berakhir sudah hari 31 ogos. selamat hari kemerdekaan yg ke-51 untuk semua rakyat malaysia. malam 31 ogos aku duduk bilik saja. kalau tahun lepas, aku dengan budak-budak inip pergi naik bukit dekat pusat bahasa untuk tengok bunga api. tahun inip malas nak naik bukit sebab kereta tak ada (nota: bukan kereta yang tak ada, pemandu yang tak ada-balik kl).
hari inip aku mencapai hasrat aku untuk makan bigMac. lepas kempunan aku. mula-mula aku plan nak makan dekat mcd sungai dua saja. tiba-tiba Sheep2 ajak makan mcd kat queen'sbay-aku tahu, dia memang tak nak lepaskan merdeka sales di sana. haha. maka aku, Sheep2 dan Lestari pergi queen'sbay dengan menaiki bas (nota: tiga-tiga ada lesen kereta. tapi hampeh. semua takot drive kereta Bunga termasuk diri aku sendiri.haha). bila aku dah dapat bigMac, memang dah tak pandang lain. aku dengan pantas membubuh sos cili dan serbuk lada hitam pada setiap lapisan daging bigMac, lalu menikmatinya dengan sepenuh hati. kalau kao orang tengok aku makan, memang sah-sah aku kena reject: selekeh lagi rakus.haha.tak apa. esok dah mula puasa.hiks.
seperti kebanyakan rakyat malaysia yang lain, aku menyambut hari kemerdekaan dengan pergi merdeka sales di queen'sbay. memang sangat ramai orang: hari ahad+cuti hari merdeka. maka banyaklah kedai-kedai yang diserbu lautan manusia. aku pon turut menyerbu tapi sekejap saja aku dah keluar kedai sebab tak ada yang menarik. in the end, aku beli 2 helai baju saja. haha.
dulu-dulu aku sangat bersemangat kalau tiba hari 31 ogos. siap tengok perarakan kat tv lagik. siap masuk pertandingan buku skrap kemerdekaan lagik (masa sekolah rendah). tapi sekarang, aku macam tak rasa apa. macam tak ada apa. macam hari biasa. sangat teruk kan aku. maka aku mengambil inisiatif pagi-pagi 31 ogos: baca blog sesiapa sahaja yang berkaitan dengan politik dan sejarah malaysia. bagi diri sendiri sedar dan prihatin sikit. sekurang-kurangnya. daripada aku buat benda tak tentu hala.
esok dah mula puasa. selamat menyambut bulan ramadhan kepada muslim dan muslimat sekalian. sama-samalah kita memenuhi bulan inip dengan amalan yang sewajarnya. kurang-kurangkanlah mengumpat.hehe. tadi aku call mak aku-mintak dye tolong kejutkan aku bangun sahur. esok jugak aku plan nak pergi beli tiket raya. patotnya aku beli tadi, tapi macam dah tak sempat. balik terawih tadi, terserempak dengan Inchek Kadir. dye mintak aku tolong tengokkan esok tiket balik pontian untuk dye. nak kirim kat aku kot. hoho. inip yang membuatkan aku terasa nak mintak upah: tart nenas mak dye yang sedap gilerr itu. haha. puasa pon belum, nak pau orang.
siries. tart nenas mak Inchek Kadir sedap gilerr dowh. aku dah rasa tahun lepas. memang tak sia-sia aku mintak tart nenas dengan dye. harap-harap tahun inip dapat rasa lagi. hiks.
oh, aku teringat. selamat hari jadi kepada Inchek Jason dengan uchapan: bila nak belanja aku?haha.
oh, berikut adalah jumlah perbelanjaan aku:
tambang bas = 2.00
baju-T garage recycle= 16.70
baju-T tized =10.00
sushi jaya jusco = 4.00
bigMac mcvalue meal = 9.70
jumlah = 42.40
-habis-
Ahad, Ogos 31, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan