Khamis, September 11, 2008

kesibukan biskut yang taklah sibuk mana

aku bangun lambat hari inip. tak ada kelas. sejuk pula tu. bangun pagi-pagi terus on laptop. edit marketing slides sehebat mungkin. pusing-pusing seluruh internet mencari gambar-gambar menarik. boxing gloves. beca. billboard. manusia depresi. sungai dua (macam haram.susah gilerr). tukar warna dan tulisan sana sini. nak gerak-gerak?bulehh. animasikan kesemuanya. haih. semalam ke hari inip ke-edit slides memang macam bangang. penat dowh.

malam tadi aku ada meeting, pukul 10 sampai 12. meeting apakah itu? ya, aku mengaktifkan diri dalam pesta hoki antarabangsa usm tahun inip. tapi bukan sebagai pemain (no,no,no.aku dah lama pencen). aku telah dilantik menjadi pegawai padang.interview hari tu macam bangang. tak sangka pulak dapat dowh. mungkin interviewer aku haritu merasakan aku patut dipilih tatkala aku menyatakan kesanggupan aku untuk menghadiri meeting setiap minggu, malam-malam. pergh. aku ingatkan dye saja nak test. rupa-rupanya memang ada meeting malam-malam. haha. berdedikasilah aku nanti. bahagian aku? teknikal permainan atau technical of games dalam bahasa penjajahnya atau TOG singkatannya. aku rasa kerja aku nanti banyak dowh.haha.

malam inip aku ingat aku nak pergi interview untuk temasya olahraga tahunan:TOT. tahun lepas aku jadi pegawai padang juga untuk TOT dan aku suka sebab kerja tak banyak, buleh bersantai-santai berlari-lari anak di balapan mahupon di bawah payung sambil minum milo ais percuma.

[sekejap, aku tengah tolong Inchek Shirota buat ayat]

oh, penat juga berfikir nak menukarkan ayat 'tangan tersepit' ke dalam bahasa inggeris. aku rasa aku patut ambik kursus terjemahan lah. permintaan sangat tinggi.haha. agak susah untuk menterjemahkan ayat-ayat bahasa melayu yang sangat berbunga-bunga itu. lama juga aku pikir dowh. best jugak kalau aku mohon tesl zaman dulu-dulu.

aku kena mandi sekarang. pukul 1 ada pulaklah praktis untuk marketing presentation. macam bangang tapi kena pergi jugak. aku kan seorang yang berdedikasi.
*lihatlah nanti kehebatan hasil kerja aku edit slides.
*presentation itu esok. sigh.

-habis-

Tiada ulasan: