Khamis, Januari 15, 2009

aku pergi mengundi tanpa mandi pagi, hebat bukan?

hari ini hari mengundi untuk memilih majlis perwakilan pelajar yang baru.

semua orang wajib mengundi, kalau tak undi, kena menghadap dekan.
aku malas nak menghadap dekan, leceh. baik aku buang undi di tempat yang jauhnya sekangkang kucing dari bilik aku daripada aku buang tenaga jumpa dekan.

aku malas nak mandi pagi hari ini sebab:

1. saaaangat seeejuk.
2. aku cuma ada satu kelas saja hari ini, itu pon pukul 3 petang nanti.
3. memang aku tengah malas.

maka,
aku gosok gigi pukul 9.41 pagi tadi.
sarung sweater.
capai kad pengenalan aku yang masih chantek.
sarung selipar jamban warna biru yang dah mula menipis sebab aku lanyak hari-hari.
pergi dewan kembara, tanda tangan, ambil borang kertas undi.
pangkah dan masuk tong.

oh ya, kertas undi untuk konstituensi umum warna merah jambu.

tapi,
aku tak kenal pon calon-calon yang ada.
aku tak pergi rapat umum (pelik betol, mana datang idea rangkai kata seumpama ini?).
aku jarang berjalan-jalan di foyer perpustakaan dan dtsp yang merupakan tempat popular untuk berkempen (perpustakaan pon aku malas pergi).

maka, aku main pangkah saja.

aku barangkali cuma kenal siva sebab dia hulurkan pamplet masa aku dah lambat pergi kelas.

'ada diva dalam viva,
dalam viva ada siva'

'nama saya siva. kalau susah juga mahu ingat nama saya, ingat viva, ingat siva.'

*no offence. aku cuma sebut balik apa dia cakap semasa dia berkempen.

persoalannya, adakah aku memangkah siva?


jawapan aku: undi adalah rahsia.


katakan aku teruk. tapi aku memang malas nak ambil kisah pasal mpp.



sesi mengundi untuk memilih majlis tertinggi pemimpin pelajar masa sekolah menengah dulu lagi menarik. berkobar-kobar jiwa raga aku nak mengundi masa itu. hehe.


oh ya,
kelmarin aku buat tablet untuk amali reka bentuk dos.
buat secara berkumpulan lah.
kami buat dua jenis tablet.
satu tablet paracetamol yang flat itu.
satu lagi dummy tablet iaitu tablet kosong yang tak ada drug, berbentuk cembung dan berkilat sedikit untuk proses coating dalam sesi amali akan datang.

kagum tengok mesin membuat tablet. tapi lupa nak ambil gambar.
aku cuma ada gambar tablet yang dah siap.



tapi kenapa susah sangat nak upload gambar nii.
mesti usmhotspot punya pasal.
haih.


nota kaki: akhir-akhir ini aku suka tengok apa-apa yang berkaitan dengan majlis kahwin, contohnya, blog perkahwinan dan laman web yang mempromosikan barang-barang kahwin. aneh.

-habis-

2 ulasan:

hafizKAMID berkata...

ak pon g undi gak
siap dapat air kotak n roti gardenia
bes gak hehehhe

biskott berkata...

hebat gilerr dapat makanan percuma.
aku tak dapat apa-apa pon.