pagi tadi aku pergi sungai nibong. nak beli tiket raya. aku sangat keciwa dowh. tiket muo tak keluar lagi. penatlah aku nak pergi lagi sekali minggu depan. tapi aku takot bila aku pergi minggu depan, tiket sold out. aku dah kena tahun lepas: balik kampung pada malam raya dengan tiket 60 hengget (harga biasa 40 hengget).
petang tadi aku ke queen'sbay. sekali lagik. sebab Lestari nak tukar sweater dye yang baru beli semalam. tapi sebab paling utama ialah: aku jadi driver kali inip. hari ini dalam sejarah: aku drive kereta di penang. penang beb. mula-mula aku tak berani. gilerr. aku chuak bawak kereta orang. nak-nak kereta Bunga pulak tu. kalau jadi apa-apa memang naya. aku inip harap saja ada lesen, tapi bawak macam hampeh lagi stokin. penakot. tapi demi rakan-rakan sekalian, aku gagahkan diri. drive perlahan cukuplah.
tapi aku maloo dengan diri sendiri. rekod terburuk dicipta pada hari inip: 5 kali mati enjin-1 kat petronas, 4 kat parking luar queen'sbay. maloooooo. nasib baik tak kena hon.
alhamdulillah. selamat pergi dan balik.
kalau macam itu, lepas inip aku buleh cuba drive kat bandar muo pulak. hiks.
berikut adalah jumlah perbelanjaan aku untuk ke queen'sbay hari inip:
petrol = 2.50
parking = 1.00
baju-T garage recycles = 16.70
tali pinggang = 1.75
tabung duit = 8.90
jumlah = 30.85
oh, dah ada tabung duit berbentuk kucheng. selepas inip: tiada lagi syiling berterabur di atas meja.
**Inchek Own, aku puasalah hari inip. bila kao nak belanja aku berbuka puasa?haha.
-habis-
Isnin, September 01, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan