aku nak kongsi satu cerita benar.
masa aku ber-baktisosial di desa cipelah, antara aktiviti yang dilakukan ialah pergi rumah ke rumah, tanya apa-apa penyakit dan masalah yang berkaitan yang dihadapi penduduk, dan memberikan ubat cacing dan vitamin C secara percuma.
ada sepasang suami isteri. si suami menghidap strok dan sekarang dia sudah lumpuh. sebelum menghidap strok, beliau menghidap darah tinggi. pada kali pertama beliau dikesan dengan darah tinggi, beliau tidak mengambil ubat yang sepatutnya untuk kawal kondisi beliau. banyak faktor: masalah kewangan (upah bekerja di ladang teh sangatlah sedikit), dan hospital yang jauh. maka, beliau cuma bergantung kepada ubat tradisional.
pada suatu hari, beliau pengsan di ladang teh-disebabkan strok. sejak peristiwa itu beliau lumpuh. isteri beliau yang tidak bekerja terpaksa melakukan apa sahaja pekerjaaan demi membiayai kos ubat-ubatan dan kos pengangkutan untuk ke hospital di kota bandung yang mengambil masa kira-kira 4 jam kalau nak sampai sana. sehingga pada suatu tahap tanah pon sanggup dijual sebab dah tak ada duit. kalau nak makan pon, anak-anak mereka yang bagi makan, itupon tak mencukupi. boleh dikatakan makan minum pon tak berapa menentu.
masa si isteri ni bercerita masalah dia, dia menangis. gilerr sebak weh aku. kalau kau orang berada di situ, pasti kau orang rasa sebak juga. aku nyaris nak nangis, tapi aku tahan. dia kata sekarang dia pasrah saja sebab dia dah tak tahu nak buat apa lagi sebab duit dah habis, dan suami dia pon tak sembuhsembuh.
selain itu, kebanyakan penduduk yang kami kunjungi, bila kami kata nak beri ubat cacing dan vitamin C, mereka akan tanya sama ada mereka perlu bayar atau tidak untuk ubat-ubat tersebut. istilah "ubat percuma" seolah-olah suatu benda yang ajaib.
kita di malaysia, hospital dan klinik kerajaan banyak, merata-rata. ubat-ubatan pon mudah diperolehi. makanan banyak sampai terbuang-buang. ekonomi pon stabil.
satu perkataan.
bersyukurlah.
-habis-
Rabu, Jun 17, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Very true.
p/s: Biskott, sgt bagus entry ini. Menyedarkan.
anum:huhu.terima kasih. sekadar berkongsi apa yang ada.
Catat Ulasan