Jumaat, Oktober 10, 2008

gilerr lawak budak-budak itu..hadoiilah..

marketing presentation aku dah habis petang tadi. habis lambat, penat gilerr dowh. saket kaki aku. apa-apa hal pon, lega dah selesai.

semalam aku rasa down. tak tahulah kenapa. daripada pagi sampai ke malam aku rasa macam seorang yang tak berguna. macam seorang loser. aku tak ada perasaan pon nak buat apa. orang buat lawak pon aku tak berapa ada hati nak gelak.

tapi tengah malam tadi menjelang pagi, aku dengar satu cherita lawak dari Inchek Own. gilerr punya lawak sampai gelak guling-guling macam orang tak betol. kisah lawak itu: aku dikhabarkan berpacaran dengan Inchek Own oleh budak-budak lelaki skool aku. haha. siries memang lawak dowh. mentang-mentanglah aku selalu berborak dengan Inchek Own waktu kelas di foyer skool. padanlah hari itu semua pandang semacam. isyh3. budak-budak inip memang suka bergosip-gosipan.tapi memang aku gelak tak henti-hentilah bila Inchek Own bercherita. kalaulah mereka tahu Inchek Own ada affair dengan siapa sebenarnya, mesti mereka keciwa sebab membazir air liur saja salah menggosip orang. haha.

hari inip aku masih diserang budak-budak itu berhubung gosip tersebut. kakakakakakaka. macam inip rupanya bila diserang gosip panas. kihkihkih. tapi bila tiba waktu petang, aku dah tak larat nak gelak. gelak sudah habis stok. Inchek Own pon sudah lama habis stok gelak.

kawan-kawan, terima kasihlah atas cherita lawak itu. terus aku dah tak down lagik. hahahaha.

tadi, Aida belikan aku bigMac. hilang kempunan aku. terima kasih Aida.
esok mungkin aku pergi beraya dengan Inchek Kucheng dan rakan-rakan. wee~
tapi jerawat aku semakin membesar. sigh.
aku nak mandi dan berehat. sangat penatlah.

-habis-

Tiada ulasan: