aku memang tak reti nak jaga baby.
kalau kau orang suruh aku mandikan, aku siries tak reti. aku cuma reti buat-buat muka lawak konon-konon padahal tak lawak langsung supaya mana-mana baby akan terhibur. ceh. tak pun kalau suruh cebuk bolehlah walaupun tak sepantas mak aku buat.
aku takut nak pegang baby sebab bagi aku mereka sangat fragile dan tangan-tangan aku tak cukup lembut untuk itu. haha.
namun begitu, pengalaman ada anak buah sendiri sedikit sebanyak mengajar lah aku sikit-sikit bab penjagaan baby. ok, mungkin apa yang aku tahu cuma 0.5%.
apa-apa pun, aku cukup bangga sebab aku terjumpa satu tips spesial masa aku terpaksa jaga baby kakak aku sebab kakak aku ada kelas tambahan dan penjaga baby tu pulak ada hari terbuka sekolah anak dia, sewaktu cuti semester panjang dulu.
Tips untuk mengelakkan bayi menangis sebab bosan menatap wajah anda.
tips ini sangat mudah, tak perlukan kos yang tinggi, menjimatkan masa, dan terbukti berkesan (aku rasalah berkesan, tapi tak pasti untuk bayi-bayi lain, tapi anda boleh cuba. haha)
pernahkah anda menghadapi situasi di mana baby asyik nak mula menangis walaupun segala macam telah diberikan: susu, mandi, buai, dukung, layanan bercakap, kipas, dan sebagainya?
aku pernah (poyo). semua dah bagi kecuali mak dia laa sebab mak dia belum balik.
oleh sebab aku dah habis idea, tak tahu nak buat apa lagi, tiba-tiba termuncullah mentol tak berjenama atas kepala aku. Plingg!
Dialog antara aku dengan kakak aku masa dia dah balik:
Kakak aku: dia menangis tak masa aku tak ada?
Aku: ada gak cubaan, tapi berjaya dipatahkan.
Kakak aku: kau buat apa?
Aku: aku tanggalkan seluar dia. senang. terus dia gelak-gelak eksaited angkat-angkat punggung.
Kakak aku gelak tak ingat dah lepas itu.
mudah kan? baby gembira, anda pun senang hati.
tapi nampaknya tips ini tidak boleh digunapakai untuk baby yang sedia tak memakai seluar/skirt. jadi sila pastikan baby anda memakai pakaian lengkap sebelum tips ini boleh diaplikasikan.
Dialog antara abang ipar aku dan kakak aku pada waktu yang lain:
Abang ipar aku: siapa yang jaga Batrisyia?
Kakak aku: Dibah.
Abang ipar aku: habislaaaa separa bogel budak tu nanti.
wakakakaka.
tapi janganlaa tiap-tiap kali baby nak nangis, kau orang pergi tanggal seluar/skirt dia. nanti lama-lama dia tolerate dengan cara tersebut, terus dah tak berkesan lepas itu. haha.
apa-apa pun sila pastikan segaaala keperluan dan kehendak bayi tersebut dipenuhi dulu sebelum tips ini digunapakai. sekian terima kasih.
p/s: terima kasih encik peijan! :D
Isnin, September 07, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
boley pulak wish kat sini. mcm tau2 je aku akn singgah. hahahaha
hahaha. aku kan terer.
wah da boleh kawen la camni
hahahaha
hahahhaha
anak sedara amar pun nama batrisyia jugak...mmg trend lah name tuh...
klakar gle la tips diebah..huwahahahah...gelak tak hengat dunie....kurang pahale puase...
naseb baek baby tak terberak and terkucil mase separa bogel!
amar pun ade pengalaman kene jage anak sedare. teringat mase nak cuci berak die, sampai pakai masker pelindung h1n1..wahahahhaha
jawa: ohhh belum lagi. ilmu belum cukup. haha.
amar:kalau baby eksaited2 sampai terkucil/terberak, memang terpaksa jugaklaaa aku settle.heheh. ingat tips ini ya. haha.
hebat gilerr masked rider cuci berak budak. heheh
ohh, aku malu nak pakai mask sebab nanti kena gelak dengan mak, tak pun kakak aku. terpaksa pura-pura kental. haha.
tahan jelaaa.
chipsmore: kalau nak tahu boleh pakai ke tak, kena la try. hahaha.
okey. thanks for visiting!
Catat Ulasan