hidu,hidu,hidu.
tudung aku dah berbau asap. baju aku pon dah berbau asap.jari aku ada yang kebas-kebas.
aku baru balik dari jamuan barbeku budak farmasi tahun tiga yang bertempat berhampiran dengan jerejak spa and resort. tapi bukan dalam kawasan itu, agak jauh sikit, tapi memang tepi lautlah. bulehlah kalau nak tengok jambatan pulau pinang itu.
aku rasa seronok. sebab inip kali pertama kitorang menganjurkan aktiviti untuk 'kita-kita' saja dan ramai yang datang. walaupon pada awalnya hujan lebat, alhamdulillah lepas itu hujan berhenti dan nampaknya penganjur utama iaitu Inchek Najab tidak perlu merasa sedih sebab hasratnya tercapai. 5 buah kereta serta motor-motor sekalian. aku rasa meriah walaupon hanya ada ayam, sosej, serta air oren.aku tetap suka begitu. simple and sweet.
*Inchek Mael telah nyaris-nyaris menyebabkan kebakaran besar dan juga nyaris-nyaris membakar seliparnya sendiri. hal inip kerana ketika dye menuang minyak pembakar ke atas arang yang baru terbakar sedikit, dye tersilap membajet jarak botol minyak dengan api tersebut. maka api itu menyambar botol minyak itu sekali. walaupon panik, tapi semua orang pon gelak. sejarah berulang lagi nampaknya.haha. Inchek Mael, nasib baik kamu selamat dowh.
*aku bergembira dengan tugas aku sebagai tukang bakar ayam sampai tak nak berganjak. bukan apa, aku memang pantang kalau ada kerja bakar-bakar ayam: aku terus khusyuk dan sanggup tak makan sebab nak bakar ayam.tak tahu, macam ada rasa kepuasan. lepas inip sesiapa nak bakar ayam, panggil aku ya.jangan bimbang, aku tahan asap dan panas.hehe.
*pertama kali aku makan sekali dengan Inchek Farreq, Inchek Fahmi, Inchek Azri, dan Inchek Naim yang pemalu itu. terharu sebab Inchek Farreq pilih ayam untuk aku-penuh dengan kasih sayang.hahahaha. sambil-sambil makan itu, biasalah dengar gosip-gosipan sebab budak-budak inip memang kaki gosip.isyhisyh.
*pertama kali nama aku asyik disebut. terasa fofular sekejap. haha.
*aku makan tak banyak pon. mungkin dah terlalu seronok membakar ayam dan berborak-borak, mengatasi tujuan asal datang ke situ iaitu MAKAN.
pendek kata, aku gumbira malam inip. semua orang macam sangat rapat. semua orang pon beri kerjasama yang sangat baik. semua orang pon gumbira.
walaupon hanya sekadar ayam, sosej, dan air oren.aku tetap suka begitu. aku pasti merindui waktu inip nanti.
-habis-
Selasa, November 18, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan