dan tidak lupa juga kepada Lestari.
semoga kita sama-sama jadi lebih baik dan menghargai hidup dengan penuh makna.
pada kesempatan inip aku nak ucapkan terima kaseh lah kepada:
1. Bunga, Citra, Sheep2, dan Lestari sebab bagi gelang dan raikan bersama dengan sesi makan-makan kek. Oh, dan juga dedikasi lagu Britney Spears-kalau tahu, aku minta lagu lain. haha. lagi satu, aku harap dapat balas dendam. haha.
2. Fit, Jigo, dan Aleeph sebab turut sama memeriahkan sesi makan-makan kek. (Jigo, pandai kao beli kek. Aleeph, aku syak kao subahat dalam sesi aku terkena 'smackdown'. Fit, nasib baik kao berkelakuan baik)
3. Aida sebab bagi stokin chumeyl yang boleh aku pakai semasa tidur setiap malam-monyet itu chumeyl lah pulak.
4. Che Lia sebab bagi biskut percuma.hehe-tahu-tahu saja aku suka biskut percuma.
5. Sara, Ieda, Rohan, dan Che Lina sebab bagi coklat-minta maaf sebab tak ada di bilik.
6. Inchek Mael sebab bagi coklat. isyh segan pulak aku.
Terima kaseh jua kepada penghantar-penghantar sms berikut:
Wan Lee: 'Hepi besday!Sweet 22 gurl-tak sangka kao masih ingat. aku pula asyik terlupa nak ucapkan selamat hari jadi untuk kao.huhu.
Acik Not: Happy birthday. May Allah bless you.-may Allah bless you too. nanti bila-bila orang pergi rumah Acik lagi ya.
Syed: Slmt menjd tua awl dr aku. Lagu khas ntok anda: prologue end by acid black cherry-kao memang suka kan sebab lagi muda daripada aku. tak apa, nanti aku cari dan download lagu itu.
AJ:Oy oy..hepi bday..hehe..semoga pjg umur, murah rezki, bjaye dlm study, btemu jodoh yg baik..kuikui..-InsyaAllah. aku doakan kao dan Syed bersama sampai ke akhir hayat kalian.
dan lain-lain: Farreq, Peijan, Wanie, Marul, Ieka, Kema, Syafiqah, Irwan, Yus, Wan, Sani, Fahmi, Timah, Nisa', adek aku, kakak aku, dan Husna.
terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi ingat hari jadi aku dan sudi bagi hadiah.
jujurnya, bila umur makin meningkat, aku rasa cemas bila tiba saat mencecah umur baru.
alam dewasa menakutkan aku.
aku macam tak bersedia.
pemikiran aku pon kebudak-budakan lagi.
tapi, masa tak akan berhenti.
umur tetap akan meningkat.
hidup makin sampai ke akhirnya, kan?
apa-apa pon, aku kena juga mengharungi hidup aku sendiri kan?
cuba menjadikan hidup lebih bermakna dan tidak sia-sia.
22,
nombor chantek.
pagi tadi mak aku call. sempat dia tanya umur aku berapa. aku jawab 22, dia gelak. barangkali dia tak perasan betapa anak dia inip telah membesar dengan cepat sekali. haha.
-habis-
Sabtu, Januari 10, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
hepi besday..
yup nice number 22
but nice to be old too
biler lak ko ad ehem2 ngan syed??
ohhohoii.
bila pulak aku ada ehem2 dengan syed?
syed tu sekarang tengah berbahagia dengan AJ lah.
heheh.
hepi besday oiiii!!!x der party ke?
terima kaseh.
heheh.
parti tu tak adalah.
cuma ada sesi makan-makan sikit je.
heheh.
wei x de cbox ke???
hehe.
cbox?malaslah nak letak.
haha.
Apa ek I duk buat masa umur 22. Serius tak ingat! Haha.
Anyway, nak wish ni. Sangat lambat. Tapi belasah ajer, ramai gak dalam list tu yang tak terwish. Hehe. Sorry ya.
So happy belated birthday to you ma dear. Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Hehe comel je ur mum tanya umur brapa pastu gelak. :P
kak anna: tenkiu~
=D
uhh, tak apa, belasah je.
hehe.
Catat Ulasan