Khamis, September 11, 2008

biskut: depresi. marah. tensi

aku depresi. aku marah. aku tensi.mulut aku muncung buleh letak penyangkut baju. muka aku poyo lagi masam macam cipan baru lepas bercerai. orang buat lawak, aku tak ada rasa nak gelak. orang senyum kat aku, aku tak ada rasa nak balas balik. tensi dan marah aku menjadi-jadi.
"eh, kao puasalah. mana buleh marah-marah."
"aku tak puasalah hari nii."
oh, kestabilan hormon-hormon aku tengah tergugat sekarang. mereka menambah gugat kestabilan itu, bagai menambah minyak tanah pada api yang sedang membara. walaupon puncanya kechik saja, aku tak kira. aku memang marah dan tensi.

penat-penat aku edit slides dengan chumeyl pagi tadi, kesudahannya tak dipakai. alasan? sebab aku tukar slide original tuan punya. habis tu? siapa suruh aku yang edit. kao jugak yang kata aku kreatif. maka aku kreatiflah cara aku. imaginasi kita tak sama. cara kita tak sama.cita rasa kita tak sama. mana yang aku rasa serabut aku tukarlah jadi simple and sweet. warna-warna latar yang menyakitkan mata aku tukar jadi putih. bagi aku, selain hitam, puteh juga adalah unik. nak guna warna hitam, nanti dikata tak sesuai pulak. aku guna tulisan calibri, tahoma, dan arial black sebab tak serabut. jelas, nyata, dan terserlah kekukuhannya. chumeyl pon iya.

habis tu? mereka bilang perkara yang aku buat terlalu mudah. kurang menarik sebab putih semata. seolah-olah aku mengambil jalan mudah. seolah-olah macam aku pemalas. semua sebab si puteh. kesudahannya siapa-siapa yang tak setuju slides mereka diubah cara aku terpaksa mengubah semula mengikut kemahuan mereka. lantak kao orang lah. aku malas nak pikir dah. walaupon mata aku sakit memandang warna-warna latar yang aku tak suka, tak apalah. janji slide aku tetap simple dan chumeyl. walaupon sekadar berlatarkan warna puteh bersih.

oh, makanan dah dibeli. tensi dan marah aku akan berkurang selepas menikmati ayam bakar dan karipap serta air berperisa yang sejuukk.

-habis-

2 ulasan:

anjut berkata...

ko pun sama ngan aku ek?kalau marah,kena makan,pastu ok.tapi aku gemok,ko tak pulak!

biskott berkata...

haha.sebab aku makan tak sebanyak ko kot.kih3