Rabu, Julai 30, 2008

biskut dalam ribut

idop aku kembali huru-hara selepas hari berlari-lari di yan, kedah. ok, ahad lepas aku ada gathering skool aku kat yan, kedah. aktiviti utama sudah pastinya explorace bila mana aku tiba-tiba mengalami kejutan elektrik kerana nama aku tanpa semena-mena dicabut sebagai ketua kumpulan 11. macam haram. aku langsung tak minat nak jadi ketua.
sebabnya?
aku terlalu fikir dan kisah apa yang orang akan cakap dan fikir pasal aku.
aku tak pandai mengarah orang.
aku terlalu lembut hati.
aku tak pandai berdiplomasi dan berunding.
aku penakut lagi pengecut.
skil komunikasi aku teruk.
darjah keyakinan yang sangat rendah.

tapi aku terpaksa juga memandangkan aku tidak mahu malu dengan junior2 aku. kumpulan aku dapat saguhati dalam posisi yang agak tinggi (mungkin sebab aku berjaya anyam 3 biji ketupat dalam masa 5 minit di checkpoint tepi sungai, menghabiskan semua peria dan cili api, serta 'humming' lagu-lagu yang perlu diteka) tapi mungkin juga sebab aku terhilangkan 2 klu (kao orang je tahu, kalau orang lain tahu mampus aku). aku yakin aku ada semuanya tapi bila tiba nak hantar tiba-tiba tak cukup. hampeh lagi stokin betol.

sekarang aku dalam huru-hara sebab laporan amali aku banyak lagi tak siap. padan muka. akibat bertangguh-tangguh kerja. nampak gaya malam inip aku tak boleh tido. memang ribut. padan muka lagi skalik.

nak pergi mandi sebab kelas pukul 9.

-habis-

Sabtu, Julai 26, 2008

biskut melawat tasik harapan

petang tadi aku pergi tasik Harapan, dengan Sheep2, Bunga, dan Lestari. bagi makan ikan dan kura-kura yang ada di sana. bila pikir-pikir balik, dah lama juga aku tak pergi jalan petang-petang kat tasik. bawak kamera skalik mana tahu tiba-tiba rajin nak ambik gambar.

bila dah jumpa port bagus, kitorang duduk dan tabur roti tamat tarikh luput. kura-kura di situ dah jadi jinak: dulu-dulu asyik sorok kepala, sekarang dah berani naik tebing sebab nak makan roti tamat tarikh luput punya pasal (memandangkan mereka terpaksa bersaing dengan ikan-ikan yang ada di situ). kadang-kadang takot juga bila bapak kura-kura yang naik tebing. bapak kura-kura tuh. memang betol2 kagum. mesti dia tensi dengan ikan-ikan yang selalu pantas mencilok dan merampas cebisan-cebisan roti yang ditabur oleh pengunjung tasik. sebab itu bapak kura-kura dan kura-kura yang lain mengambil langkah drastik sebegini.

**apelaa budak-budak ni..bagi aku roti dah expired..bagila aku pizza ke, keepsi ke** kata bapak kura-kura

yang aku nak cherita sebenarnya, kisah aku tertipu sambil memalukan diri sendiri. waktu tu kitorang berempat berjalan nak pusing tasik. macam biasa, ramai orang joging dan bersenam, tidak kurang juga yang berjalan lenggang sawi seperti kami. tengah jalan-jalan santai dan aku berada di belakang skalik, tiba-tiba aku terdengar satu bunyi: macam ala-ala bunyi babi oink oink tu. aku terkejut. sebelum sempat kepala otak aku inip menafsir bunyi apakah yang berkumandang sebentar tadi, secara refleksnya aku terbayang seekor babi hutan berada di belakang aku dan dengan otometiknya aku berlari ke depan mengejar rakan-rakan yang lain dengan rasa ketakutan. memang dalam kepala otak aku terbayang babi nak kejar aku.

Bunga memang gelak nak mati bila tengok aku lari ketakutan macam tu. sebabnya? kao orang nak tahu: bunyi itu sebenarnya bunyi seorang mamat cina sendawa kat belakang aku. dia tengah joging dengan awek dia. dia dah senyum-senyum malu-malu ayam sebab sendawa kuat sangat sampai aku lari ketakutan (aku lari sebab aku tersalah tafsir bunyi,ok?). awek dia memang dah gelak tak hengat la. kitorang pon gelak sampai terduduk-duduk kat tengah jalan situ. memang terbahak tak hengat sampai keluar air mata. macam haram: mana ada babi di tasik Harapan usm inip!biawak yang dibenchi tu banyakla. aku pon tak paham dengan tafsiran refleks otak aku inip pada waktu itu. malu siott dengan mamat itu dan aweknya. nasib baik kami saling tidak mengenali. hehe.

aku sebenarnya baru balik dari Istimewa. tadi makan dengan budak-budak ni kat Nazri sambil tengok the mummy returns kat tv3. bila cherita itu berhenti sekejap untuk nightline, kitorang ingat nak balik terus sebab malas nak tunggu nightline. tiba-tiba terjumpa Aroy, Ku, Wan Kipas, dan Ainol tengah-tengah jalan. Ajak kitorang pergi Istimewa sambung tengok the mummy sebab Aroy dengan Ku nak online kat Istimewa. maka, kitorang pon tengok the mummy sampai habis sambil-sambil minum air suam. air suam 20sen pulak tu: berkira betol mamak Istimewa neh! Aroy memang hangin la sebab wifi tak elok kat Istimewa: tak boleh nak online. lepak-lepak situ, pukul 2 juga aku sampai bilik rupanya.

aku nak tido. mata dah tutup separuh. skrin pon dah jadi double.

-habis-