Khamis, April 30, 2009

nota kecil

sedang mengemas barang.
perkara yang saaangat aku tak suka dan malas.
huhu.



aku balik rumah malam esok.

oh ya, selamat berjaya kepada rakan-rakan yang akan/sedang mengambil peperiksaan akhir!



-habis-

Rabu, April 29, 2009

mungkin dan sebab

tatkala aku mula taip ini, jam dah pukul 2.28 pagi.
apa kejadahnya aku tak tidur lagi?! dan apa kejadahnya aku taip-taip pepagi tak buta macam ini?!

mungkin kalau Che Lia ada sekarang, kecenderungan untuk aku tidur sekarang adalah tinggi sebab Che Lia tidur boleh tahan awal melainkan hari peperiksaan dan kuiz yang kritikal.

mungkin kalau Aida ada sekarang, kecenderungan untuk aku tidur sekarang adalah tinggi sebab Aida tidur bukan boleh tahan awal tapi sangat awal melainkan kalau dia rasa dia tak nak tidur awal.

itu mungkin. tapi hakikatnya tidak mungkin.
sebab Che Lia tidur di rst sebab dia ulangkaji dengan rakan-rakan seperjuangan untuk kertas pemodelan drug, bagus juga untuk dia, sekurang-kurangnya dia kurang sedikit stres tidak melihat aku yang begitu bahagia bersenang-lenang dan bermalas-malasan sebab peperiksaan dah habis.
sebab Aida dah balik rumah dengan selamatnya, nasib baik aku tak kantoi gelak/senyum sensorang depan skrin laptop depan mak dia(almaklum kalau dah berada dalam dunia ym aku gelak/senyum memang tak ingat kiri kanan, macam orang gila). kalau tidak, haruslah dia bertambah konfius. sebenarnya mungkin dia perasan kot aku dah macam orang gila sebab dia masuk bilik aku langsung tak sedar sebab khusyuk gelak sensorang. isyhisyhisyh. tapi makcik memang baik =)

secara kulit kacangnya, aku patut tidur sekarang.


-habis-

Selasa, April 28, 2009

pengisytiharan kemerdekaan

yahuuuuuu!
dah habis!!!!!

hihihihihihihihihihihihi
:D



-habis-

Ahad, April 26, 2009

pagi-pagi dah langgar kaki aku.ewwww.

argghhh.
mana datang lipas niii.
*sejak akhir-akhir ini dah banyak kali lipas lalu-lalang dalam bilik aku. bengang betul! aku tak ada stok makanan pon.

nasib baik aku tengah malas nak menjadi agresif.
lipas, legalah kau sebab kau masih hidup hari ini.

tapi esok lusa kau takkan tahu.

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.


-habis-

Sabtu, April 25, 2009

antara fakta tahun ketujuh II

sambungan.

1. bila pindah muar, awal-awal kitorang duduk rumah atuk sebab rumah kitorang belum siap lagi. kalau pergi sekolah, jiran atuk aku yang hantar sebab anak dia pon sekolah yang sama.

2. sekolah rendah aku yang baru ialah SK Simpang Lima Pekan merangkap sekolah rendah mak aku juga masa dia kecil-kecil. sekolah kecil: cuma ada dua blok satu tingkat, tak termasuk kantin, tandas, dan bilik kemahiran hidup. satu darjah satu kelas sahaja (tapi sekarang sekolah itu dah membesar-blok masa aku darjah 1 dah jadi tiga tingkat)

3. hari pertama aku pergi sekolah itu, jiran atuk aku yang hantar. bila sampai kelas, mula-mula aku tak nak masuk sebab takut. tapi sebab segan dengan jiran atuk aku, aku masuk juga. aku tak menangis. (sekarang dah tua je banyak menangis.hehe)

4.hari pertama aku duduk dalam kumpulan mana entah. ada seorang budak lelaki ini bulu mata dia panjang giler. selamba je aku cakap: "panjangnya bulu mata awak, macam unta" terus dia jeling aku.haha.nama dia Helmi. tapi dia hensem juga lah sebenarnya. mungkin bulu mata yang unik.

5.cikgu kelas aku masa itu Cikgu Maznah.

6.kawan baik aku masa sekolah rendah ialah Baite yang merupakan anak jiran atuk aku yang nombor enam. aku selalu main masak-masak dengan dia, tak pon pergi rumah dia sebab dia ajak. aku pergi rumah dia pakai seluar pendek flintstone dengan singlet je. tak sopan betol, haha.

7. jadi budak baru memang tak menarik sangat sebab semua orang bagi perhatian kat kau. suatu hari cikgu tulis ayat pendek-pendek di papan hitam. aku tengok sekali lepas itu aku tulis tanpa tengok papan hitam. lepas itu ada budak mana entah:"cikgu, dia tulis tak tengok papan hitam!" sesaat itu semua mata pandang aku. aish.

8.ada sekali itu cikgu suruh aku cakap di depan tentang pakaian yang aku pakai sebab masa itu belajar tentang pakaian kot. aku pon bla bla bla, tiba-tiba ada satu budak tanya (aku tak ingat siapa):"seluar dalam pakai tak?"semua orang gelak, aku terus berhenti cakap sebab malu. mula-mula aku rasa soalan itu tak patut ditanya. tapi bila fikir-fikir balik, betul juga, seluar dalam pon pakaian juga, kan?

9.di sekolah baru ini juga aku belajar makan mi siput. sekolah lama tak ada mi siput. mi siput harganya 20 sen, makan dengan sambal merah atau sambal kicap atau kalau kau suka letak dua-dua sekali. masa nak makan, aku belajar hancurkan mi siput dengan botol air. makan pon tepi longkang dengan rakan-rakan yang lain. nama pakcik kantin ialah Pakcik Jais, bini dia Makcik Habsah. dulu-dulu aku ingatkan Pakcik Jais orang jahat sebab dia senyum lain macam. isyh, sebenarnya dia baik gilerr.mengarut je aku. tapi siries, mi bandung, mi rebus, dan mi kari mereka sedaaap. aku panggil 'mi cikgu' sebab cikgu saja yang makan, tapi kadang-kadang budak pon makan kalau ada duit lebih sikit sebab lingkungan harganya sekitar 90sen-seringgit (lebih kuranglah, mungkin student price kot).

10.duit belanja aku pada waktu itu 30 sen (masa di sekolah lama pon 30 sen juga.bila aku darjah 4 baru naik jadi 50 sen atau seringgit). tapi kadang-kadang mak terlupa nak bagi dan aku pula terlupa nak minta. maka, aku pau la budak-budak lain punya makanan. hehe. biasanya aku guna 20 sen, 10 sen lagi masuk tabung sebab nanti hujung tahun nak lawan dengan adik-beradik aku duit siapa paling banyak. (tak pon, mungkin juga aku simpan untuk beli 'mi cikgu'.hehe) tapi siries, menabung memang menjamin masa depan. tak tipu.

11.tak lama lepas baru masuk, ada peperiksaan. aku dapat no. 2 masa penggal 1. penggal 2 aku dapat no. 1 (sampai darjah enam).

12. cikgu English aku yang pertama di sini ialah Cikgu Cha. budak-budak tak suka dia, aku tak ingat kenapa. aku rasa aku pon tak suka dia tapi tak ingat kenapa. tapi dia pindah masa aku darjah 2 kot kalau tak silap (sebab lepas itu aku dapat Mrs Thamby yang garang-gilerrr-tapi-sebenarnya baik-sebab-dia-bagi-aku-makan-muruku dan bila dah tahap dua aku belajar dengan Sir Jerome Thompson yang gilerr baik juga).

13.sekolah agama aku dekat gilerr dengan sekolah pagi. hari pertama mendaftar, aku tumpang masuk kelas darjah 2 (kelas anak jiran atuk aku yang nombor lima) sebab aku datang waktu kelas kafa tak ada hari itu (kalau tak silap aku kelas kafa isnin sampai rabu saja kot waktu itu, entah tak berapa ingat tapi yang pasti aku datang silap hari lah untuk mendaftar). masa itu takut sebab dalam kelas itu semuanya budak darjah 4 sekolah pagi, macam besar-besar, aku pula keciikk je.

*pada waktu itu, darjah 1 dan darjah 2 sekolah pagi=kafa sekolah agama, darjah 3 sekolah pagi = darjah 1 sekolah agama. sekarang dah tak ada kot kafa, aku pon tak pasti.

14.aku masuk kuiz fakta asas (kuiz congak) di sebuah sekolah cina. aku siap awal tapi aku tengok tak ada orang angkat tangan pon jadi aku pon tunggu orang angkat tangan. bila aku nampak seorang budak ini angkat tangan, baru aku angkat tangan aku juga. ada geng angkat tangan. haha. (cis aku rindu akan kehebatan aku mencongak masa kecil-kecil tapi sekarang lembab gilerr T_T).

15. aku ada menyertai persembahan untuk majlis penyampaian hadiah. bawah supervisi Cikgu Cha, alaa lagu 1,2 buckle my shoes, 3,4 shut the door tu. aku yang akhir sekali pula tu kena cakap 9,10 a big fat hen. aku terpaksa buat gaya ayam gemok dengan penuh keterpaksaan.huhu.
(aish tapi aku tak ingat laa ni masa aku umur 7 ke 8. alaa lantak lah)


-habis-

Jumaat, April 24, 2009

antara fakta tahun ketujuh I

tiba-tiba aku dapat idea nak buat pasal entri ini. mari kita lihat.

1.umur aku 7 tahun pada tahun 1994.

2.sekolah rendah pertama aku ialah SK LKTP Selanchar 1. kelas 1 Gigih. guru kelas ialah Cikgu Rahimah merangkap mak Faizil. kawan-kawan smapk ingat tak Faizil?haa, dia itu rakan sekelas aku dari tadika sampai darjah 1.kecil kan dunia. gila tak sangka aku jumpa dia balik masa sekolah menengah.

3.aku ketua kelas 1 Gigih, dan penolong ketua kelas ialah Faizil.haha.aku ingat lagi dia marah aku sebab aku bising (bila masa aku bising aku pon tak tahu). "dah lah ketua kelas, asyik bising je!"lebih kurang macam itulah bunyi. oh ya, kalau nak tahu dulu Faizil selalu pakai songkok. dari tadika sampai darjah 1. darjah 2 aku tak tahu sebab aku pindah.ahaha.

4.nama kawan yang paling aku ingat ialah Fadzilah sebab dia anak kawan ayah aku. dia ini cantik woo, putih gila, tak macam aku masa kecil-kecil, gelap. selain itu ada budak nama Ummu Aiman (macam itu kot nama dia) sebab dia anak Cikgu Yazid. lepas itu ada sepasang kembar, aku rasa seorang Zaini, seorang lagi tak ingat, tapi siries kembar ini comel.

5.aku pernah disuruh baca doa di perhimpunan. aku pon tak paham kenapa. tapi yang aku ingat, siap aku disuruh praktis dalam kelas.

6.pertama kali aku tengok pokok kacang tanah masa di sekolah agama. kawan aku yang kenalkan. siries, aku nampak kacang tanah itu.

7.ok, ini rahsia yang dah lama aku simpan. mak aku tak tahu aku rasa, tapi tak tahulah kalau dia buat-buat tak tahu. aku pernah...terberak dalam seluar. isyh isyh isyh. ini semua salah tandas sekolah yang terlalu busuk. sengal betol.aku tak bersalah sebab aku baru lagi masuk sekolah itu. unfamiliarity okeyh. tapi bab-bab tandas awam aku saaaangat memilih. aku rela tahan selagi boleh tahan daripada masuk tandas awam. ok, jangan suruh aku hurai poin ini dengan lebih lanjut, aku takkan layan permintaan itu.

8.aku suka berjalan bawah pokok saga tepi padang sekolah. sebab yang merah itu saga.hehe.

9. pada tahun ini, satu-satunya adik perempuan aku lahir. tapi dia meninggal dunia tak lama lepas dilahirkan sebab tali pusat yang terbelit lehernya. dikebumikan di muar. di tanah perkuburan yang sekangkang kera sahaja dari rumah atuk aku.

10. tak lama selepas peristiwa no.9, sekitar pertengahan tahun, aku dan keluarga berpindah ke muar. duduk kampung. 6 tahun setengah aku duduk di felda selanchar sebab ayah aku kerja di situ. tapi selepas itu, walaupon dah pindah muar, ayah aku masih kerja di felda. dia akan balik rumah setiap kali hujung minggu.

11. sebelum pindah, aku dapat hadiah perpisahan. Cikgu Rahimah bagi hadiah-kalau tak silap aku bekas pensel warna biru tua ada gambar sylvester cat dan ada sifir 1 sampai 12 kat belakang penutup. aku tak tahu mana pergi sekarang. sedih, huhu. selain itu, aku dapat hadiah pensel warna luna 24 batang, tak ingat siapa yang bagi. sedih sebab bila masuk sekolah baru, budak-budak pau kaler aku sampai cepat pendek.huhu. apa-apa pon, bila dikenang-kenang balik, terharunya aku rasa.



bagaimana kesudahan cerita ini?dapatkah biskott mengharungi hidup barunya di tempat baru (eh tempat tak baru sangat sebab kampung sendiri saja pon.hehe) dan sekolah baru?nantikan.


-habis-

Rabu, April 22, 2009

tamsil

pada suatu hari,ayah cakap dengan aku, lebih kurang macam inilah bunyinya:

secara tamsilnya (tamsil itu maksudnya analogi atau perbandingan), hati manusia ni macam cermin. kalau buat benda tak elok/selalu tak ingat Allah, satu titik hitam muncul atas cermin (kalau nak ganti titik hitam dengan tahi cicak pon buleh sebab cermin tingkap kat rumah aku selalu banyak tahi cicak). lama-lama, bila cermin penuh dengan titik hitam, tak mungkin akan nampak apa-apa lagi. muka sendiri pon tak nampak kat cermin itu.

jadi, macam mana nak mengelakkan cermin itu atau membersihkannya daripada terus dicemari titik-titik hitam tersebut? selain daripada amalan wajib, kena berzikir, ingat Allah selalu. selalu. supaya cermin itu terang, bersinar-sinar dan muka sendiri boleh dilihat dengan jelas depan cermin tersebut. bukan setakat muka sendiri, bahkan kalau sampai pada suatu tahap, mungkin boleh lihat muka orang lain juga.


pesanan untuk diri sendiri juga.huhu.



-habis-

Selasa, April 14, 2009

escapism 2

Jawa tag aku. tak apa, sekurang-kurangnya aku boleh tidur 30 minit lepas ini. heee.

1. Orang luar sana tak kenal kamu.Perjelaskan siapa kamu.

saya sudah habis sekolah. saya tidak lagi belajar di tingkatan 5 marikh.

2. Sikap kamu yang 'mantap'

'mantap' ni mantap betul-betul ke mantap tipu-tipu?ahaha.
mantap betul-betul: pastikan hasil kerja kena sempurna. tak boleh tinggal satu titik, nanti stres.

3. Sikap kamu yang sangat jelek

tak suka mengemas. barang sendiri bolehlah kemas, itupon tak terkemas sekarang (habislah kena reject).

4. Apa gajet yang sentiasa kamu bawak?

telefon bimbit.

5. Dah berapa HP kamu pakai selama neh?

baru 2.

6. Siapa bestfriend kamu?

apa tafsiran bestfriend sebenarnya ya?

7. Siapa yang kamu sayang selain family kamu?

sayang Allah. tanpa Dia, saya tak ada.

8. Lagik 10 tahun kamu jadi apa?

saya jadi bini orang kot. hehe.

9. Kata-kata hikmah yang pernah kamu dengar & paling kamu suka?

malu makan, perut lapar.

10. Makhluk Tuhan Paling Hot yang mahu di tag:

siapa rasa dia panas dan ketiak becak, angkat tangan. hehe, gurau saja. Jawa, aku tag kau balik, boleh?ada berani?hahahahahahahahahahahahahaha.

-habis-

Isnin, April 13, 2009

escapism

sepatutnya kena habiskan nota sembelit.
tapi sembelit gak lah aku nak habiskan. esok dah periksa. huahua.
tak apa, tak apa, positif positif.

pusing-pusing tadi, cik Anum tag aku. hihi, aku dengan sukarelahati buat (alasan tag sebagai escapism daripada meneruskan pembacaan nota sembelit?hehe)

1. Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih nama itu?

biskut rendam kopi o.
Biskut ialah nama samaran yang diberikan oleh seorang kenalan siber yang harus dirahsiakan identitinya (waicheh). dia bagi nama Biskut sebab saya selalu tiba-tiba offline ketika ym dengan dia, lepas itu online semula. macam satu iklan biskut yang pernah popular satu ketika dahulu: kejap ada, kejap tak ada. kenapa rendam kopi o? sebab biskut kawan rapat kopi o. selain itu kopi o saaangat sedap. serius.


2.Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?


biskutbercherita.blogspot.com
tafsiran Biskut sama macam jawapan nombor 1. kenapa cherita instead of cerita? sebab bunyi macam klasik. hehe. macam perkataan chawan, chermin. saya suka benda-benda yang nampak macam klasik.


3.
Apakah 'method' penulisan anda?

penulisan santai (waicheh lagi). kebanyakannya berkisar kehidupan sendiri sehari-hari. buang yang keruh, ambil yang jernih. bagi tilam lama kat apek naik lori, beli tilam baru. tilam, tilam, tin tin tin tin.

4.
Pernah terfikir nak hapuskan blog anda?Sebabnya?

pernah. sebab? saya tulis macam budak-budak. haha. tapi tak jadi hapuskan, sebab tiba-tiba rasa ketagih pula. hebat, hebat.

5. Apakah pendapat anda mengenai blog pemilik blog yang tag anda?

simplysarah Anum. blog dia menyentuh jiwa saya. serius, tak tipu. saya suka baca blog dia pagipagi. kenapa pagi? sebab pagi merupakan permulaan hari saya, kena mula dengan benda-benda positif. hehe.

6.
Senaraikan 5 orang yang anda ingin tag.

ateem, jawa, amar, azham, anjut. tiada paksaan. lakukan tag ini jika anda mahukan escapism seperti saya. haha.

-habis-

Khamis, April 09, 2009

sila piat telinga saya sebab saya rasa nak tidur saja

sepatutnya aku berada di atas katil sekarang untuk mengulangkaji analisis yang baaanyak lagi aku tak baca. tapi bila dah boleh online dan jari aku gatal miang keladi, hehe, sila faham-faham saja. tapi aku tak ada benda pon nak cakap kat sini. haha.

apa-apa pon terima kasih kepada Ateem! sebab bagi saya award ini:



-habis-

Rabu, April 01, 2009

mimpi misteri

malam tadi aku mimpi,
aku tulis satu surat yang berbunyi begini lah lebih kurang:

"awak dah berpunya ke belum? kalau belum, saya nak kawen dengan awak. awak sudi tak?"

dan aku hantar surat ini kepada seseorang. hantar pakai tangan lagi. tapi aku tak boleh nak ingat siapa orangnya.
haha.
kecewa kan? aku nak juga tahu siapa.
hehe.


-habis-