Rabu, Disember 17, 2008

inchek yang banyak berjasa

dye antara yang banyak berjasa.

walaupon dulu-dulu aku malu untuk mengakui kewujudannya.
walaupon dulu-dulu aku segan dengan orang ramai kalau aku dilihat bersama dye.
walaupon dulu-dulu aku sanggup menyorok bawah kerusi kalau orang nampak aku dengan dye.

masa aku kecik-kecik, aku perasan,
kalau orang nampak aku bersama dye, orang akan pandang semacam tak berkelip.
aku tak suka orang pandang semacam.
walaupon hakikatnya orang pandang dye, bukannya aku.
aku tetap rasa tak selesa.

aku selalu pergi tadika dengan dye. tiap-tiap hari.
aku segan sebab dye ada, maka aku akan mengecilkan diri supaya orang tak nampak aku.
tak pon, aku sanggup pergi tadika sebelum terang tanah tatkala orang lain belum sampai.

aku selalu juga pergi sekolah dengan dye.
seperti biasa aku akan cuba mengecilkan diri aku dengan harapan orang tak nampak aku bersama dye.

bila dye dah mula uzur,
dye tak lagi pergi sekolah dengan aku.
dye juga tak lagi mengikut mak aku pergi kerja.
dye cuma menemankan ayah aku di kebun kelapa sawit.

ayah sangat sayang akan dye.
ayah sanggup berhabis duit demi dye.
banyak orang menawarkan diri untuk menjadi penjaga barunya,
tapi ayah tak mahu melepaskan dye.
sebab dye sangat berharga.

sekarang, aku dah tak malu kalau dilihat bersama dye.
aku dah tak kisah pergi kedai dengan dye.
aku dah tak kisah kalau orang pandang semacam.
sebab aku dah sedar,
dye sangat berharga.
dye juga masih lagi berjasa.



ini dye Inchek JAK7969.
nama gelaran yang diberikan oleh orang awam: jip awie sembilu
tayar sudah ditukar baru.lebih besar dan menawan.
pintu ditanggalkan oleh ayah sebab pintu dah buruk. alasan tambahan: lebih ranggi.
bumbung belakang ditanggalkan untuk memudahkan ayah mengangkat buah sawit, kereta sorong, dan lain-lain barang.
palang belakang baru sudah ditambah.

kalau kao memandu Inchek JAK7969, kao terasa dalam suasana sedang memburu kerbau liar di padang rumput afrika.
laju pon laju.
haha.hebat.

-habis-

2 ulasan:

anjut berkata...

good luck sem baru!

biskott berkata...

hoho.
saya akan berusaha sebaik mungkin.
yieeha~