Khamis, Januari 29, 2009

jalan-jalan cari makan percuma

ketua projek: Inchek Own
juru pandu 1: Inchek Najab
juru pandu 2 (tapi tak memandu pon): Inchek Abu (bukan Abu 'Kami')
juru ukur (aku pon tak tahu mana datang): Cik Biskott

destinasi pilihan: rumah Aida, Taiping.
objektif:
1. ketua projek nak tahu lokasi sebenar rumah Aida dan memahami jalan-jalan yang ada supaya senang nak pergi meminang nanti.
2. kami yang lain-lain nak makan tengah hari percuma.

trip ini dirancang secara spontan oleh ketua projek.
sebab ketua projek segan nak pergi seorang diri, maka ketua projek menjemput kami bertiga yang lain untuk turut sama memeriahkan perjalanan ini.

sesi perbualan jam 1115

aku: wei, nak bawak apa ya?
Inchek Najab: bawak apa?
aku: yalah, takkan nak pergi rumah orang gitu je. kenalah bawak sesuatu.buah tangan.
Inchek Abu: alaa..beli lah kek pisang ke buah ke. nanti singgahlah mana-mana. ko tak payah pikir. ketua projek yang kena pikir.haha.
aku: betol juga. kek pisang. senang nak cari.

selepas daripada sesi perbualan itu, Inchek Abu pasti akan highlight 'kek pisang' bila merujuk kepada aku.
setiap kali pon dia akan cakap aku yang kempunan nak cari kek pisang. hisyh.
akhirnya tak jumpa pon kek pisang.
jadi beli kerepek-kerepek saja sebagai buah tangan (beli di RNR Gunung Semanggol).

peristiwa di lebuh raya

masa bertolak, rasa-rasa minyak macam cukup.
bila dah masuk lebuh raya, Inchek Najab selaku juru pandu 1 dah ragu-ragu. lantas Inchek Abu mencadangkan keluar ikot tol Jawi dan isi minyak kat Jawi. sebab RNR yang ada stesen minyak jauh lagi, takot tak lepas.

semua setuju.

lepas isi minyak

masuk semula ke lebuh raya utama dengan gembira. selepas beberapa minit, Inchek Najab masuk satu simpang.

Inchek Own: eh, ko nak pergi mana ni?
Inchek Najab: (terkesima sebentar)******!aku termasuk jalan nak balik penang! arghh..kena bayar tol lagi.

semua orang pon macam nak huru-hara. tapi gelak juga. tak boleh nak kata apa dah.

Inchek Abu: takpe, takpe, lepas ni kita masuk simpang paling dekat nak turun bawah semula.

semua jadi tenang. tapi masih gelak-gelak. sabar.dugaan.
terjumpa simpang yang paling sesuai. Bukit Tambun kot kalau aku tak silap.

keluar tol. bayar tol RM 1.90 (seperti biasa Inchek Abu dan Inchek Najab selaku juru pandu yang berhemah, asyik mengusha kakak-kakak juru tol yang comel-comel).
lepas bayar tol, semua set kepala nak buat pusingan-U sebaik sahaja tiba simpang untuk masuk balik.

buat U-turn, ke kanan, masuk kembali tol yang sama, ambil tiket.
tiba-tiba,

Inchek Najab: eh, apasal pergi menghala penang semula?

arghhhhhhh. semua dah tepuk-tepuk dahi. terkesima. terpinga-pinga. tol terdekat ialah Juru, itu pon jauh lagi. dan gelak lagi. adoii laa.

(sebenarnya aku nampak papan tanda menunjuk arah lebuhraya kl-ipoh kat simpang itu menghala ke kiri. tapi aku pon blur, dan dah set minda nak buat pusingan U, menghala ke kanan. aiyoo.)

maka terpaksalah kami menghala ke tol Juru semula, keluar tol Juru, bayar RM 1.50 (bayar tol lagi), kemudian buat pusingan U, ambil tiket balik. memang laa macam orang gilerr.
keluar, bayar, masuk ambil tiket, keluar bayar lagi, masuk ambil tiket lagi.

lepas ambil tiket,
Inchek Najab: haha. aku baru tahu kenapa. tu la kita, tadi gerak tak baca doa naik kenderaan. ok, semua baca sekarang.

hehe.
tapi memang lah kelakar. sepanjang jalan asyik gelak. ditambah lawak-lawak bangang.
tapi serius kelakar dan aku tak akan lupa sampai bila-bila.

moral: jangan lupa baca doa sebelum memulakan perjalanan :) selain itu, juru pandu 2 haruslah peka bagi membantu jurupandu 1. juru ukur rilek-rilek saja kat belakang.hehe.




alhamdulillah, kami sampai juga rumah Aida. tumpang solat zuhur sekali.
makanan tengah hari saangatlah sedap: nasi dengan udang dan batang keladi masak lemak cili api, ayam kicap, sambal belacan, ikan goreng garing (yang saangatlah aku suka), petai dan timun (aku teringin nak makan petai..tapi nantii.. bau pulak.huhu.)

terima kasih Aida dan keluarga.
kepada mak Aida: makcik, InsyaAllah kalau ada peluang dan masa, saya akan tinggal di rumah makcik, okeyh?
saya bukan tak sudi, tapi saya segan. saya ni huru-hara orangnya.hehe.

aku makan memang tak hengatlah. lapar gilerr punya pasal. sampai aku lupa diri, lupa nak duduk bersopan-santun seperti perempuan yang lemah-lembut dan ayu. nahh kau, aku duduk yang stail separa-bersila-tapi- sebelah-lagi-lutut-naik-macam-dah-nak-sampai-kat-dagu (dapat bayangkan ke?). tapi itulah stail aku duduk macam itu kalau makan kat rumah.
bila makan tak hengat tu, memang lah lupa budak-budak lelaki itu ada bersama. aku nganga mulut seluas-luasnya bila nak suap, dan memanglah dah tak pandang kiri kanan.

(aku tak perasan pon aku lupa diri. bila Inchek Abu cherita, barulah aku teringat.cis, aku ingatkan diorang pon makan tak hengat macam aku, rupa-rupanya memerhati cara aku makan. cis lagi.)

(dan sangat memalukan aku ter-melatah depan mereka sekalian. memanglah monyet tu. buleh pulak lah monyet tu nak melintas tiba-tiba. tak pasal Inchek Najab berhenti mengejut dan tak pasal aku melatah.)

lepas itu kami pergi lake garden. Aida ikut kami balik sekali. sempatlah makan aiskrim (Inchek Abu belanja.yahuu!).

dalam perjalanan balik, kami singgah di RNR Gunung Semanggol sebab nak isi minyak. aku tahu Inchek Abu dan Inchek Najab lapar, tapi masih menuding jari kat aku: mereka bilang aku yang lapar, dan aku mesti nak singgah setiap RNR beli makanan (itu satu penipuan okeyh). sebenarnya mereka yang lapar, dah petang katakan.


tapi aku memang lapar lagi. aku beli soto ayam semangkuk.
haruslah budak-budak ini rasa kagum dengan aku.
(Inchek Own tambah kagum bila aku tuang sekaligus sambal kicap yang ada, dalam soto aku. serius tak pedas, sebab tu aku bubuh semua satu piring kecik tu sekaligus.haha)
dan pastinya gelakkan aku juga. ah, aku peduli apa kan?haha.


tapi serius, ini antara trip yang seronok yang pernah aku sertai.
dengan juru sekalian yang suka buat lawak, perjalanan kami meriah, walaupon menghadapi pelbagai dugaan.
memang rakan-rakan berjalan yang seronok.

lepas ini, aku tak kira, aku nak ikot juga korang pergi Bukit Merah, buleh kan?
hehe.

--------------------------------------------------------------------------------------------

tips supaya tidak di-reject oleh bakal mak mertua, oleh Abu dan Najab:

1. bila nak makan atas lantai, jangan duduk macam stail aku duduk yang aku sebut di atas. kena bersimpuh okeyh.
2. jangan makan tak hengat depan bakal mak mertua. haruslah menolong bakal mak mertua dahulu di dapur. oh ya, kena puji masakannya.
3. bila tengah lapar nasi, jangan pergi rumah bakal mak mertua. kalau tengah lapar soto, baru buleh pergi.

(tips di atas diberikan kepada aku atas dasar nasihat dan memerli ketika aku tengah melantak soto di RNR. haha.)


-habis-

2 ulasan:

anumz sarah berkata...

Biskott,aku suker citer ko.. Hua huahuahua....(gelak tak hengat ar...) kena reject dh ke dgn mak mertua??

biskott berkata...

hehehe.
belum lagi.
sebab calon bakal mak mertua pon tak ada lagi.
haha.