu. saya-awak dengan Inchek Mael??!! memang gilerr dan aku rasa nak nyuruk bawah katil. sigh. apa nak buat lagi, aku minta ampun dengan mesej bermuka tembok.
nasi sudah menjadi bubur.
terlajak hantar mesej, tak buleh diundur lagik.
kerana mesej, imej binasa.
cis lagik.

-habis-

Khamis, September 18, 2008

siang yang terbazir

agak bermasalah.aku asyik mengantok bulan inip, siang hari terutamanya. siries tahap gilerr punya mengantok. di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

tengah kuliah buleh tido (sah-sahlah. kalau bukan bulan inip pon aku tido).
tengah taip lab report pon buleh tido.
tengah check friendster pon buleh tido.
tengah duduk di kerusi yang sudah tertanggal-tanggal spannya pon buleh tido.
tengah buat graf pon buleh tido.
asal letak kepala sekejap atas meja mesti tido.
tengah berdiri pon buleh tido.

bila dah macam itu, penawarnya cuma satu: naik katil dan tido dengan selesa.
tapi,
bila sudah bertapa kat katil, memang lama punya dan tak terbangun-bangun.dahlah siang-siang pulak tuh. contoh siang tadi: aku tido 5 jam 30 minit. straight. haih.
bila malam tiba, aku jadi susah nak tido.

macam sekarang.

-habis-

Selasa, September 16, 2008

syampu aneh

bayangkan.
kao nak syampu rambut. tapi pada masa yang sama, satu pertiga otak kao suruh kao sabun badan dulu. pada masa yang sama juga, satu pertiga otak kao lagi sedang berfikir pasal lab report dan kuiz serentak.
apakah yang akan terjadi?
kao ambik satu botol X, picit isinya atas tapak tangan kao banyak-banyak. lepas itu kao gosok-gosok, sapu dan gonyoh atas kepala kao sampai berbuih-buih. urut-urut penuh khusyuk dan bersemangat.

tiba-tiba kao sedar sesuatu. rambut kao yang sepatutnya lembut tatkala disyampu terasa kasar. kasar macam berus periuk. kasar macam penyapu pon ada. kao gerak-gerakkan hidung kao. hidu. hidu. hidu.
bau shower foam. baru kao perasan. kao guna shower foam untuk syampu rambut. maka, kalutlah kao membilas dan kembali syampu rambut kao menggunakan syampu yang sepatutnya. sigh. terbazir masa syampu rambut dua kali.

akulah manusia yang tersyampu rambut dengan shower foam itu. sah-sah kepala aku serabut.

-habis-

Ahad, September 14, 2008

mari makan dorayaki

pukul 3 lebih aku tido. ngantuk gilerr. tak study pon. tido punya tido, mimpi apa aku tak ingat. pukul 5 petang aku terjaga. sebab ada bunyi mesej masuk.
'aku tunggu kat kete tau'
owh tidakk!dah janji dengan mereka nak berbuka dan makan kat johnny's hari inip!
aku dengan muka bangun tido terus terjun katil macam batman. terus tukar baju, siap-siap, dan siap dalam masa 3 minit. nasib baek aku bukan jenis mekap-mekap ke apa ke. lantas sarung selipar dan terus berlari ke kereta Bunga. pergi johnny's kat queen'sbay.

aku beli t-shirt baru lagi hari inip. hari itu 'sorry i'm late'. hari inip? 'sorry you're late'.haha.
aku juga beli dorayaki. inti coklat. sedap, sedap, sedap.

-habis-

kritikal

hoihoi.
sila tepuk belakang aku kuat-kuat.
sila tarik rambut aku juga.
aku rasa sangat malas. duduk depan laptop dari pagi sampai sekarang tanpa berbuat apa-apa.
gilerr punya buang masa dowh.

electrophoresis.extraction.chromatography.semua menunggu aku.
tensi. baca satu apa pon tak buleh masuk. rasa sungguh tak berguna.

halfway around the world. tukar. serabut btol a*teens inip.

lucky. tukar. jason mraz dan colbie tak berjaya mendamaikan aku waktu sekarang.

flowers. owh, sangat indah dan menenangkan suara tomoko kawase.
*terus buang semua lagu dalam playlist kecuali lagu inip*

owh, dan satu lagi lagu. hey now now.
aku ingin melompat bersama-sama the cloud room.

-habis-

Sabtu, September 13, 2008

hello versi saduran david cook

malam tadi aku tido pukul 12. sungguh nyenyak sehinggalah aku terbangun pukul 10.38 pagi tadi. bangun-bangun terus pergi mandi. lepas mandi, duduk depan laptop dengan kepala yang pening-pening. baca nota. pasang lagu hello versi saduran oleh david cook kuat-kuat.sangat mengantok sehingga tanpa disedari aku tertido depan laptop. aku terjaga dengan kaki-kaki yang kebas. lantas aku naik katil terus.dan tido.

pukul 5.10 petang baru aku bangun. gilerr. macam dah tak betol kepala aku.
nampak gaya, aku akan menghadapi masalah untuk tido malam inip.
haih.

-habis-

Jumaat, September 12, 2008

semuanya puteh

marketing presentation kumpulan aku dah selesai. kitorang semua pakai baju warna puteh hari inip. chumeyl-chumeyl. bagus-bagus. walaupon tadi aku berchakap dengan sangat laju macam keretapi jepun takpon concorde yang dah tiada lagi perkhidmatannya sebab tinggal 2 minit saja lagi. dan aku pikir aku patot bagi lebih masa aku sikit kat Che Lina. maka, aku tak menghurai panjang. cukup sekadar pernyataan dan sedikit ulasan.
keseluruhan: sesi soal jawab berjalan dengan lancar (tapi bukan aku yang jawab pon. perot aku tengah saket gilerr. tak ada maknanya aku nak berpikir). mendapat pujian daripada Dr.Azmi. lega.

perot aku saket lagi. tak tahu sebab apa. mungkin sebab cuti-cuti malaysia tu kot. tak pon stres aku tak hilang lagik. malam inip berbuka puasa dengan budak-budak pompuan tahun 3. bertempat di Azalina cafe. oh, aku rindukan Nazri cafe. aku terkenang-kenang nasi padkapau.

kuiz 16 haribulan. kena baca. hoihoi.saket.

-habis-

Khamis, September 11, 2008

biskut: depresi. marah. tensi

aku depresi. aku marah. aku tensi.mulut aku muncung buleh letak penyangkut baju. muka aku poyo lagi masam macam cipan baru lepas bercerai. orang buat lawak, aku tak ada rasa nak gelak. orang senyum kat aku, aku tak ada rasa nak balas balik. tensi dan marah aku menjadi-jadi.
"eh, kao puasalah. mana buleh marah-marah."
"aku tak puasalah hari nii."
oh, kestabilan hormon-hormon aku tengah tergugat sekarang. mereka menambah gugat kestabilan itu, bagai menambah minyak tanah pada api yang sedang membara. walaupon puncanya kechik saja, aku tak kira. aku memang marah dan tensi.

penat-penat aku edit slides dengan chumeyl pagi tadi, kesudahannya tak dipakai. alasan? sebab aku tukar slide original tuan punya. habis tu? siapa suruh aku yang edit. kao jugak yang kata aku kreatif. maka aku kreatiflah cara aku. imaginasi kita tak sama. cara kita tak sama.cita rasa kita tak sama. mana yang aku rasa serabut aku tukarlah jadi simple and sweet. warna-warna latar yang menyakitkan mata aku tukar jadi putih. bagi aku, selain hitam, puteh juga adalah unik. nak guna warna hitam, nanti dikata tak sesuai pulak. aku guna tulisan calibri, tahoma, dan arial black sebab tak serabut. jelas, nyata, dan terserlah kekukuhannya. chumeyl pon iya.

habis tu? mereka bilang perkara yang aku buat terlalu mudah. kurang menarik sebab putih semata. seolah-olah aku mengambil jalan mudah. seolah-olah macam aku pemalas. semua sebab si puteh. kesudahannya siapa-siapa yang tak setuju slides mereka diubah cara aku terpaksa mengubah semula mengikut kemahuan mereka. lantak kao orang lah. aku malas nak pikir dah. walaupon mata aku sakit memandang warna-warna latar yang aku tak suka, tak apalah. janji slide aku tetap simple dan chumeyl. walaupon sekadar berlatarkan warna puteh bersih.

oh, makanan dah dibeli. tensi dan marah aku akan berkurang selepas menikmati ayam bakar dan karipap serta air berperisa yang sejuukk.

-habis-

kesibukan biskut yang taklah sibuk mana

aku bangun lambat hari inip. tak ada kelas. sejuk pula tu. bangun pagi-pagi terus on laptop. edit marketing slides sehebat mungkin. pusing-pusing seluruh internet mencari gambar-gambar menarik. boxing gloves. beca. billboard. manusia depresi. sungai dua (macam haram.susah gilerr). tukar warna dan tulisan sana sini. nak gerak-gerak?bulehh. animasikan kesemuanya. haih. semalam ke hari inip ke-edit slides memang macam bangang. penat dowh.

malam tadi aku ada meeting, pukul 10 sampai 12. meeting apakah itu? ya, aku mengaktifkan diri dalam pesta hoki antarabangsa usm tahun inip. tapi bukan sebagai pemain (no,no,no.aku dah lama pencen). aku telah dilantik menjadi pegawai padang.interview hari tu macam bangang. tak sangka pulak dapat dowh. mungkin interviewer aku haritu merasakan aku patut dipilih tatkala aku menyatakan kesanggupan aku untuk menghadiri meeting setiap minggu, malam-malam. pergh. aku ingatkan dye saja nak test. rupa-rupanya memang ada meeting malam-malam. haha. berdedikasilah aku nanti. bahagian aku? teknikal permainan atau technical of games dalam bahasa penjajahnya atau TOG singkatannya. aku rasa kerja aku nanti banyak dowh.haha.

malam inip aku ingat aku nak pergi interview untuk temasya olahraga tahunan:TOT. tahun lepas aku jadi pegawai padang juga untuk TOT dan aku suka sebab kerja tak banyak, buleh bersantai-santai berlari-lari anak di balapan mahupon di bawah payung sambil minum milo ais percuma.

[sekejap, aku tengah tolong Inchek Shirota buat ayat]

oh, penat juga berfikir nak menukarkan ayat 'tangan tersepit' ke dalam bahasa inggeris. aku rasa aku patut ambik kursus terjemahan lah. permintaan sangat tinggi.haha. agak susah untuk menterjemahkan ayat-ayat bahasa melayu yang sangat berbunga-bunga itu. lama juga aku pikir dowh. best jugak kalau aku mohon tesl zaman dulu-dulu.

aku kena mandi sekarang. pukul 1 ada pulaklah praktis untuk marketing presentation. macam bangang tapi kena pergi jugak. aku kan seorang yang berdedikasi.
*lihatlah nanti kehebatan hasil kerja aku edit slides.
*presentation itu esok. sigh.

-habis-

Ahad, September 07, 2008

entri biskut di kala sejuk

pukul 5.00 pagi tadi aku bangun sahur sebab ayah aku call. nyenyak btol aku tido malam tadi. sebab sejuuuuk gilerr disebabkan oleh hujan sepanjang hari semalam. sekarang inip dah tak hujan. tapi kesejukannya masih terasa ke tulang. tido pon pakai stokin. sekarang pon, aku duduk di kerusi mengadap laptop inip dengan memakai stokin maroon berkotak-kotak merah jambu dengan corak bunga pada setiap kotak.oh, memang sejuk gilerr.

semalam aku dah pergi burma road: settle data demografik yang tak cukup itu. biasalah, ada yang emo-emo sebab mereka pon sibuk sangat-sangatlah kan. kena sabar sajalah. tak kurang jugak yang sangat baik hati dan memberi kerjasama yang sangat baik, membuatkan aku rasa terharu. yang penting, misi kitorang berjaya jugak dilaksanakan.

semalam pergi tapau kat kafe aman untuk buka puasa. memang dijangkalah ramai gilerr orang kat situ sebab hujan sangat lebat, maka orang malas nak keluar jauh-jauh. tapi yang aku tak terjangka: lauk habis jam 6.25 petang. tinggal ciput-ciput dan kuah saja. kuah pon banyak yang dah licin. mula-mula rasa agak down jugak, tapi bila pikir-pikir balik, inip baru dugaan kechik, iya tak? sekurang-kurangnya, ada makanan, cuma apa yang kao suka atau aku suka tak adalah. sekurang-kurangnya, aku dapat makan nasi. sekurang-kurangnya, aku dapat makan ikan. sekurang-kurangnya, aku dapat makan acar timun. sekurang-kurangnya aku dapat menikmati makanan. aku dapat berbuka puasa dengan makanan yang lumayan dalam keadaan yang selesa dan aman damai. aku masih ada kaki untuk berjalan ke kafe dan ada tangan untuk ceduk nasi dan lauk. bayangkan orang yang kurang bernasib baik yang nak jumpa nasi pon susah, apatah lagi nak jumpa acar timun dan ikan. bayangkan orang yang hidup dalam negara yang sentiasa berperang, agaknya buka puasa pon peluru atas kepala atau lalu depan mata saja. bayangkan orang yang tak sempurna tubuh badan-tak ada kaki dan tangan. hakikatnya, ada orang yang lebih sukar dari kita. kalau diorang buleh bersabar dan tabah meneruskan hidup, kenapa tidak kita, kan?

ada hikmahnya lauk habis kat kafe aman itu. kejadian itu telah membuatkan aku berpikir sekejap dan muhasabah diri sendiri pada petang ramadhan semalam.
bersyukurlah dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

-habis-

Sabtu, September 06, 2008

hari masih hujan

aku dah beli tiket bas semalam. tapi aku ambik tiket melaka sebab tiket muar 25,26,27 dah habis. aku malas nak balik 28. huh, aku dah agak dah tiket dah keluar. ada ke patut orang kaunter itu bilang haritu tiket keluar minggu depan?!nasib baek aku tak pergi minggu depan. kalau tak, ada karang sejarah berulang: sampai rumah pagi raya.

semalam hujan sepanjang hari. hari inip pon masih hujan. baju aku dah berlonggok nak dibasuh. tapi, aku terpikir. nanti aku nak sidai kat mana?nanti sampai bila pon tak kering baju aku. nak sidai dalam bilik tak muat dowh-sebab baju aku baaanyak gilerr.lantaklah kao orang nak kata aku pemalas ke apa sebab aku basuh pakai mesin. musim hujan begini lebih mudah guna mesin. (musim tak hujan pon aku guna mesin jugak)

mungkin aku kena pergi jalan burma hari inip sekali lagik, buat survey untuk marketing assignment. inip semua pasal..aku tak tahu nak salahkan siapa. questionnaire kitorang hari itu tak ada demographic questions. padahal itulah yang paling penting sebenarnya. aku ingatkan questionnaire itu memang telah diluluskan. rupa-rupanya yang telah diluluskan adalah soalan-soalan di dalamnya sahaja. kiranya, tak dapat approval untuk satu set soalan yang lengkap dan sebenar.pulak dah. memang keciwalah bila aku dapat tahu. masa meeting semalam, ada yang mencadangkan agar tipu saja data demografik itu-cipta sendiri. tapi aku tak sedap hati dowh. cakap memang senang, siap buleh tersengih-sengih lagik tapi inip bukan main-main. keadaan genting. kabel lecturer aku sangat luas. if he knew about it-we're DEAD meat. aku tak nak dapat kosong. 60% adalah coursework dan kao nak tipu-memang gilerr. maka, keputusannya: buat lagi sekalik. lebih baik daripada menipu. nak salahkan siapa? manusia yang membuat set soalan merangkap ketua?pelajar pHD yang membimbing?diri aku sendiri barangkali sebab tak menyedari kekurangan yang ada dalam set soalan itu.sigh.aku rasa nak hantuk kepala kat bantal sekarang.

terpaksalah tebalkan muka lagi sekalik. aku sangat berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.

oh, tidak. aku baru membelek questionnaire baru yang aku dapat semalam.
"practicing"
adoii. aku sangat pantang dengan kesalahan ejaan dalam benda-benda bertulis yang formal seperti itu. call me a fussy, gedik, or whatsoever, tapi aku sangat tak suka. pada pandangan aku, ia menggambarkan reputasi yang sangat buruk di samping menampakkan kebuduhan diri sendiri.mungkin imaginasi aku terlalu hiperbola. tapi aku tetap tak suka.
someone, please give me the letter 's'.

rasa sangat mengantuk. semua dah jadi dua.

-habis-

Khamis, September 04, 2008

biji-biji yang menyakitkan

audio: francis ford coppola-pretty ugly

ada dua biji jerawat di bawah mulut aku. satu kechik, satu besar.sakit dowh. aku jarang ada jerawat. tapi nampaknya tahun inip dah dua kali jerawat beso memperagakan dirinya di permukaan muka aku. sekali masa aku pergi sabah haritu. dan sekarang sekali lagi.

nampaknya ketidakstabilan hormon androgen aku mungkin dah mula menunjukkan dirinya. androgen telah terlebih merangsang kilang-kilang sebum di muka aku sehingga menghasilkan sebum terlampau, yang lantas dengan tanpa sengaja dan rasa bersalah bergabung dengan sel-sel kulit mati yang berlebihan secara tidak normal sehingga menutup rongga-rongga kulit muka aku.
kelompok Propionibacterium acnes sedang berlari-lari gumbira tanpa sebarang keraguan dan masalah di kawasan itu, membesar dengan cepat dan gemok dalam suasana sebum terlampau, di samping melakukan jenayah seperti iritasi dan inflamasi di dalam kawasan itu.
sistem keimunanan badan aku lantas berusaha keras membanteras jenayah yang dilakukan oleh bakteria-bakteria durjana itu dan memperbaik kerosakan yang telah dilakukan oleh mereka. demi wilayah kulit muka aku, mereka berjuang walaupon terpaksa membentuk biji-biji yang menyakitkan.

oh, kelihatannya aku kena beli pencuci muka: sebab aku tak ada satu selama aku idop 21 tahun inip. haih.

-habis-

Rabu, September 03, 2008

biskut berbahasa asing

bonjour!
malam inip, Inchek Mejah a.k.a Anjut (or should i say Monsieur Hamzah?hehe) akan berlepas ke france. akhirnya kao fly jua. aku doakan agar kao selamat sampai dan baik-baik saja di sana nanti. tahniah sebab dah berabuk gilerr speaking french sekarang. hebat dowh. kagum aku. semoga berjaya, Inchek Mejah.

masa sekolah menengah, aku ambik french sebagai bahasa asing. sampai form 3 saja aku belajar. aku ambik juga exam delf A1 masa form 3 dan masa form 4 aku ambik delf A2 pulak. lulus kedua-duanya, tapi taklah chemerlang sangat.hehe.**sigh. tak dapat nak menyertai lawatan sambil belajar di france.

kalau kao tanya sekarang?banyak dah aku lupa terutamanya grammar. tapi bulehlah lagi aku ingat sikit-sikit mana-mana yang aku ingat. sekejap. aku cuba.

lundi mardi mecredi jeudi vendredi samedi dimanche:isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad. un deux toir quatre cinq six sept huit neuf dix: satu sampai seploh
je ne sais pas: aku tak tahu (bukan aku tak tahu tapi maksudnya memang begini)
mademoiselle: cik
je m'appelle Biskot: aku dipanggil Biskot

haha. c'est bon.

sekali lagik: tahniah untuk Inchek Mejah**sila jangan gelakkan aku merapu french** dan semoga berjaya!
au revoir. wa ilal liqa'.hehe.

-habis-

Isnin, September 01, 2008

hari pertama puasa untuk biskut

pagi tadi aku pergi sungai nibong. nak beli tiket raya. aku sangat keciwa dowh. tiket muo tak keluar lagi. penatlah aku nak pergi lagi sekali minggu depan. tapi aku takot bila aku pergi minggu depan, tiket sold out. aku dah kena tahun lepas: balik kampung pada malam raya dengan tiket 60 hengget (harga biasa 40 hengget).

petang tadi aku ke queen'sbay. sekali lagik. sebab Lestari nak tukar sweater dye yang baru beli semalam. tapi sebab paling utama ialah: aku jadi driver kali inip. hari ini dalam sejarah: aku drive kereta di penang. penang beb. mula-mula aku tak berani. gilerr. aku chuak bawak kereta orang. nak-nak kereta Bunga pulak tu. kalau jadi apa-apa memang naya. aku inip harap saja ada lesen, tapi bawak macam hampeh lagi stokin. penakot. tapi demi rakan-rakan sekalian, aku gagahkan diri. drive perlahan cukuplah.

tapi aku maloo dengan diri sendiri. rekod terburuk dicipta pada hari inip: 5 kali mati enjin-1 kat petronas, 4 kat parking luar queen'sbay. maloooooo. nasib baik tak kena hon.

alhamdulillah. selamat pergi dan balik.
kalau macam itu, lepas inip aku buleh cuba drive kat bandar muo pulak. hiks.
berikut adalah jumlah perbelanjaan aku untuk ke queen'sbay hari inip:

petrol = 2.50
parking = 1.00
baju-T garage recycles = 16.70
tali pinggang = 1.75
tabung duit = 8.90
jumlah = 30.85

oh, dah ada tabung duit berbentuk kucheng. selepas inip: tiada lagi syiling berterabur di atas meja.

**Inchek Own, aku puasalah hari inip. bila kao nak belanja aku berbuka puasa?haha.

-habis-

Ahad, Ogos 31, 2008

hari 31 ogos biskut

berakhir sudah hari 31 ogos. selamat hari kemerdekaan yg ke-51 untuk semua rakyat malaysia. malam 31 ogos aku duduk bilik saja. kalau tahun lepas, aku dengan budak-budak inip pergi naik bukit dekat pusat bahasa untuk tengok bunga api. tahun inip malas nak naik bukit sebab kereta tak ada (nota: bukan kereta yang tak ada, pemandu yang tak ada-balik kl).

hari inip aku mencapai hasrat aku untuk makan bigMac. lepas kempunan aku. mula-mula aku plan nak makan dekat mcd sungai dua saja. tiba-tiba Sheep2 ajak makan mcd kat queen'sbay-aku tahu, dia memang tak nak lepaskan merdeka sales di sana. haha. maka aku, Sheep2 dan Lestari pergi queen'sbay dengan menaiki bas (nota: tiga-tiga ada lesen kereta. tapi hampeh. semua takot drive kereta Bunga termasuk diri aku sendiri.haha). bila aku dah dapat bigMac, memang dah tak pandang lain. aku dengan pantas membubuh sos cili dan serbuk lada hitam pada setiap lapisan daging bigMac, lalu menikmatinya dengan sepenuh hati. kalau kao orang tengok aku makan, memang sah-sah aku kena reject: selekeh lagi rakus.haha.tak apa. esok dah mula puasa.hiks.

seperti kebanyakan rakyat malaysia yang lain, aku menyambut hari kemerdekaan dengan pergi merdeka sales di queen'sbay. memang sangat ramai orang: hari ahad+cuti hari merdeka. maka banyaklah kedai-kedai yang diserbu lautan manusia. aku pon turut menyerbu tapi sekejap saja aku dah keluar kedai sebab tak ada yang menarik. in the end, aku beli 2 helai baju saja. haha.

dulu-dulu aku sangat bersemangat kalau tiba hari 31 ogos. siap tengok perarakan kat tv lagik. siap masuk pertandingan buku skrap kemerdekaan lagik (masa sekolah rendah). tapi sekarang, aku macam tak rasa apa. macam tak ada apa. macam hari biasa. sangat teruk kan aku. maka aku mengambil inisiatif pagi-pagi 31 ogos: baca blog sesiapa sahaja yang berkaitan dengan politik dan sejarah malaysia. bagi diri sendiri sedar dan prihatin sikit. sekurang-kurangnya. daripada aku buat benda tak tentu hala.

esok dah mula puasa. selamat menyambut bulan ramadhan kepada muslim dan muslimat sekalian. sama-samalah kita memenuhi bulan inip dengan amalan yang sewajarnya. kurang-kurangkanlah mengumpat.hehe. tadi aku call mak aku-mintak dye tolong kejutkan aku bangun sahur. esok jugak aku plan nak pergi beli tiket raya. patotnya aku beli tadi, tapi macam dah tak sempat. balik terawih tadi, terserempak dengan Inchek Kadir. dye mintak aku tolong tengokkan esok tiket balik pontian untuk dye. nak kirim kat aku kot. hoho. inip yang membuatkan aku terasa nak mintak upah: tart nenas mak dye yang sedap gilerr itu. haha. puasa pon belum, nak pau orang.

siries. tart nenas mak Inchek Kadir sedap gilerr dowh. aku dah rasa tahun lepas. memang tak sia-sia aku mintak tart nenas dengan dye. harap-harap tahun inip dapat rasa lagi. hiks.
oh, aku teringat. selamat hari jadi kepada Inchek Jason dengan uchapan: bila nak belanja aku?haha.

oh, berikut adalah jumlah perbelanjaan aku:

tambang bas = 2.00
baju-T garage recycle= 16.70
baju-T tized =10.00
sushi jaya jusco = 4.00
bigMac mcvalue meal = 9.70
jumlah = 42.40

-habis-

Jumaat, Ogos 29, 2008

d-day 351

kuiz 351 dah lepas.
stokin gilerr aku jawab tadi. merapu-rapu.
gureng ikan paus dengan cili dan bawang puteh.
haha.
padan muka kao biskut.

Bunga sms aku tadi. dia dah balik kl, langsung lepas dia habis test. sambut hari pertama puasa kat rumah. aku jugak yang tak balik-balik.sigh.

-habis-

fire drill: mimpi atau realiti

tadi aku tido pukul 11 lebih.
laptop aku dibiarkan on saja.
maaplah Inchek Farreq sebab tak reply ym kao.**inip bukan balak aku jua wahai Inchek Mejah.
aku tak ingat pukul berapa aku terjaga dalam gelap-gelita dan roommate aku semua dah tido.
aku dengar, bunyik orang tiup-tiup wisel, jerit-jerit suruh orang bangun, jerit-jerit ada api.
fire drill.
mimpi ke betol-betol?
aku sambung tido balik. haha.

sekarang aku terjaga lagi skalik untuk menghabiskan nota dr. syed. kuiz pukul 9 pagi nanti wei.

-habis-

Khamis, Ogos 28, 2008

pembaziran elektrik berlaku selalu

aku tak paham.
kenapa Inchek Own menyibuk lagik dalam mimpi aku.
haih.

minta maaf Inchek Own.
aku tak off laptop aku.
maka aku tak reply ym kao.

Rabu, Ogos 27, 2008

hari inip bukan hari cuti

hari inip aku pakai baju kurung cotton yang baru itu. sempat juga aku menyembat bahagian yang lupa disembat malam tadi. sebab malam tadi baru beli benang puteh.seringgit pulak tu-selalu aku beli lapan posen saja.

hari inip juga aku kena telan satu liter air untuk renal lab. tak mampu nak telan sekaligus sebab aku jarang minum air sebanyak itu dan aku rasa nak termuntah. maka aku minum sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. akhirnya aku terpaksa mengelat dengan minum 900ml saja. kembung dowh perot aku dengan air. siap sendawa lagik. atas dasar keperimanusiaan, K-own membenarkan aku berhenti setakat itu. haha.

sekarang aku tengah lapar tahap gilerr. ada angin sepoi-sepoi bahasa dalam perot aku ditambah dengan kepekatan asid hidroklorik yang semakin meningkat. malam inip ada kelas ganti pulak. oh, kakak jual burger, silalah datang sekarang. duit aku cukup-cukup tinggal 2 hengget dalam tangan-cukuplah untuk beli satu burger. tapi buleh aku pinjam 2 hengget Aida untuk beli satu burger lagi. hiks. maka esok aku perlu mencari kekayaan. duit jpa pon aku dengar-dengar dah masuk. mcdonald's dan pizza hut sila tunggu kehadiran aku.

lusa ada satu kuiz. aku baru baca 3 muka surat nota.

-habis-

-habis

Isnin, Ogos 25, 2008

baju kurung baru biskut

sapa ada benang puteh?
aku nak sembat lengan baju kurung aku: terlupa buat masa cuti haritu.
kalau ada cangkuk lagi bagus.
sebab aku terlupa nak pasang cangkuk kain baju kurung aku itu.
jarum aku ada, tak apa.

-habis-

Ahad, Ogos 24, 2008

biskut telah di'tagged'!

ehem.ehem. atas permintaan cik murni kita, maka aku dengan inip rela ditagged.haha.


1. What plans do you have to jumpstart your career?
owhhoo.khatam segala handbooks yang baru dibeli.haha.

2. What is your most favorite thing to do?
layan lagu-lagu unik. makan. tido. berangan.

3. What is the silliest thing you've ever done?
terasa bodo bila menangis disebabkan benda bodo.buleh?

4. What would you give up in return to eat all you want in the world and not get fat?
aku sudah memang begitu dowh: makan banyak mana pon tak gemok. haha.

5. Is there someone in your heart right now?
orang-orang di rumah.huhu.

6. Do you believe you can survive without money?
tidaaaakkkk~

7. What are you afraid to lose the most?
orang-orang di rumah.huhu.

8. What do you feel like doing right now?
makan-makan. aku dah kelaparan.

9. If there’s someone that you love, would you confess to him/her?
bergantung kepada keadaan.

10. List out 3 good points of the person who tagged you.
cik murni: rajin. baik hati. riang-ria.

11. What are the requirements that you wish from your other half?
bukan 'player'. dan bukan 'gay'.haha.

12. What is the thing that will make you think he/she is bad?
tak hormat orang.

13. What is your definition of love ?
entah. tengah cari dalam kamus.hehe.

14. If you had to eat one thing for the rest of your life, what would it be?
kenapa mesti 1 benda?aku suka makan macam-macam dowh.

15. If you had a choice to be rich or happy, which one would you pick?
aku nak dua-dua.haha.

16. If you have a chance, which part of your character you would like to change?
kemalasan aku.

17. Who is the person that you can share all your problems with?
semua orang pon buleh.haha.

18. How do you see yourself in 10 years’ time?
sudah berkahwin.

19. What is the one thing you love about yourself?
kechumeylan aku.haha.

20. If you have the chance to own a superpower what would it be?
teleporter. buleh ke mana-mana dengan pantas tanpa perlu membayar duit tol mahupon tambang bas.

aku tak cukup orang la nak tag ramai-ramai.
maka aku nak tag Inchek Mejah a.k.a Anjut.
buleh?
haha.

-habis-

4bia?

petang semalam aku bersenam wei-main rounders kat padang kawat bersama-sama Inchek Aroy, Inchek Ku, Inchek Wan Kipas, Nad, dan semestinya Babes sekalian. sakit dowh tapak kaki aku sebab berlari-lari atas tar tanpa memakai selipar. aku satu team dengan Inchek Aroy, Bunga, Lestari dan Sheep2.Che Mat YDP yang buat rondaan petang-petang pon turut sama menjayakan acara inip (gilerr hebat mamat inip. patut didiskualifikasikan.haha).
Keputusan: aku tak tahu pon siapa yang menang sebab bantai main saja tak kira markah.haha.

malam tadi pergi tengok 'midnight' kat queen'sbay. cherita 4bia. Inchek Aleph join skalik. sebelum tu makan kat Campus Station. nasi gureng dia sedap juga. boleh jadi tempat pilihan sementara menanti Nazri buka semula. huhu.

pasal cherita 4bia: agak mengecewakan aku. mungkin ekspektasi aku terlalu tinggi-mengharapkan sesuatu yang seram terlebih had. bahagian hujung lah yang boleh dilayan. yang depan-depan biasa saja. tapi ada banyak part yang menggunakan grafik komputer yang sangat ketara tak buleh blah-dan aku sangat tak suka kalau cherita seram pakai grafik komputer sebab nampak sangat tak real. still, adegan terkezut-terkezut masih boleh dilayan. tapi poster dan montaj 4bia memang chantek.haha.

2.5 out of 5.

**balik dari 'midnight' aku ternampak Inchek Own, Inchek Molek, dan Inchek Abeho. hoho. mereka tengok 4bia juga.

cakap pasal fobia-aku tak tahu aku fobia dengan apa. mungkin tak ada yang betol-betol aku fobia kot. tak pon mungkin aku tak discover lagi aku fobia dengan apa.

pagi-pagi lagi aku dah bangun dengan saket-saket badan dan tapak kaki.

-habis-