Rabu, Ogos 27, 2008

hari inip bukan hari cuti

hari inip aku pakai baju kurung cotton yang baru itu. sempat juga aku menyembat bahagian yang lupa disembat malam tadi. sebab malam tadi baru beli benang puteh.seringgit pulak tu-selalu aku beli lapan posen saja.

hari inip juga aku kena telan satu liter air untuk renal lab. tak mampu nak telan sekaligus sebab aku jarang minum air sebanyak itu dan aku rasa nak termuntah. maka aku minum sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. akhirnya aku terpaksa mengelat dengan minum 900ml saja. kembung dowh perot aku dengan air. siap sendawa lagik. atas dasar keperimanusiaan, K-own membenarkan aku berhenti setakat itu. haha.

sekarang aku tengah lapar tahap gilerr. ada angin sepoi-sepoi bahasa dalam perot aku ditambah dengan kepekatan asid hidroklorik yang semakin meningkat. malam inip ada kelas ganti pulak. oh, kakak jual burger, silalah datang sekarang. duit aku cukup-cukup tinggal 2 hengget dalam tangan-cukuplah untuk beli satu burger. tapi buleh aku pinjam 2 hengget Aida untuk beli satu burger lagi. hiks. maka esok aku perlu mencari kekayaan. duit jpa pon aku dengar-dengar dah masuk. mcdonald's dan pizza hut sila tunggu kehadiran aku.

lusa ada satu kuiz. aku baru baca 3 muka surat nota.

-habis-

-habis

Tiada ulasan: