aku dapat 4 keping kad raya.
Bunga: 'skandal jangan sampai dua column!!'(satu kolum pon tak sampailah.sebab semuanya sudah berpunya.isk3)
Lestari:'nak duit raya weh..tau2..'(aku pon tengah tunggu duit rayalah.haha)
Sheep2:'ati2 k dlm p'jalanan nnt'(terima kasih.insyaAllah.doakan aku selamat sampai)
Citra:'sayang kamoo'(aku sayang kamu juga babe)
zaman sekarang kad raya macam tak berapa laku. maksud aku tak selaku zaman dulu-dulu. sekarang dah ada e-kad, sms, komen-komen fs dan ms. dah tak payah susah-susah pergi cari peti pos merah sebab nak poskan kad raya, dan tak payah nak gaduh dengan posmen pasal kad raya kao tak sampai. semuanya pantas dengan teknologi yang ada sekarang.
*masa aku sekolah rendah sampailah aku form 4, aku selalu kira banyak mana kad raya yang aku dapat setiap tahun. paling gumbira masa form 4 sebab dapat kad raya daripada lelaki-lelaki.haha. form 5 paling sikit aku dapat kad raya sebab masa itu semua orang sibuk nak ambik spmlah.
*masa aku sekolah rendah, aku pernah dapat kad raya daripada aku punya peminat misteri kunun-kunun (tak misteri pon sebab aku tahu siapa yang bagi). siap letak bedak wei dalam kad raya itu. mula-mula rasa perasan jugak sebab terasa diminati. tapi bila fikir-fikir balik, nanti mak aku tanya siapa yang bagi, aku malaslah nak cherita. nanti mesti kena perli dengan kakak aku jugak. kesudahannya, aku bakar kad raya itu.
*tapi aku balas juga kad raya peminat misteri aku itu. tanda penghargaan. penat dye tabur bedak. lagipon aku bagi kad 30 sen saja pon. tapi chantek sebab bentuknya segi empat tepat yang agak panjang dan berwarna biru dengan corak yang ringkas.
*terdapat juga ayat-ayat yang normal ditulis dalam kad raya masa kechik-kechik(selain selamat hari raya, maaf zahir dan batin)
'baju raya tahun ini berapa pasang?'
'kuih raya berapa jenis?'
'kasut berapa pasang?'(inip aku tak pasti.aku tambah saja)
*aku pernah sekali hantar kad raya ke rumah. masa aku ambik spm 2004.
4 keping kad raya.
aku dah tampal kat noticeboard meja aku.
pukul 10.30 pagi nanti aku balik. tapi aku turun melaka dulu. lepas itu baru ambik bas pergi muar. doakan aku selamat sampai ya.
selamat hari raya untuk semua yang menyambutnya. aku minta ampun atas segala salah silap aku. walaupon raya tak lagi sama macam dulu-dulu masa kita kechik, harap-harapnya semua orang dapat berbahagialah.
aku nak sambung kemas barang.
-habis-
Jumaat, September 26, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan