Sabtu, September 06, 2008

hari masih hujan

aku dah beli tiket bas semalam. tapi aku ambik tiket melaka sebab tiket muar 25,26,27 dah habis. aku malas nak balik 28. huh, aku dah agak dah tiket dah keluar. ada ke patut orang kaunter itu bilang haritu tiket keluar minggu depan?!nasib baek aku tak pergi minggu depan. kalau tak, ada karang sejarah berulang: sampai rumah pagi raya.

semalam hujan sepanjang hari. hari inip pon masih hujan. baju aku dah berlonggok nak dibasuh. tapi, aku terpikir. nanti aku nak sidai kat mana?nanti sampai bila pon tak kering baju aku. nak sidai dalam bilik tak muat dowh-sebab baju aku baaanyak gilerr.lantaklah kao orang nak kata aku pemalas ke apa sebab aku basuh pakai mesin. musim hujan begini lebih mudah guna mesin. (musim tak hujan pon aku guna mesin jugak)

mungkin aku kena pergi jalan burma hari inip sekali lagik, buat survey untuk marketing assignment. inip semua pasal..aku tak tahu nak salahkan siapa. questionnaire kitorang hari itu tak ada demographic questions. padahal itulah yang paling penting sebenarnya. aku ingatkan questionnaire itu memang telah diluluskan. rupa-rupanya yang telah diluluskan adalah soalan-soalan di dalamnya sahaja. kiranya, tak dapat approval untuk satu set soalan yang lengkap dan sebenar.pulak dah. memang keciwalah bila aku dapat tahu. masa meeting semalam, ada yang mencadangkan agar tipu saja data demografik itu-cipta sendiri. tapi aku tak sedap hati dowh. cakap memang senang, siap buleh tersengih-sengih lagik tapi inip bukan main-main. keadaan genting. kabel lecturer aku sangat luas. if he knew about it-we're DEAD meat. aku tak nak dapat kosong. 60% adalah coursework dan kao nak tipu-memang gilerr. maka, keputusannya: buat lagi sekalik. lebih baik daripada menipu. nak salahkan siapa? manusia yang membuat set soalan merangkap ketua?pelajar pHD yang membimbing?diri aku sendiri barangkali sebab tak menyedari kekurangan yang ada dalam set soalan itu.sigh.aku rasa nak hantuk kepala kat bantal sekarang.

terpaksalah tebalkan muka lagi sekalik. aku sangat berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.

oh, tidak. aku baru membelek questionnaire baru yang aku dapat semalam.
"practicing"
adoii. aku sangat pantang dengan kesalahan ejaan dalam benda-benda bertulis yang formal seperti itu. call me a fussy, gedik, or whatsoever, tapi aku sangat tak suka. pada pandangan aku, ia menggambarkan reputasi yang sangat buruk di samping menampakkan kebuduhan diri sendiri.mungkin imaginasi aku terlalu hiperbola. tapi aku tetap tak suka.
someone, please give me the letter 's'.

rasa sangat mengantuk. semua dah jadi dua.

-habis-

Tiada ulasan: