data. checked.
Bentley's. checked.
Lieberman. checked.
Aulton. checked.
manual amali. checked.
pensel tekan-tekan. checked.
teh o' ais. double-checked.
meja yang kemas dan kosong.sasaran:meja Che Lia. checked.
laptop. on.
selak, selak, selak Bentley's. jumpa yang dikehendaki.
selak, selak, selak Aulton. tak ada. uhh, bosan.
selak, selak, selak Lieberman. jumpa yang dikehendaki.
wiki, wiki, wiki. bulehlah guna.
siap, sedia, mula.
jari menari-menari di papan kekunci dan touchpad.
data sudah lama siap diproses.
tapi bab discussions yang jadi hal.
mati kutu. buntu.
otak aku tak berapa berfungsi.
tak ada idea nak mula.
aku cuma perlukan satu perkataan magik.
dan segala-galanya akan berjalan dengan lancar.
itu jam pon buleh siap.
cuma satu perkataan magik yang aku perlukan.
hebat.
aku dah duduk sini 3 jam lebih.
masih buntu.
masih tak dapat perkataan magik itu.
adakah aku terlalu memikirkan benda yang remeh?
barangkali.
betul.
terlalu remeh.
benda senang pon buleh jadi kompleks.
tempoh singkat pon buleh jadi panjang.
masa yang dihargai pon buleh jadi terbuang.
aku dah penat.
esok sahaja aku siapkan.
misi: GAGAL.
rasa mahu pengsaan.
Ahad, Januari 25, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
yiknyee..haha...nway thanks for dropping by ya!~keh2..klako post ko ni
Catat Ulasan