Jumaat, Januari 23, 2009

lagi edisi hebat bukan?

-aku tak balik cuti pertengahan semester kali ini.

-aku pergi perpustakaan buat pertama kali untuk semester ini (aku saaaaaangat malas pergi perpustakaan. kadang-kadang setahun sekali, paling baik pon satu semester sekali).

-aku pinjam 2 buah buku di perpustakaan: berkenaan praktis industri farmaseutikal dan kawalan kualiti yang terlibat (boleh bilang dengan jari berapa biji buku yang aku pernah pinjam di perpustakaan uni selama aku duduk di sini).

-aku ada empat laporan amali yang perlu disiapkan.

-tekaan aku betol: duit jpa masuk hari ini-pagi-pagi Fahmi mesej aku mengkhabarkan berita gembira tersebut (bendahari USM patut bekerja lebih cekap bagi memastikan duit jpa masuk awal untuk pelajar-pelajar yang mendaftar awal macam kami. apa kes pelajar uni lain daftar lambat tapi dapat duit dulu?).

-aku rajin basuh baju pakai tangan awal-awal pagi tadi. mesin basuh dah mahal-dulu 2 ringgit, sekarang 3 ringgit.

-rambut aku kembali bermaya dan bersinar. terima kasih perapi rambut safi.

-habis-

4 ulasan:

hafizKAMID berkata...

ak bosan la..
nak balik umah la malam nih

biskott berkata...

uhh.
rumah dekat, balik lah sana.

anjut berkata...

ehh, mesin basuh tiga hengget pun kedekut, kt sini 15 hengget tau tak!wakaka!tak per, dapat la ko bersukan sket...

biskott berkata...

15 hengget??!!
(insaf terus)

ya, aku kena rajin bersukan sekarang.
stamina aku dah tak sebagus dulu.
uhh.

(berus, berus, berus)