Ahad, Ogos 31, 2008

hari 31 ogos biskut

berakhir sudah hari 31 ogos. selamat hari kemerdekaan yg ke-51 untuk semua rakyat malaysia. malam 31 ogos aku duduk bilik saja. kalau tahun lepas, aku dengan budak-budak inip pergi naik bukit dekat pusat bahasa untuk tengok bunga api. tahun inip malas nak naik bukit sebab kereta tak ada (nota: bukan kereta yang tak ada, pemandu yang tak ada-balik kl).

hari inip aku mencapai hasrat aku untuk makan bigMac. lepas kempunan aku. mula-mula aku plan nak makan dekat mcd sungai dua saja. tiba-tiba Sheep2 ajak makan mcd kat queen'sbay-aku tahu, dia memang tak nak lepaskan merdeka sales di sana. haha. maka aku, Sheep2 dan Lestari pergi queen'sbay dengan menaiki bas (nota: tiga-tiga ada lesen kereta. tapi hampeh. semua takot drive kereta Bunga termasuk diri aku sendiri.haha). bila aku dah dapat bigMac, memang dah tak pandang lain. aku dengan pantas membubuh sos cili dan serbuk lada hitam pada setiap lapisan daging bigMac, lalu menikmatinya dengan sepenuh hati. kalau kao orang tengok aku makan, memang sah-sah aku kena reject: selekeh lagi rakus.haha.tak apa. esok dah mula puasa.hiks.

seperti kebanyakan rakyat malaysia yang lain, aku menyambut hari kemerdekaan dengan pergi merdeka sales di queen'sbay. memang sangat ramai orang: hari ahad+cuti hari merdeka. maka banyaklah kedai-kedai yang diserbu lautan manusia. aku pon turut menyerbu tapi sekejap saja aku dah keluar kedai sebab tak ada yang menarik. in the end, aku beli 2 helai baju saja. haha.

dulu-dulu aku sangat bersemangat kalau tiba hari 31 ogos. siap tengok perarakan kat tv lagik. siap masuk pertandingan buku skrap kemerdekaan lagik (masa sekolah rendah). tapi sekarang, aku macam tak rasa apa. macam tak ada apa. macam hari biasa. sangat teruk kan aku. maka aku mengambil inisiatif pagi-pagi 31 ogos: baca blog sesiapa sahaja yang berkaitan dengan politik dan sejarah malaysia. bagi diri sendiri sedar dan prihatin sikit. sekurang-kurangnya. daripada aku buat benda tak tentu hala.

esok dah mula puasa. selamat menyambut bulan ramadhan kepada muslim dan muslimat sekalian. sama-samalah kita memenuhi bulan inip dengan amalan yang sewajarnya. kurang-kurangkanlah mengumpat.hehe. tadi aku call mak aku-mintak dye tolong kejutkan aku bangun sahur. esok jugak aku plan nak pergi beli tiket raya. patotnya aku beli tadi, tapi macam dah tak sempat. balik terawih tadi, terserempak dengan Inchek Kadir. dye mintak aku tolong tengokkan esok tiket balik pontian untuk dye. nak kirim kat aku kot. hoho. inip yang membuatkan aku terasa nak mintak upah: tart nenas mak dye yang sedap gilerr itu. haha. puasa pon belum, nak pau orang.

siries. tart nenas mak Inchek Kadir sedap gilerr dowh. aku dah rasa tahun lepas. memang tak sia-sia aku mintak tart nenas dengan dye. harap-harap tahun inip dapat rasa lagi. hiks.
oh, aku teringat. selamat hari jadi kepada Inchek Jason dengan uchapan: bila nak belanja aku?haha.

oh, berikut adalah jumlah perbelanjaan aku:

tambang bas = 2.00
baju-T garage recycle= 16.70
baju-T tized =10.00
sushi jaya jusco = 4.00
bigMac mcvalue meal = 9.70
jumlah = 42.40

-habis-

Jumaat, Ogos 29, 2008

d-day 351

kuiz 351 dah lepas.
stokin gilerr aku jawab tadi. merapu-rapu.
gureng ikan paus dengan cili dan bawang puteh.
haha.
padan muka kao biskut.

Bunga sms aku tadi. dia dah balik kl, langsung lepas dia habis test. sambut hari pertama puasa kat rumah. aku jugak yang tak balik-balik.sigh.

-habis-

fire drill: mimpi atau realiti

tadi aku tido pukul 11 lebih.
laptop aku dibiarkan on saja.
maaplah Inchek Farreq sebab tak reply ym kao.**inip bukan balak aku jua wahai Inchek Mejah.
aku tak ingat pukul berapa aku terjaga dalam gelap-gelita dan roommate aku semua dah tido.
aku dengar, bunyik orang tiup-tiup wisel, jerit-jerit suruh orang bangun, jerit-jerit ada api.
fire drill.
mimpi ke betol-betol?
aku sambung tido balik. haha.

sekarang aku terjaga lagi skalik untuk menghabiskan nota dr. syed. kuiz pukul 9 pagi nanti wei.

-habis-

Khamis, Ogos 28, 2008

pembaziran elektrik berlaku selalu

aku tak paham.
kenapa Inchek Own menyibuk lagik dalam mimpi aku.
haih.

minta maaf Inchek Own.
aku tak off laptop aku.
maka aku tak reply ym kao.

Rabu, Ogos 27, 2008

hari inip bukan hari cuti

hari inip aku pakai baju kurung cotton yang baru itu. sempat juga aku menyembat bahagian yang lupa disembat malam tadi. sebab malam tadi baru beli benang puteh.seringgit pulak tu-selalu aku beli lapan posen saja.

hari inip juga aku kena telan satu liter air untuk renal lab. tak mampu nak telan sekaligus sebab aku jarang minum air sebanyak itu dan aku rasa nak termuntah. maka aku minum sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. akhirnya aku terpaksa mengelat dengan minum 900ml saja. kembung dowh perot aku dengan air. siap sendawa lagik. atas dasar keperimanusiaan, K-own membenarkan aku berhenti setakat itu. haha.

sekarang aku tengah lapar tahap gilerr. ada angin sepoi-sepoi bahasa dalam perot aku ditambah dengan kepekatan asid hidroklorik yang semakin meningkat. malam inip ada kelas ganti pulak. oh, kakak jual burger, silalah datang sekarang. duit aku cukup-cukup tinggal 2 hengget dalam tangan-cukuplah untuk beli satu burger. tapi buleh aku pinjam 2 hengget Aida untuk beli satu burger lagi. hiks. maka esok aku perlu mencari kekayaan. duit jpa pon aku dengar-dengar dah masuk. mcdonald's dan pizza hut sila tunggu kehadiran aku.

lusa ada satu kuiz. aku baru baca 3 muka surat nota.

-habis-

-habis

Isnin, Ogos 25, 2008

baju kurung baru biskut

sapa ada benang puteh?
aku nak sembat lengan baju kurung aku: terlupa buat masa cuti haritu.
kalau ada cangkuk lagi bagus.
sebab aku terlupa nak pasang cangkuk kain baju kurung aku itu.
jarum aku ada, tak apa.

-habis-

Ahad, Ogos 24, 2008

biskut telah di'tagged'!

ehem.ehem. atas permintaan cik murni kita, maka aku dengan inip rela ditagged.haha.


1. What plans do you have to jumpstart your career?
owhhoo.khatam segala handbooks yang baru dibeli.haha.

2. What is your most favorite thing to do?
layan lagu-lagu unik. makan. tido. berangan.

3. What is the silliest thing you've ever done?
terasa bodo bila menangis disebabkan benda bodo.buleh?

4. What would you give up in return to eat all you want in the world and not get fat?
aku sudah memang begitu dowh: makan banyak mana pon tak gemok. haha.

5. Is there someone in your heart right now?
orang-orang di rumah.huhu.

6. Do you believe you can survive without money?
tidaaaakkkk~

7. What are you afraid to lose the most?
orang-orang di rumah.huhu.

8. What do you feel like doing right now?
makan-makan. aku dah kelaparan.

9. If there’s someone that you love, would you confess to him/her?
bergantung kepada keadaan.

10. List out 3 good points of the person who tagged you.
cik murni: rajin. baik hati. riang-ria.

11. What are the requirements that you wish from your other half?
bukan 'player'. dan bukan 'gay'.haha.

12. What is the thing that will make you think he/she is bad?
tak hormat orang.

13. What is your definition of love ?
entah. tengah cari dalam kamus.hehe.

14. If you had to eat one thing for the rest of your life, what would it be?
kenapa mesti 1 benda?aku suka makan macam-macam dowh.

15. If you had a choice to be rich or happy, which one would you pick?
aku nak dua-dua.haha.

16. If you have a chance, which part of your character you would like to change?
kemalasan aku.

17. Who is the person that you can share all your problems with?
semua orang pon buleh.haha.

18. How do you see yourself in 10 years’ time?
sudah berkahwin.

19. What is the one thing you love about yourself?
kechumeylan aku.haha.

20. If you have the chance to own a superpower what would it be?
teleporter. buleh ke mana-mana dengan pantas tanpa perlu membayar duit tol mahupon tambang bas.

aku tak cukup orang la nak tag ramai-ramai.
maka aku nak tag Inchek Mejah a.k.a Anjut.
buleh?
haha.

-habis-

4bia?

petang semalam aku bersenam wei-main rounders kat padang kawat bersama-sama Inchek Aroy, Inchek Ku, Inchek Wan Kipas, Nad, dan semestinya Babes sekalian. sakit dowh tapak kaki aku sebab berlari-lari atas tar tanpa memakai selipar. aku satu team dengan Inchek Aroy, Bunga, Lestari dan Sheep2.Che Mat YDP yang buat rondaan petang-petang pon turut sama menjayakan acara inip (gilerr hebat mamat inip. patut didiskualifikasikan.haha).
Keputusan: aku tak tahu pon siapa yang menang sebab bantai main saja tak kira markah.haha.

malam tadi pergi tengok 'midnight' kat queen'sbay. cherita 4bia. Inchek Aleph join skalik. sebelum tu makan kat Campus Station. nasi gureng dia sedap juga. boleh jadi tempat pilihan sementara menanti Nazri buka semula. huhu.

pasal cherita 4bia: agak mengecewakan aku. mungkin ekspektasi aku terlalu tinggi-mengharapkan sesuatu yang seram terlebih had. bahagian hujung lah yang boleh dilayan. yang depan-depan biasa saja. tapi ada banyak part yang menggunakan grafik komputer yang sangat ketara tak buleh blah-dan aku sangat tak suka kalau cherita seram pakai grafik komputer sebab nampak sangat tak real. still, adegan terkezut-terkezut masih boleh dilayan. tapi poster dan montaj 4bia memang chantek.haha.

2.5 out of 5.

**balik dari 'midnight' aku ternampak Inchek Own, Inchek Molek, dan Inchek Abeho. hoho. mereka tengok 4bia juga.

cakap pasal fobia-aku tak tahu aku fobia dengan apa. mungkin tak ada yang betol-betol aku fobia kot. tak pon mungkin aku tak discover lagi aku fobia dengan apa.

pagi-pagi lagi aku dah bangun dengan saket-saket badan dan tapak kaki.

-habis-

Jumaat, Ogos 22, 2008

sudah jumaat rupanya

subuh aku agak dinosaur hari inip **sigh.aku off alarm. aida tak ada nak kejut aku.wuwuwu~
pagi-pagi bangun dah saket perot. gilerr saket. mesti sebab aku makan jeruk buah salak semalam**perut kosong makan jeruk memang gilerr.
bangun-bangun aku terus on laptop. ingat nak sambung buat assignment marketing aku yang tertangguh sejak semalam. tapi baru aku teringat. aku lupa nak ambik buku dengan Bunga. haih. tunggu makan tengah hari lah baru aku buleh ambik buku itu.
pagi-pagi kerja aku download saja. semenjak laptop baru diservis, kenalah download untuk membina kembali koleksi lagu-lagu yang telah hilang itu**sob3. (semalam aku ulang-ulang dua lagu meet uncle hussain saja siang ke malam: halusinasi, pari-pari bawah angin)

crush
disturbia
i kissed a girl (?!! aku bukan les wei. gay pon bukan.gilerr la katy perry inip.)
situasi
fine
damaged

malam tadi makan kat Mutiara. ada lipas kat kaki aku (aku ingatkan misai kuchen maka aku buat bodoh saja). lipas tu pergi kat Lestari. memang melompatla budak tu, dia memang anti-lipas. aku malas nak kesah pasal lipas. yang penting aku dapat tengok kekasihku seru. agak angker la cherita inip. setiap minggu memang menarik. tapi aku missed minggu lepas.sigh.bila lah Nazri nak buka balik.aku nak nasi padkapau dengan harga RM3.50 saja.aku nak nasi puteh berlauk dengan harga RM3.50 saja. aku tak perlukan 4.50.

lab report tak siap lagi. tettt.
marketing pon. tettt.
assignment mr.sameer pon. tettt.

balik kampung atau tidak. sama saja. aku tetap tak buat kerja. haha. bak kata Inchek Farreq: duduk la lama-lama sampai lebam bontot. nak buat macam mana, aku memang dasar pemalas. no objection.haha.

-habis-

Khamis, Ogos 21, 2008

biskut kembali bertenaga!

hari-hari yang suram dan membuntukan bakal kembali bertenaga seperti sediakala. laptop aku sudah kembali-sihat seperti dulu! terima kasih Inchek Molek sebab sudi tolong hantar balik laptop aku(walaupon kao lambat tapi aku maapkan kao sebab kao chumeyl.haha).

-habis-

Isnin, Ogos 18, 2008

biskut menanti kepulangan

konvo sudah habis. pharmex sudah habis. aku tidak lagi terketar-ketar mengambil darah orang mahupon mengukur berat dan ketinggian mereka. aku tidak lagi terkejar-kejar membeli bunga dan hadiah. aku tidak lagi terkejar-kejar mengambil gambar. aku gembira sebab ram acer kesayangan aku itu sudah dinaiktaraf: terima kasih Inchek Buyo sebab bagi ram percuma. aku sangat terharu siot sampai nak nanges! aku gembira sebab ada orang sudi servis acer aku itu dengan penuh kesabaran dan dedikasi: terima kasih Inchek Own sebab tolong aku. maaf sangat-sangat kalau kehadiran acer aku itu menambah tensi dalam hidupmu. aku sangat terharu dowh sebab kao tolong aku. siries.

tapi,
agak sedih sebab acer aku diserang brontox. terpaksalah aku kehilangan semua koleksi lagu, report, dan gambar aku. tak apalah. aku tak sanggup nak beli laptop baru. cukuplah acer yang satu inip buat masa inip.

aku tak balik cuti midsem. semua orang rasa aneh kenapa aku tak balik. anehkah? entah. aku pon tak tahu kenapa aku tak nak balik. selalunya aku tak pernah miss nak balik kampung. entah.
pagi tadi Aida dah balik. maka, aku pon pergi merempat di bilik Sheep2. guna laptop dia untuk aktiviti rutin aku yang tergantung selama beberapa hari: check email, friendster, blog, ym.
sigh. sekarang aku dah tak boleh hidup tanpa acer aku itu. too-dependent. huru-hara hidup aku.

oh, cepatlah pulang. cepatlah sembuh seperti sediakala. huru-hara hidup aku tanpa kao. biarlah orang kata kao tak best, koman, or whatsoever. aku setia dengan kao selagi mampu.

-habis-

Rabu, Ogos 13, 2008

entri tidak bermotif

dari 5.30 petang sampai lah 1.00 pagi lebih kurang: aku habiskan masa kat tapak pharmex. aku takdelah buat apa sangat pon. tapi tolong ciput2 la yang mana aku nak buat. haha. aku banyak habiskan masa merapu dan merepek tak tentu hala. haha.
esok duty aku agak awal lah: 10.30 pagi.

tak ada apa-apa yang menarik setakat inip. henfon aku pon senyap. kredit dah bertimbun.
memang tak ada apa-apa yang menarik. tapi mood aku agak gumbira hari inip. tak macam semalam yang huru-hara. nampak gaya, hormon gumbira berfungsi dengan agak baik.

lagu tema: modern minimalis glamour-the times

-habis-

Ahad, Ogos 10, 2008

chermin bengong lagi sialan

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

biskut tengok susuk

khamis malam jumaat haritu-aku tengok cherita susuk kat gsc queen'sbay.midnight.
babak kejut-mengejut jadilah juga (walaupon aku tak menjerit, tapi budak-budak nih menjerit-kira jadilah tu kan). yang pasti Bunga pegang lengan aku kuat gilerr. haha. tapi aku akui aku ada terkezut di sana dan sini.
susunan plot bagus la juga. susunan flashback dan masa sekarang yang menarik dan unik bagi aku.
tapi jalan cherita bagi aku biasa saja. banyak juga babak yang bagi aku tak rasional dan tak berapa nak logik.
lakonan diana rafar biasa bagi aku. lakonan ida nerina boleh tahan mantap (gaya dia makan jantung manusia mentah dengan penuh obses dan ganas secara halus. memang 'dark').
banyak juga babak 'panas'-aleeza kasim seksi siot nak mampus (dahla dia sedia seksi).

jangan sampai makan diri.
3 stars out of 5

-habis-

Khamis, Ogos 07, 2008

repetisi biskut

aku dah kata dulu.
maka aku ulang lagi sekali.

aku baik saja tanpa kamu maka kamu tak payah susah-susah lagi nak kisah pasal aku.titik.

-habis-


Rabu, Ogos 06, 2008

biskut bercherita tentang mekap

nnahehe. aku sebenarnya bukanlah seorang yang arif lagi bijaksana pasal mekap neh. tapi aku cuma nak cherita: hari inip aku wat pemerah pipi aka blusher dengan tangan aku yang halus mulus inip.hehe. sebenarnya semester inip aku ambik subjek kosmetik dan dandanan sebagai elektif. ada amali. produk-produk yang termasuk dalam amali inip: deodoran, gincu, syampu, pemerah pipi, dan sabun. aku pula tergolong dalam kumpulan yang kena buat pemerah pipi. balik bilik, aku cuba la hasil tangan aku dan partner aku. hehe. tapi aku lupa la nak ambik gambar semasa proses pembuatan (buat secara manual ok. tak ada mesin-mesin).

aku memang tak reti mekap. siries tak reti. bukan setakat mekap, bab-bab penjagaan muka pon aku tak ambik kisah sangat. aku tak pakai pencuci muka. siries. dah 21 tahun aku hidup, aku tak pakai pencuci muka. maka, apatah lagi aku nak pakai toner, krim pencerah or whatsoever. bedak asas? gincu? sah-sah tak ada, apatah lagi mascara, eye-liner, mahupon blusher. aku cuma ada lip balm (itupon orang yang hadiahkan dan aku asyik lupa nak pakai *matilaa expired nanti). mungkin sebab muka aku tak bermasalah sangat, cuma jeragat dan kes berminyak sajala tapi aku biar saja. aku pernah juga teringin nak pakai semua tu, tapi aku takotla. takot muka aku yang sedia elok dah inip jadi benda lain pulak. aku takot nak pilih produk.

aku pernah dimekapkan orang: masa sekolah rendah bila menyertai pertandingan nasyid pertandingan bercherita masa tahap 1. orang yang mekapkan aku: senior darjah 6. haha. gilerr la. habis dikerjakan muka aku. blusher memang terang giler warna. gincu memang merah terang. aku rasa buruk gilerr muka aku diperlakukan sebegitu. haa, ada lagi sorang pernah mekapkan aku: mrs thamby-english teacher aku masa darjah 3. masa tu aku kena berlakon jadi mak kuchen dalam poetry in motion. dia lukis misai kuchen kat muka aku dengan eye-liner. budak-budak sekolaah lain gelakkan aku dan kawan-kawan aku (diorang jadi anak kuchen).
itu mungkin yang terakhirla aku dimekapkan. pakai mekap sendiri?tak pernah!

mekap: ada orang suka pakai. untuk kepuasan mahupon keyakinan diri. untuk rasa lebih menarik dan menonjol. tapi ada juga yang dipaksa pakai. contoh: masa kahwin. yela, jurugambar nak ambik gambar kahwin. kalau tak mekap, nanti pucat pulak. takpon rasa ordinari, tak ada luar biasa. aku plak, dahla tak reti, tak minat pulak tu. aku rasa kalau pakai mekap, aku jadi orang lain. macam rasa terkongkong dalam diri sendiri. nak minum air pon rasa teragak-agak. nak berjalan pon terasa ada orang pandang semacam.**tunggula aku kahwin nanti macam mana.haha.

update terkini kerja rumah aku: 2 lab reports, 2 kerja rumah marketing, pergi 'midnight'**pengsanlaa kerja aku tak siap nanti.

-habis-

Isnin, Ogos 04, 2008

hari isnin biskut yang aneh dan menggemparkan

malam tadi aku stay-up sampai 3.45 pagi: siapkan 2 lab report pada masa yang sama. kalau tak aku nak stay lebih lama, tapi sebab guruh dan kilat dah berdentum, aku takotla plug laptop kena sambar. karang naya saja: 1 lab report pon tak buleh nak hantar. jadi aku pasang bateri, tidurkan laptop aku dalam keadaan standby, cabut plug, dan aku pon naik katil. tido.

6.15 pagi aku bangun sebab aku nak sambung bahagian yang tak siap. buka laptop. ada 1 tingkap mesej ym. ada 2 baris mesej.
'gudnyte'
'take care'
cheh. kenapa tiba-tiba sekarang nak ambil kisah. dulu bila aku online, senyap saja: tak ada nak tegur aku ke hape. bila aku tegur, macam nak tak nak layan aku. dengan orang lain bukan main layan. bila aku dah tawar hati, rajin pulak nak ambil kisah. pagi-pagi lagi dah menimbulkan rasa kechiwa dan saket hati aku.
aku baik saja tanpa kamu maka kamu tak payah susah-susah lagi nak kisah pasal aku.titik.

hari inip sangat terkejar-kejar. print lab report, hantar lab report, pergi kuliah, buat amali yang sangat memenatkan. isnin: hari yang betol-betol memenatkan untuk aku. tapi sebenarnya aku nak cherita satu kisah tergempar! apakah cherita itu ya? dekat sikit, aku nak bisik.

dekat foyer dewan kuliah school aku, ada satu bra hitam dan satu seluar dalam belang-belang terdampar di tengah-tengah laluan kat foyer itu!

aku terkejut siot. pagi-pagi aku datang school dengan semangat agak berkobar-kobar dan terkejar-kejar, tiba-tiba ternampak pula 2 benda itu. tertanya-tanya juga dari mana datang. nak kata ada ampaian, tak ada. nak kata ada servis dobi kat situ, pon tak ada. nak kata tempat pembuangan sampah, pon bukan. habis? adakah anjing yang menggonggong benda-benda itu sampai ke foyer itu? aku pon tak tahu siapa punya kerja dan siapa punya projek. haih. perkara yang sungguh memalukan. aku yang tengok pon rasa malu walaupon aku tak ada kaitan pon. yang pasti, ada insan mana entah yang menolak benda-benda itu ke bawah kerusi berhampiran, dengan kaki. dengan kaki la kot. yang pasti agak tersorok sikit dari khalayak ramai. misterius. sungguh misterius.

hari inip antara hari dalam sejarah sebab dalam tangan aku tak ada langsung cash. wallet aku kosong ringgit. seharian biskut pokai. aku lupa nak mencari kekayaan. maka, sekarang biskut nak pergi mencari kekayaan.

-habis-

Ahad, Ogos 03, 2008

chikungunya-biskut tahu!

masa aku cuti hari itu, memang kecoh dengan kes demam chikungunya kat tempat aku: johor. mula-mula heboh di kawasan gelang patah. mak aku asyik sebut 'chikungunya' (mula-mula aku tak dapat tangkap, maka aku sebut 'chinguya' atau 'chiguya'. bila aku balik sini, aku teringat ada satu kali dr. azmi tanya satu kelas: tahu tak pasal demam chikungunya? kebanyakannya tak tahu. kawan yang duduk sebelah aku pon tak tahu. aku dengan bangganya tersenyum: sekurang-kurangnya aku pernah dengar dan tahu sikit-sikit pasal simptom-simptom dan vektor pembawanya (konon-kononnya rasa lebih ke depan berbanding orang lain.haha). bila dr.azmi kata di johor memang heboh dengan kes chikungunya neh, kawan sebelah aku berkata: padanla kao tahu. orang johor je yang kena (sambil gelak sindir. cheh). aku gelak saja. sekurang-kurangnya aku tahu juga kan?(aku selalu melabel diri sendiri sebagai seorang manusia yang lambat ambik tahu pasal nota-nota terbaru di kedai fotostat dan topik-topik yang bakal diajar dalam kuliah esok hari-aku malas la nak berjalan ke kedai tu-penat dowh). kiranya agak selalu ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.haha.

chikungunya neh disebabkan oleh alfavirus (dari keluarga Togaviridae) yang dibawa oleh nyamuk aedes (yang juga merupakan si pembawa denggi). perbezaan ketara antara chikungunya dengan denggi: orang yang kena demam chikugunya akan mengalami sakit-sakit sendi. selain itu, demam chikungunya setakat ini dilaporkan tidak membawa kepada kematian (kalau nak dibandingkan dengan denggi berdarah). aku berpendapat kemeriahan wabak inip di johor mungkin sebab pendatang asing dari indon yang bawak. aku rasala kan.

kenapa aku berchakap pasal chikungunya pagi-pagi macam inip? sebab tadi mak aku call. dia kata dia kena demam chikungunya. demam dan sendi-sendi dia sakit terutamanya kaki dia. sampai terpaksa merangkak kalau nak pergi dapur ke apa. kalau solat, memang kena tahan la kesakitan itu. mak aku tgh cuti lagik sebab masih rasa sakit. mak aku kata lagi ruam-ruam tengah naik. ayah aku pon kena tapi dah ok. kesian mak. dahla haritu dia selalu sakit-sakit lutut sebab terlalu banyak berjalan ke sana ke mari sebab banyak sangat kursus dan meeting.

informasi lain yang diberikan oleh mak aku :mNgumpat:

1. esok dia poskan buah pulasan: yeayyy! (aku tak jumpa la pulasan kat sini) tak sabar rasanya.
2. bil internet masa aku cuti 3 bulan itu cecah 500 hengget: beha yang pakai banyak!kerja dia download saja!
3. kakak aku balik rumah mertua dia: mesti mak ayah aku sunyi sebab budak kechik tu tak ada.
4. ayah belanja banyak bulan julai: beli tv baru dan astro kedua (aku tak pasti kenapa.haha. mungkin tensi sebab aku selalu terboikot berita dunia sebab nak tengok cherita lain).

ok, tukar cherita lain. walaupon kao orang dah muak dengar bebelan aku pasal satu bende inip, tapi aku tetap nak chakap juga: lab report aku tak siap lagik!deadline esok untuk 2 lab reports. mati laa. maka, sekarang biskut nak pergi mandi dan mula membuat lab report. huhu.

lagu tema entri kali inip (sebab aku tengah layan):

Hello-Evanescence

playground school bell rings again
rain clouds come to play again
has no one told you she's not breathing?
hello I am your mind giving you someone to talk to
hello

if I smile and don't believe
soon I know I'll wake from this dream
don't try to fix me, I'm not broken
hello I'm the lie living for you so you can hide
don't cry

suddenly I know I'm not sleeping
hello I'm still here
all that's left of yesterday

-habis-

kredit untuk chokilala.blogspot.com untuk emoticon monyet itu.

biskut layan kuaci

lupa aku nak cherita. tadi pergi tengok variasiswa: pertandingan persembahan budak-budak 1st year. aku tak berapa fokus sangat sebab aku asyik layan makan kuaci. agak tersedak dan hampir tercekik sebab aku lupa bawak air. selain itu, aku kerap tertelan sekali kulit kuaci sebab makan dalam keadaan gelap.

habis semua persembahan, kitorang terus pergi minum kat khalel. makan la roti canai sikit, tosai sikit, kongsi berempat. tapi, bengang betol dengan sekumpulan mamat motor besar neh. kitorang minum saje pon, bukannya menggedik kat situ ke hape. diorang asyik usha kitorang sampai kitorang rasa tak selesa. tapi buat biasa jela, borak-borak. sudahlaa asyik usha, pulak tu ade seorang mamat neh siap ambik gambar kitorang guna henset. macam haram. kitorang malaslah kecoh-kecoh dan gelabah: diam saje dan buat tak tahu. memang perasan dan bajet menarik diorang tu. gelabah lagik. Bunga lambai-lambai tangan dan 'whistle' sikit sebab nak panggil mamak itu. tiba-tiba: kenapa?awak panggil saya ke?-kata mamat yang gelabah itu. mengong. gilerr gelabah.

sampai kitorang nak pergi kaunter nak bayar pon diorang pandang tak lepas. gangguan seksual betol!

-habis lagi skalik-

skil diplomatik biskut yang tak seberapa

dalam bilik inip tinggal aku seorang diri. roommates aku balik rumah. hari inip aku tak buat apa-apa sangat pon. pergi makan kat kedai awet muda, lepas itu pergi tesco. mula-mula macam sikit je barang aku. tiba-tiba mulalah tangan aku menggapai jajan-jajan: tiba-tiba rasa kempunan sangat nak makan. tiba-tiba aku ternampak pulak bateri kamera digital olympus yang aku dah lama nak. aku angkat dengan 80 hengget. bila pikir-pikir balik kenapa laa aku tak tawar dengan harga lagi rendah lagi.

kelemahan aku: tak reti tawar-menawar, berunding, serta berdiplomasi ketika membeli barang. dari dulu lagi aku memang tak reti. sejak-sejak aku dah besar sikit neh aku belajar sendiri tawar-menawar. itu pon baru peringkat separa amatur agaknya. dulu-dulu sejujurnya aku tak berapa kisah bab tawar-menawar neh. bagi aku, asal aku suka, bayar dengan potongan harga sikit, sudah. lagi satu hal, aku malas nak tawar harga. sebab aku TERLALU berpegang kepada 'jangan susahkan orang' (konon-kononnya aku akan susahkan si tokei kedai kalau aku terlalu banyak songeh). selalunya aku secara tak sengaja terminta tawar harga sikit je dan bayar terus. pendek kata aku SANGAT-SANGAT (dah sangat, sangat lagi. tatabahasa yang salah) tak banyak songeh (mungkin penjual akan rasa gembira memperkotak-katikkan orang seperti aku). macam aku pasrah dan redha je. tapi lepas itu, mulalah timbul rasa menyesal.

ada seorang kawan aku sangat pandai bab inip. bukan sahaja pandai tawar, pandai juga minta dan dapat aksesori dan cenderamata tambahan secara PERCUMA. dia memang jenis yang pandai cakap dan banyak cakap. selagi ada barangan tambahan, dia akan tak henti bercakap, memujuk, dan berunding dengan tokei kedai. mungkin sebab tokei kedai tak tahan bebelan dia, kesudahannya dia akan dapat barangan PERCUMA. bila dia cerita-cerita pasal perkara itu kat aku, aku cemburu dengan dia. aku malu dengan diri sendiri. aku? selalunya aku anggap dah cukup bila aku dah dapat 1 set barang yang aku nak-terus aku bayar. aku tak pernah terpikir nak minta barang-barang lain. aku malas nak cakap banyak. aku terima je. kesudahannya? kadang-kadang sangat menyesalkan diri.

contoh: teringat sewaktu aku beli kamera digital olympus yang aku pakai sekarang. lepas aku cuba kamera itu dan rasa ok, aku terus bayar. aku minta kurang harga, tapi dia kata tak boleh kurang lagi. aku angguk dan terima. aku tak terus memujuk. dalam hati aku maki-hamun diri sendiri. lepas itu, kad memori beli asing. dia tak bagi percuma. aku terima dan angguk lagi. aku tak terus memujuk lagi. maki-hamun lagi diri sendiri. bateri pulak? bila sampai rumah baru aku perasan bateri percuma itu sebenarnya bateri jenama ontahape. bukan bateri olympus. dan aku mengambil sikap 'tak apa' sebab konon-kononya aku masih jahil dan aku tak nak mempertontonkan kejahilan aku di depan si tokei kedai itu lagi.pasal aksesori tambahan lain secara percuma kalau ada?langsung aku tak terpikir nak tanya. maka tiadalah tripod.

contoh lain: masa aku beli bateri olympus tadi, penjual itu kata 89 hengget last price. aku dengan bangga lagi selamba tanpa berfikir panjang aku minta 80 hengget. sedangkan aku patut minta 75 hengget dan pujuk-pujuk dia sikit. bila sudah bayar, aku terasa kebuduhan dan aku rasa sangat hampeh. kao orang pon akan kata aku hampeh.

buduh kan? aku tak kisah kalau kao orang nak kata aku buduh. tapi hakikatnya aku pon benci dengan keadaan macam itu. bila pikir-pikir balik, aku terasa juga kebuduhan diri sendiri. kenapa aku tak boleh jadi macam kawan aku tu?sangat petah bercakap dan pandai berdiplomasi. tak macam aku. cas macam hina pulak aku inip,huhuh.

joey mcintyre selalu nyanyi: don't you ever wish you were someone else. .you were meant to be the way you are exactly.lagu sekadar memujuk. kadang-kadang aku pernah terpikir dalam keserabutan akan betapa menariknya kalau kita berada dalam kasut orang lain, bukan dalam kasut diri sendiri. betapa menariknya kalau aku buleh banyak cakap macam dia.

aku dalam proses cuba mengubah skil komunikasi aku dan memperbaik darjah keyakinan aku. bukan senang. tapi aku usaha sedaya mampu.

biskot nak tdo. sudah pukul 3.19am rupanya.huhu.

-habis-