Jumaat, Oktober 31, 2008

misteri lelaki bernama Afiq

iya iya.aku tahu aku tak habis lagi khatam cvs (aku berhenti setakat kuliah 3 prof pauzi dan ada lagi 4!belum lagi bahagian prof yahaya yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata). tapi aku tak dapat menahan keterujaan aku saat mengetahui plag-plag di bilik aku sudah berfungsi seperti sedia kala (kelmarin tiba-tiba semua tak buleh guna). terjun katil dan on laptop, meninggalkan nota-nota cvs terlantar di tepi bantal.

hari inip aku nak cherita tentang mimpi aku malam kelmarin (malam semalam punya mimpi agak serabut, malas nak cherita).

aku mimpi, tabung kucing aku yang atas meja itu kena kopak. separuh duit aku dalam tabung itu dah tak ada. kepala kucing itu tercabut dari badannya. aku yang baru turun katil begitu panik sekali. lantas dengan berbaju kurung warna biru, aku berlari keluar bilik macam orang gilerr cuba mencari si pelaku dosa.

lari,lari, dan lari, sampai aku terlanggar Pojan dan Fathi serta seorang mamat chumeyl yang tidak diketahui namanya. aku tak ada masa nak minta nombor telefon mamat itu sebab aku kena cari si pencuri.

tiba-tiba aura deria keenam aku menunjukkan siapakah manusia yang bertanggungjawab terhadap jenayah yang berlaku di atas meja aku. muka macam orang korea, tapi aku tak kenal pon. aku berhenti depan dye dan aku marah-marah sambil membebel dalam bahasa inggeris suruh dye pulangkan balik duit aku. aku 'speaking' dalam mimpi dowh.lancar pulak tu, memang berabuklah.
*Mejah, kao pernah tak mimpi dalam bahasa peranchis?

perempuan muka-macam-orang-korea itu tiba-tiba buat kira-kira di dinding dan bagitahu aku dye cuma ambik RM5.40 saja. dan tak semena-mena dye melarikan diri dan hilang terus. aku tak sempat kejar sebab dah penat. lantas dengan lemah-longlai aku berjalan kaki. keciwa.

aku naik lif. turun ke tingkat bawah. keluar pintu lif, jumpa satu tempat yang sangat chantek. rumput menghijau (tapi tak ada chendawan besar-besar). bangunan-bangunan yang berwarna-warni. banyak set meja kerusi untuk makan bersusun-susun. macam ada orang nak buat majlis perkahwinan ala-ala dalam taman. aku berjalan lagi. ada ramai orang lelaki pakai baju melayu warna merah hati siap bersamping. semua kacak belaka tanpa ada sesiapa pon yang berperut boroi. hiks.pegang kompang sekalik. tiba-tiba aku ternampak seseorang yang aku kenal duduk di kerusi panjang sambil bersilang kaki. berbaju melayu biru terang siap bersamping. Afiq, kawan sekolah menengah dulu (apa kejadahnya Afiq masuk mimpi aku?!haih.Mejah, jangan kata kao lupa orang yang bernama Afiq.)

mangsa kecurian: afiq,kao buat apa kat sini?
afiq:(pandang aku dan senyum. tak menjawab soalan aku)
mangsa kecurian: haih.(duduk sebelah afiq)
afiq: kao kenapa?sedih je aku tengok.
mangsa kecurian:owh. ada orang curi duit tabung aku.penat aku kejar dye..bla..bla..bla..(aku merungut dan mengomel panjang gilerr dengan satu nafas)
afiq:(senyum lagi, tak kata apa.apa kejadahnya mamat inip.cubalah bagi nasihat ke apa ke)
mangsa kecurian: kao nak kena sambut pengantin ke apa?
afiq:(senyum lagi.haih.misteri.)
mangsa kecurian: tak apalah afiq.aku nak pergi tempat lain pulak.bye.(lambai tangan)
afiq: (lambai tangan juga)

lantas aku berjalan masuk ke bangunan yang berwarna-warni itu.
lepas itu aku pon terjaga.
haha.

aku tak paham macam mana Afiq buleh menyibuk dalam mimpi aku.
dan entri inip sememangnya tak bermotif.
hasil keserabutan mental dan jiwa akibat menelaah cvs.

-habis-

Tiada ulasan: