Ahad, November 08, 2009

balada buat bonda tersayang

mak,
ketahuilah,
andai aku punya syarikat penerbangan,
sekarang juga aku terbang pulang ke rumah,
tak kisahlah landing di JB pun,
satu, sebab muar tak ada airport,
dua, sebab andai aku punya drebar dan kereta limousin,
lepas landing, aku minta dihantar ke rumah sekelip mata.




mak,
ketahuilah,
anakmu ini sungguh lapar sekarang,
dan bila saat-saat kritikal begini menyinggah,
anakmu ini jadi tak tentu hala,


kerna segenap otakku dipenuhi dengan bayangan lauk-pauk yang enak,
dan aku dapat lihat mak sedang tersenyum di dapur,
sedang menghidangkan lauk-pauk tersebut di atas meja comel itu,
oh,
memang menggiurkan.


*tak payah ambil dadah, perut lapar pun dah boleh high. dadah musuh negara*


ketam masak cili, ikan asam pedas, sambal goreng,
tidak lupa ulam dan sambal belacan,
lebih bagus jika ada jantung pisang tumis pedas,
atau boleh diganti dengan pucuk paku ditumis pedas,
dan sambal petai walaupun puan Siti pasti memuncung di tepi dapur sebab dia tak suka bau petai,
biarkan dia mak, dia duduk rumah, hari-hari boleh makan apa yang mak masak,
tapi, anakmu ini?
isk isk isk.
kalaupun anakmu ini terjumpa sambal petai masa jalan-jalan nanti,
anakmu ini tak akan makan, mak,
sebab nanti orang lain komplen tandas bau petai,
kalau tandas rumah kita tak apa, tak ada orang komplen, kalau puan Siti nak komplen pun, dia komplen sikit je.

tidak mengapa mak,
orang dengan mak dengan ayah, kita buat geng petai eh. eh lupa dengan Udin sekali, Beha tak payah, dia ikan pun tak makan.



sambung balik.

ketahuilah,
bahawasanya anakmu ini tidur dalam kelaparan malam tadi,
walaupun telah makan pada jam 8 malam,
ketiadaan kedai mamak terdekat memaksaku tidur dengan penuh sayu dan syahdu,


tidak mengapa mak,
walaupun ayat-ayat anakmu ini kelihatan sayu,
jangan dilupa, anakmu ini kental orangnya,
isk isk isk.




sekian, balada ORANG LAPAR.




*idea ber-balada datang selepas pergi sini dan sini.
bahana melompat-lompat di blog yang penuh gambar makanan. isk.

Tiada ulasan: