Ahad, September 21, 2008

perkara buduh pada malam ahad

bak kata jeritan aku di ym: aku telah melakukan satu perkara buduh. cis. sangat memalukan. berjaya dikesan pulak tuh walaupon aku telah menjadi halimunan. cis lagik.

kejadian: melawat halaman fs Inchek Dia di bawah separa sedar, dengan beridentitikan tanpa nama.
punca: sangat bosan tak tahu nak buat apa.
iyakah?nyatakan punca sebenar: bosanlah. pusing-pusing, sampai terpergi ke situ pula.
tipu. sila nyatakan punca sebenar: cis. terpaksa mengaku:aku belum buleh lupakan dye seratus peratus. ada kosong perpuluhan lima tertinggal. cheh.
akibat: aku rasa dye berjaya menjejak tindakan aku itu sebab dye pasang aplikasi stalker di halamannya.cis lagik. kenapa mesti ada aplikasi sebegitu rupa? pagi tadi aku tengok dye ada letak komen di halaman fs aku.
tindakan: aku delete komen itu. aku delete juga akaun fs dye daripada senarai kawan-kawan aku. haha.

nampak sangat aku tak buleh jadi stalker.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

kejadian sebelum tidur:

'nk psn ni, bl taip nnt, xpyh set paragraph, bold tajuk, xpyh..cm tajuk bt underline, kalo bt table, ltk tajuk kat bwh'

aku malas nak reply Inchek Mael. rasa mengantok menguasai diri. kao memang rajin, Inchek Mael.
tiba-tiba aku teringat. aku belum bagitahu Jue lagi pasal report kosmetik itu di bawah Inchek Mael. lantas aku taip untuk Jue.

'rport kosmetik kite wat sokln 3 n 4..mael kte b4 cuti rye, cari semua info yg ade kaitan dgn soklan kte..huhu..'
aku tak tahu kenapa aku letak huhu di hujung. pedulikan. tekan 'options', kemudian 'add recipient'. pilih 'MaEL' dan 'send'.

sekejap. kenapa aku hantar kepada Inchek Mael??!! owh.owh.owhhhhh. tidaaakkk!!!cepat-cepat aku mesej Inchek Mael minta ampun.

antara waktu tidur dalam keadaan suku sedar barangkali:
'xyh cntct sye lg. sye xde kaitan ng awk lg.'
aku hantar. kemudian tarik selimut mahu sambung tidur.
never shout never mendendangkan big city dreams. aku tengok henset. baca mesej.

'ada la..awk blum bg sye tat nenas n rpot kosmetik lg.haha..'
daripada: Inchek Mael??!!
sah aku mamai. dan sah juga nama Inchek Mael melekat sekejap dalam kepala otak aku yang sekarang agak tak berapa stabil disebabkan waktu tidur yang terumbang-ambing. owh, aku dapat membayangkan Inchek Mael gelak terguling-guling bila dapat mesej mamai daripada aku itu. saya-awak dengan Inchek Mael??!! memang gilerr dan aku rasa nak nyuruk bawah katil. sigh. apa nak buat lagi, aku minta ampun dengan mesej bermuka tembok.
nasi sudah menjadi bubur.
terlajak hantar mesej, tak buleh diundur lagik.
kerana mesej, imej binasa.
cis lagik.

-habis-

Tiada ulasan: