jam 2300
melompat dari satu blog ke blog yang lain.
termasuk laman-laman jurugambar perkahwinan.
serius bosan, tak ada mood nak buat kerja mahupon ulang kaji.
dan LAPAR.
aku makan tengah hari pukul 3.30 petang.
maka bila Sheep2 ajak makan petang, aku terpaksa tolak sebab kenyang lagi.
dan aku dah agak.
bila malam menjelma pastinya perut aku akan berkaraoke.
sangat LAPAR sehingga aku rasa macam pening.
masa inilah baru menyesal tak beli roti petang tadi.
eh, koko krunch kan ada?
oh, tidak. koko krunch tak membantu. aku memerlukan sesuatu yang berat. contoh: nasi.
agak gila makan nasi tengah malam.
tapi nafsu makan aku dah jadi macam nafsu raksasa yang lawan dengan otromen.
uhh.
aku tersandar di tepi katil Aida.
jam 2340
fake tales of san francisco yang ceria berbunyi.
aku yang lapar: hello.
Inchek Own: hello. biskott, ko nak spaghetti tak?
aku yang lapar: nak! aku tengah lapar gilerr ni! (dengan tanpa rasa segan silu, berdolak-dalik, atau cover men-cover lagi)
Inchek Own: (aku dengar dia gelak.chiss.) ok. nanti aku hantar kejap lagi.
aku yang lapar: ok.
hati berbunga riang.
sabarlah wahai perut. tak perlu berkaraoke kuat-kuat.
jam 2345
masih menunggu.
aku dah siap-siap pakai tudung dan sweater semua.
masih LAPAR.
aku terbaring atas tikar.
jam 0000
aku terkejut dengar bunyi sms.
"wahai biskott..turunlah dikau cepat..sesungguhnya nyamuk agak banyak di sini..huhu.."
sepantas kilat aku sarung selipar jamban biru aku dan pergi ke kawasan parkir.
Inchek Own: ait?cepatnya sampai? bukan ke bilik ko kat belakang sana?
aku yang lapar: alaa..bilik aras bawah je pon (adakah aku terkantoi sangat lapar sampai berlari macam superman?).
selepas berterima kasih, aku lari balik bilik.
kunci pintu.
ambil sudu dan garpu.
Bismillah....
serius macam nak nangis.
aku rasa saaangat terharu.
huhu.
jam 0015
aku berjaya menghabiskan semuanya kecuali sosej sebatang (yang ni sebentar lagi).
diorang bubuh spaghetti banyak gilerr tak hengat dalam tupperware Inchek Mael itu.
terima kaseh kepada Farreq, Own, Molek, Mael, dan rakan-rakan lain yang terlibat.
terima kaseh sangat-sangat untuk spaghetti yang sedap itu.
=D
jasa kalian takkan aku lupa.
sob..sob..sob..
*ok. sekarang aku tak buleh tidur dengan perut penuh macam inip. terpaksa buat kerja juga. uhh.
-habis-
Rabu, Januari 28, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Cik biskott,terdelete comment lama.Sorry2x. Entry yg kelakar. Geli hati membacanya. hahaha...(x abes gelak lagi...)
hehe.
terima kaseh sebab sudi singgah di sini.
=)
Catat Ulasan