Jumaat, Ogos 07, 2009

esok tak sekolah!yeay yeay!

tadi aku tengok GI Joe.

sebenarnya aku tak minat cerita pasal tentera-tentera nih. tapi orang dah ajak, pergi saja tengok. maka aku menonton dengan tanpa sebarang expectation (aku kalau nak tengok muvi, mesti zero-expectation, kalau tak, nanti cerita menarik pun aku rasa tak menarik sebab mungkin aku selalunya akan meletakkan high expectation. ada paham?).

permulaan cerita macam agak bosan bagi aku. kiranya waktu ini aksi kira tahap biasa lagi lah. bila dah tengah-tengah baru rasa lebih eksaited sebab aksi-aksi hebat makin bertambah. tembak, tembak, kaca pecah, kereta berlanggar, dan sebagainya. tapi, aku tak puas hati bab hujung-hujung (AWAS: SPOILER!), ada ke patut bila Rex tu yang dah eksaited-eksaited bertukar jadi Komander dengan rupa yang lebih cantik dan angker, tak sempat nak menunjukkan kehebatan kuasa dia sebab dia dah kena kepung dengan angkatan GI Joe. penat-penat saja dia bertukar, buang karan je.

dari segi plot penceritaan, bagi aku biasa saja. (AWAS: SPOILER!) orang jahat cipta senjata canggih pastu nak jual pada pihak A, lepas itu nak rampas balik daripada pihak A, lepas itu nak serang bandar-bandar besar. tapi dari segi aksi-aksi yang dipamerkan, boleh tahan bagus dan smart jugak lah, tapi aku lagi suka Transformers (bias, bias, haha).

aku boleh bagi 3.5 out of 5 stars saja kot sebab aku memang tak berapa minat cerita tentera-tentera ni, tapi kredit lah sebab penuh dengan aksi yang membuatkan aku boleh bertahan dan tidak tidur dalam panggung (nampak sangat bias).



-habis-

2 ulasan:

Secret Drifter berkata...

sbb awk tak membesar dgn kartun GI JOE

awk membesar dgn Transformers =P

tapikan kalau awk kata boring.. boleh gak... sbb filem matsalleh sekarang ni boring... termasuk la cite awk suka tu... apa dia.. Harry Potter =P

biskott berkata...

helloo..aku tak pernah kata minat harry potter..buku dia pun aku tak pernah baca, apatah lagi tengok muvi..hoho