Jumaat, Januari 09, 2009

fire drill: mimpi atau realiti siri 2

malam kelmarin

aku tido pukul 11.
memang aku tido nyenyak.



tiba-tiba aku terdengar suara Aida sayup-sayup panggil nama aku. aku mamai-mamai lah bangun.
aku tengok jam henset. baru pukul 1 pagi.
'kenapa Aida kejut subuh awal sangat?mimpi ke apa?'

aku sambung tido balik dengan aman.
suasana pagi pukul 1 memang aman.



kemudian aku terjaga lagi. terdengar bunyi orang berjalan di luar. malas nak kisah.aku sambung tido.


tiba-tiba ada bunyi orang buka pintu bilik aku. masuk dan hidupkan lampu.

exco hostel aku kot: bangun,bangun. sekarang ada fire drill. sila pergi padang kawad sekarang.

aku terpinga-pinga. tapi tak membantah. sebab mata aku susah gilerr nak buka
aku turun katil. pakai tudung dan sweater.

exco hostel aku kot: bagi kad matrik.

aku pon ambil wallet. keluarkan kad matrik. bagi orang itu.

exco hostel aku kot: bawa kunci sekali. sebab lepas ni bilik ni akan dikunci.

aku patuh lagi. aku masih mengantok.
oh, pakai kunci pendua ya menceroboh masuk bilik aku.

tak apalah, aku dan Che Lia sama-sama berjalan ke padang kawad.

oh, siap ada ambulans.
oh, ada demonstrasi memadamkan api.

sesudah balik ke bilik, aku dah tak buleh tido.
hampeh.


semalam

pergi jabatan keselamatan. nak ambil kembali identiti diri yang telah dirampas tatkala di luar sedar.

abang sekuriti berbaju biru: isi borang ni. bagi sebab kenapa tak turun semalam.

cheh, aku bukannya tak turun. aku LAMBAT turun.

*isi isi isi borang

BORANG PERTUDUHAN/SAKSI

Nama: Biskott
Umur: 21
Jantina: P (masa ini aku tengah malas nak tulis penuh-penuh)
Bangsa: Melayu

Ugama: Islam
No kad pengenalan:xxxxxx-xx-xxxx
Tempat lahir: Johor

Pekerjaan: Pelajar
No matrik: xxxxx

Pusat pengajian: Sains Farmasi
Kursus: Farmasi
Tahun pengajian: 3

Alamat semasa: blablabla Penang
Alamat tetap: blablabla Johor


Saya dengan ini.....

mengaku lambat turun semasa latihan kebakaran pada hari khamis 8 januari 2009 jam 1 pagi kerana saya terlena dan tidak sedarkan diri. bunyi siren juga tidak kedengaran.

saya meminta maaf atas kesalahan ini (tapi aku tak nak janji tak buat lagi).


Tandatangan:blablabla
Tarikh: 8 Januari 2009


Nota: Kenyataan ini dibuat atas dasar rela, tanpa tekanan dan paksaan. (tipu betol. sah-sahlah aku kena paksa isi borang inip sebelum aku buleh ambil balik kad aku)

aku hantar borang. dapat senyuman perli dari abang sekuriti berbaju biru.

abang sekuriti berbaju biru: awak kena jumpa penggawa. kad pelajar dia simpan.
aku: eh?bukan kat sini ke?
abang sekuriti berbaju biru: bukan. awak kena datang sini untuk isi borang laporan (laporan lah sangat) saja.
aku: terima kasih.

aku ditipu. kalau tahu kad aku tak ada kat situ, baik aku pergi pejabat hostel aku terus.
paksaan untuk mengaku salah secara halus dengan penipuan halus.
tak apalah.
pergi pejabat.

makcik kaunter: ambil kad matrik dalam plastik hitam tu. lepas itu tulis nama dan tanda tangan.

selesai.
nasib penggawa tak ada, kalau tak mau kena ceramah percuma.

ah, aku benci fire drill yang kecoh-kecoh macam inip.



-habis-

4 ulasan:

anjut berkata...

haha!biskot, kat sini la kan, aku rasa kalau ada fire drill, semua tak nak keluar, coz insurans tinggi kat sini..hehehe!

biskott berkata...

oh?iyakah?
hehehe

hafizKAMID berkata...

"fire drill mmg suck"
-member2 ak yg ckp-
ak x penah kne pon hehehe

biskott berkata...

ko patot rasaaiiinnya.
haha.