Khamis, November 20, 2008

twilight

aku mengkategorikan diri aku sendiri sebagai seorang rakyat malaysia yang agak malas membaca. purata buku yang aku baca dalam setahun mungkin 1 saja. tak termasuk buku pelajaran maksud aku. tapi kalau baca majalah dan surat khabar,aku agak rajin sebab rasa santai. tapi aku tak beli pon sebab aku lebih selesa pinjam orang punya.haha.

tapi buku teks pon bukannya aku baca walaupon berharga seribu ringgit sekalipon.
contohnya,buku teks farmakoterapi aku (buku yang gilerr tebal dan berat, aku rasa 3 kg ada.haha) masih chantek dan sempurna umpama baru keluar dari kotak. bau kedai lagik.
belum lagi bila buku-buku tebal lain yang bakal tiba semester depan.

aku cuma rajin baca nota-nota kuliah. tapi itu pon 2 hari sebelum kuiz atau waktu seminggu sebelum peperiksaan akhir.waktu itu sajalah aku rajin. waktu lain?

aku rasa punca aku jadi malas membaca sebab buku rekod nilam punya pasal. dulu-dulu aku sangat rajin membaca, tapi aku malas nak isi buku rekod nilam itu. lama-lama jadi macam malas.haha.tapi aku memang dasar pemalas sebenarnya, walaupon kalau buku rekod nilam itu tidak wujud.

tapi kalau tiba-tiba aku rasa teruja nak membeli dan membaca buku, aku sanggup meredah hujan, onak, dan duri. dan aku akan membaca buku yang baru dibeli penuh khusyuk, macam orang yang gilerr suka baca buku lah pendek kata gaya-gayanya.

semalam aku pergi queen'sbay semata-mata nak beli buku twilight di popular. filem twilight yang akan keluar hujung november. aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku tertarik dengan cherita inip, sampai aku nekad pergi beli buku itu. dan aku nekad habiskan membaca malam tadi sebab aku tak nak berhenti dan aku nak tahu kesudahannya.

kisah cinta pontianak lelaki dengan seorang remaja perempuan biasa. kisah yang biasa sebenarnya. tapi, bagi aku buku inip menarik dan mudah. dasar otak aku hampir terencat, sebab malas berfikir.

kalau sempat nanti, aku nak tengoklah filem twilight bila dah keluar.

Tiada ulasan: