Isnin, Disember 15, 2008

21 jadi 5

aku habiskan hujung minggu aku di kl-melawat makcik aku setelah sekian lama tak jumpa dye.
aku pergi dengan mak aku.

sempat mak aku ajak makcik aku dan aku pergi membeli-belah.
sudah sekian lama juga aku tak membeli-belah dengan mak aku
(sesi pergi ke pasar basah ataupon pasar malam hujung minggu dengan mak aku dikecualikan sebab tak berapa membeli-belah bagi aku).

ternyata mak hebat membeli-belah, tak macam aku.
ternyata mak lebih ligat berjalan, tak macam aku yang dah mula longlai menjinjing barang-barang yang mak aku beli.

tapi, aku kadang-kadang macam terasa sedikit kekok.
(macam aneh dan kelakar kekok dengan mak sendiri)
mungkin perasaan aku yang remeh-temeh semata-mata.
dan mungkin juga disebabkan oleh aku yang memang tak banyak cakap sangat dengan mak.

aku rasa macam aku lebih suka dan selesa pergi ke pasar basah dengan mak untuk memilih ikan dan sayur berbanding memilih pakaian di jalan tunku abdul rahman.
aku rasa macam aku lebih suka dan selesa pergi ke pasar malam dengan mak untuk membeli tauhu bakar dan yong tau fu berbanding meneliti kasut di sogo.


pagi ahad,hari kami nak balik muar semula,
sakit bulanan aku datang menyebabkan aku tak mampu nak makan nasi lemak walaupon aku sangat suka nasi lemak.
muka aku toya dan hanya mampu senyum tak berapa nak ikhlas.

mak gosok-gosok belakang aku.
"kesiaan dye"
aku senyum ikhlas kali inip dan aku rasa aku jadi budak 5 tahun semula.
hoho.


-habis-

2 ulasan:

anjut berkata...

eh?aku suka a entry ko yg ni.mcm pelik..org french kata, c'est original, maksudnyer idea sendiri.poyo la pulak kan?apa nak buat, jd ahli bahasa...huhu!

biskott berkata...

eh?heheh.terima kaseh deh.