Khamis, September 04, 2008

biji-biji yang menyakitkan

audio: francis ford coppola-pretty ugly

ada dua biji jerawat di bawah mulut aku. satu kechik, satu besar.sakit dowh. aku jarang ada jerawat. tapi nampaknya tahun inip dah dua kali jerawat beso memperagakan dirinya di permukaan muka aku. sekali masa aku pergi sabah haritu. dan sekarang sekali lagi.

nampaknya ketidakstabilan hormon androgen aku mungkin dah mula menunjukkan dirinya. androgen telah terlebih merangsang kilang-kilang sebum di muka aku sehingga menghasilkan sebum terlampau, yang lantas dengan tanpa sengaja dan rasa bersalah bergabung dengan sel-sel kulit mati yang berlebihan secara tidak normal sehingga menutup rongga-rongga kulit muka aku.
kelompok Propionibacterium acnes sedang berlari-lari gumbira tanpa sebarang keraguan dan masalah di kawasan itu, membesar dengan cepat dan gemok dalam suasana sebum terlampau, di samping melakukan jenayah seperti iritasi dan inflamasi di dalam kawasan itu.
sistem keimunanan badan aku lantas berusaha keras membanteras jenayah yang dilakukan oleh bakteria-bakteria durjana itu dan memperbaik kerosakan yang telah dilakukan oleh mereka. demi wilayah kulit muka aku, mereka berjuang walaupon terpaksa membentuk biji-biji yang menyakitkan.

oh, kelihatannya aku kena beli pencuci muka: sebab aku tak ada satu selama aku idop 21 tahun inip. haih.

-habis-

Tiada ulasan: