semalam waktu pagi ke tengah hari aku teruk dan aneh.
kepala otak aku asyik membayangkan makanan-makanan yang enak.
termasuklah laksa johor, sushi, sandwich, ayam bakar, dan lain-lain lagi.
berganti-ganti pelbagai jenis makanan yang muncul.
tak kiralah waktu aku tengah melayari internet, tengah berbaring, menyembunyikan diri dalam selimut, mahupon tengah mandi.
penuh kepala otak aku dengan bayangan-bayangan itu.
kalau boleh dipancarkan ke atas LCD, boleh jadi satu slide show pasal makanan.
pada waktu yang sama juga, kelenjar air liur aku aktif bekerja. aku terasa begitu banyak air liur dalam mulut aku ketika bayangan makanan itu memenuhi kepala otak aku.
dan setiap kali itu juga aku asyik menelan air liur.
aku rasa sangat serabut.
lantas aku nekad.
lepas solat zuhur, aku terus siap-siap.
pergi queen'sbay mall.
tempat pertama aku pergi ialah laksa shack.
sebab aku kempunan sangat nak makan laksa johor daripada minggu lepas lagi.
puas hati aku.
sepanjang aku berjalan-jalan di lower ground floor, kepala aku ligat berpusing memikirkan makanan lain yang patut aku beli.
lantas pergi beli sushi.
lega dowh.
tiada lagi bayangan-bayangan itu yang menyerabutkan kepala otak aku.
serius aku rasa lebih lega.
-habis-
Ahad, Januari 04, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan