Ahad, Oktober 12, 2008

biskut berhari raya di kedah

owh lega btol hari inip. saket kepala aku dah hilang.

semalam sehari suntuk aku beraya.

pukul 1.30 petang aku pergi rumah Mus kat jitra (lambat sebab tunggu Inchek Naim punya pasal) rumah dye buat rumah terbuka. aku pergi dengan Inchek Sani, Atie, Munie, Inchek Naim, dengan kawan Inchek Naim yang merupakan anak tokei Restoran Mama Mia (aku tak pernah lagi makan kat sini).sampai rumah Mus pukul 3 lebih. makan-makan semua. Inchek Luqman datang lambat sikit, dari uum. muka dye dah gelap sebab main ragbi. tapi dye masih lampi dan ntahapahapa seperti dulu. hehe.

pukul 6 bertolak ke rumah kakak Inchek Sani kat alor setar. hebat tak hebat, Inchek Sani bawa balik 3 perempuan sekali. haha. seperti biasa, makan-makan lagi. aku ingat nak melantak lebih sikit tapi aku dah kenyang.hehe. pukul 7 bergerak semula dan dalam hujan, Inchek Sani memecut kereta. sampai uni pukul 8.20 malam.

lepas itu aku pergi jamuan raya permas pula dengan Bunga, Sheep2, Citra, dan Lestari (orang taja, maka memang mesti pergi). seperti biasa, makan-makan lagi. ambik gambar tidak dilupa. tapi duit raya tak dapat sebab emcee tak pilih aku untuk nyanyi lagu raya pon. masa inip kepala aku mula saket. berdenyut-denyut. mungkin kena hujan. tapi saket tak saket, aku melantak juga.

balik bilik, aku terus on laptop aku dan buat kerja. kena ubah bahagian discussions untuk marketing report aku sebab panjang sangat. agak bermasalah bila dah panjang, kena pendekkan. sigh. kepala aku makin saket tapi aku siapkan juga sebab Inchek Aaron suruh aku emel malam tadi juga. lepas siap hantar semua, memang aku terus naik katil dan tidur. nyenyak gilerrlah.

pagi-pagi aku bangun ada mesej dari Inchek Ajeed. agak lama juga dye tak mesej aku.
ah, pedulikan. malas aku nak layan.

esok aku ada kuiz. seperti biasa, aku tak mula apa pon lagi.
sesi berhari raya berhenti setakat inip dahulu.

-habis-

Tiada ulasan: