Selasa, September 23, 2008

aku tak setuju dengan Joey McIntyre

aku kena call katering untuk tanya pasal senarai menu makanan dan harga untuk apps2009 nanti. tadi aku dah call.
sekarang tangan aku menggeletar.

kalau nak tahu, malam tadi aku ambil masa sejam untuk karang ayat nak cakap apa bila buat panggilan.

kalau nak tahu, aku siap tulis ayat-ayat penuh yang aku nak cakap pada buku nota.

kalau nak tahu, perut aku memulas-mulas sebelum aku buat panggilan.

kalau nak tahu, suara aku agak terketar-ketar semasa bercakap di telefon tadi.

kalau nak tahu, aku terlupa langsung nak tengok buku nota itu.

kalau nak tahu, aku bercakap tadi dengan ayat yang agak tunggang-langgang.

masalah komunikasi aku memang serius.
masalah keyakinan diri aku juga serius.


'don't you ever wish you were someone else'.
dalam keadaan macam inip, aku tak bersetuju dengan kata-kata joey makan tayar (McIntyre).
aku rasa macam nak jadi orang lain. yang petah berkata-kata. yang yakin dengan diri sendiri. yang tak peduli apa orang akan fikir dan kata.

tangan aku masih menggeletar.
aku rasa mual sekarang. macam nak muntah.
aku tak suka macam inip.

-habis-

5 ulasan:

anjut berkata...

haha, ko kena belajar dari aku.mulut aku ni kalo dah bercakap tak kira bahasa apa,lancar jer.sedikit riak!
berjaya tak call ko tu?

biskott berkata...

haha.berjaya call.tapi tokei takde. esok kena call lagi.isk3

anjut berkata...

apa ler ko ni,macam kartun!

HaDi berkata...

haha..
macam kartun!
tk bleh bla..

biskott berkata...

uiks?celah mana ada sifat kartun tu?