hari pertama di usm kubang kerian (jumaat):
terkejut, ternganga, terkesima, terpana, tak terkata apa-apa.
sebab aku dapat bilik di desa murni yang direka khas untuk 2 orang, tapi terpaksa disumbat dengan 3 orang sebab bilik memang tak cukup.
bayangkan loker baju ada 2 saja, maka aku terpaksa kongsi loker dengan budak katil bawah aku (aku dapat katil 2 tingkat).
aku punya meja betul-betul depan pintu. memang kerusi aku dengan aku sekali berisiko tinggi untuk dihentam dengan pintu (93% kemungkinan). jadi tak boleh menggeliat sesuka hati kalau duduk di meja itu.
aku lari dengan barang-barang ke desa nurani, tempat sebahagian rakan-rakan lain bertapak. nurani lebih selesa. bangunan baru kaann.
hari kedua di usm kubang kerian merangkap hari pertama berpuasa:
merayu untuk pindah ke desa nurani tapi ditolak sebab tak ada kekosongan. ada katil kosong, tapi milik orang yang sudah merayu dulu-dulu-dulu.
pasrah hantar barang ke murni. (aku pandu kereta sewa manual beb untuk angkut barang-barang, sila kagum. aku juga pandu kereta tersebut keluar kampus untuk isi minyak, sila kagum kali kedua).
tapi aku masih menetap di nurani pada waktu malam sebab masih belum boleh terima hakikat kena balik tempat sempit itu.
hari ketiga di usm kubang kerian merangkap hari pertama bermula klerksyip (ahad):
klerksyip bermula dengan seminggu di jabatan farmasi pesakit luar/kaunseling. masih konfius dan terpinga-pinga tapi tak apa sebab hari pertama kaann.
pasrah pulang tidur di murni. mula dapat sesuaikan diri. roommates pun baik hati dan mesra alam. mula rasa tenang.hehe.
hari-hari seterusnya: rasa lebih baik dan aman.
selamat berpuasa ya!
:)
Isnin, Ogos 24, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
kirim salam kat rumet..hahaha
haha..peijan, ko memaaang tak habis-habis.
Selamat berpuasa di Kubang Kerian. Jange lupo shopping kat pasar cik siti wan kembang!(uu.... walaupun mak aku dari kelantan kami amatlah hampeh dlm speaking!)
selamat berpuasa juga anum! :D
ado plan nak pegi nak cari serunding daging tapi tak tahu bila nak keluar.
*heheh aku kat sini pun baru belajar sikit2..lambat pickup jugak kalau ada orang kelantan nak sembang.
Catat Ulasan