Khamis, Jun 25, 2009

Transformers: dendam The Fallen

semalam pertama kali aku pergi panggung wayang tatkala ia belum dibuka.
semalam pertama kali aku rasakan suasana keterujaan dan bahang hari pertama tayangan yang memang ditunggu-tunggu.
semalam pertama kali aku tengok wayang pagi. haha.

semalam aku pergi gsc queen'sbay dengan Sheep2. elok-elok kami tiba di depan gsc 2 minit sebelum kaunter dibuka. namun begitu, sudah ada beberapa orang yang sudah sedia menunggu di kerusi. ada yang termenung, ada yang tak melepaskan mata memandang pintu kaunter yang masih belum dibuka.

kami duduk di tepi tin F&N gergasi yang ada di situ. mungkin ada promosi. borak-borak dulu. eksaited. kemudian terdengar pintu kaunter dibuka. rilek, rilek dulu, baru buka beberapa sentimeter. borak-borak sekejap, tiba-tiba tertoleh belakang. orang dah berbaris nak beli tiket sedangkan lampu pon tak buka lagi!wau. kami pon cepat-cepat berbaris juga. haha.

kelihatan mamat yang jadi pembeli pertama tersenyum puas. aku orang pertama beb!


bila dah masuk panggung, ramai orang nampaknya. rumah penuh (full house) beb. semua muka eksaited. termasuklah aku kot. haha.
semua karena Transformers.


ulasan (ceh baru nak ulas);
bagi aku, transformers: revenge of the fallen ni tetap menarik dan hebat sehebat yang pertama dulu. kesan bunyi dan pergerakan gaduh-gaduh Autobots dan Decepticons tak mengecewakan aku. plot cerita pon menarik. cuma satu saja yang aku tak berapa berkenan (AWAS!MUNGKIN ADA SPOILER!): ada satu masa, suasana tentera US yang sedang tembak-tembak Decepticons lama sangat (bagi aku lah). apa kelas tentera US, aku nak tengok Autobots saja. haha.

apa-apa pon aku puas hatilah keseluruhannya. nak bagi berapa bintang? aku bagi 4.98. hoho.




-habis-

6 ulasan:

kerabatASTANA berkata...

sangat gatal!!huhue

amboooih..tingi gile ko punye bentang kasik! aku bagi 3.8 jerk~huhue

Syed Mohd. Aiman berkata...

4.98 per ?? 10 or 5 ???

btw, mmg biasa la.. cite US... mesti tentera dia yg power..

tentera dia la yg hero... tapi sebenar tentera mereka la yg paling teruk di dunia...

Black Hawk Down.. tentera Malaysia yg selamatkan mereka...

Datema berkata...

weyh!kool gile!aaaaaaaaaa

biskott berkata...

anep:siapa yang gatal?ahahaha. aku memang murah hati bab bagi2 bentang ni. sebab itu aku mungkin tak sesuai jadi cikgu.hoho.

aiman:per 5. aku mungkin bias. haha.

ateem: aku memang kool. ahahaha.

kerabatASTANA berkata...

ko nye ayat laa-->
gatal tgn nk komen??aku nye tgn memg slalu gatal2 pon.. [org kt tue tndanya ada org nk bg duet! jgn lupe duet raye aku eyh, beskot!! hehe]

klu ko jd cekgu-ckp kt aku taw! aku nk hntr anak aku kt ko!!hahaha

mm,biasala tue syed-slain drpd perang, nie laa salah satu caranya US nk tnjuk dorg nie kununnye sgt power! hahaha
*btw,juz for info->cite nie adalah film yg palg byk skali gunakan personil tentera dlm sjarah relesensip film&army

biskott berkata...

anep:ohohoho.duit raya?ko lah bagi aku dulu.hehe.

aku tak mungkin kot jadi cikgu, tak ada bakat.haha.