Jumaat, Januari 30, 2009

apa nak jadi dengan diri kita?

aku terbaca muka depan Harian Metro hari ini.
boleh baca di sini berita penuh.

apa nak jadi dengan kita, masyarakat kita?
sampai terjadi perkara macam ini?

menghina orang disebabkan oleh masa lampaunya.

memang selalu macam ini. bukan setakat itu.
orang nak jadi lebih baik, dikutuk-kutuk.
orang rajin solat awal sikit, dikata perasan baik dan nak menunjuk-nunjuk.
orang yang dulu jahat tapi dah berubah, masih dihina.

adakah hati kita ini busuk sangat sampai tak boleh tengok orang jadi lebih baik?
patutnya kita berusaha juga untuk memperbaik diri sendiri.
ini tidak, nak kutuk, nak hina orang.
tapi entah-entah diri sendiri lebih teruk.

tak payah susah-susah jadi periuk hitam yang menghina cerek yang hitam (pot calling the kettle black).
tak payah nak gelakkan orang pakai seluar berlubang kalau diri sendiri tak pakai seluar (similar idiom with 'pot calling the kettle black' but in Uzbek language: sumber-wikipedia).



-habis-

2 ulasan:

anjut berkata...

eiii..geram giler aku baca..org2 yg kat luar tu, faham2 la!!jgn nak ingat cemuh org jer, yg mencemuh tu semayang cukup tak?kdg2 org kita nih bertindak luar kewarasan...marah kalau org bakar masjid, tp x pernah pergi masjid pun...tak reti ukur baju di badan sendiri...mudah2an kita bukan golongan berkenaan,insya'allah...

biskott berkata...

tu la pasal.

bila org Islam sendiri yang bagi tekanan macam tu,amat mengecewakan.
dan memalukan.
semestinya memberikan tanggapan yang buruk pasal kita.

tu la, org2 kita kadang-kadang taksub sangat pasal sesetengah benda.
contoh, macam kes budak vet yang amek gambo dgn babi tu.
huhu.