Sabtu, November 27, 2010

complexity

pendiam. low self-esteem. banyak fikir benda remeh. itu aku.

aku tak tau aku ada penyakit ke apa. mungkin juga inferiority complex. huhuh. it's like untuk setiap tindakan/pandangan/pendapat yang aku nak suarakan, aku selalu/mesti fikir apa efek dia, apa orang lain akan cakap, apa patut aku buat kalau benda yang aku suarakan tu tak betul/salah, pandangan serong orang lain. ayat cliche "tak payah peduli apa orang lain cakap". it's not easy as it seems to be. aku tekankan, bukan senang. masalah? memang masalah. penat berperang dengan diri sendiri. dah lah banyak kali kalah. nampak macam remeh kan.

macam paranoia pun ada. huhuh.

Khamis, Oktober 14, 2010

rumble mumble 8

hari ni makan sorang-sorang.
lunch sorang-sorang sebab rehat lambat, then partner puasa pulak.
dinner pun sorang-sorang. bebudak tu diet ke apa aku tak tau, malam-malam boleh pulak tak makan, tak pun diorang makan megi.

mula-mula aku ingat aku pun malas la nak makan gini kalau sorang-sorang.
tapi oh taak bolehhh.
perut rasa penuh gas, mula la angin naik kepala.
pening, langsung tak boleh pikir dah. jalan pun tak betul.

sorang tak sorang. janji perut kenyang.
walaupun kelihatan pathetic sebab semua orang pandang dengan pandangan "kesiaaan budak ni makan sorang-sorang".


p/s: dem, aku tengah kempunan nak makan ikan bakar dan chicken chop. iskk.

Selasa, Oktober 12, 2010

rumble mumble 7

sejak-sejak ni, macam-macam jadi kat kereta kakak aku tu (yang aku guna sementara untuk balik kampung/pergi kerja/jalan-jalan hujung minggu).


masa baru sampai seremban haritu, window driver jammed time aku dah parked kat jj. jenuh la pergi cari bengkel. nasib jumpa. terbang 175 untuk tukar motor window dan brake pad yang dah haus tu sampai bunyik2 bila brek.


lepasa tu, aritu pintu driver bergesel dengan tiang rumah masa aku konon bajet terer nak keluarkan kereta dari porch. pintu gate belah kanan tak leh bukak sebab kawan aku park kereta dia kat situ. dah tu pulak ada motor housemate kat side kiri kereta aku, tuan dia pulak takde untuk alihkan. calar teruk gak. terbang lagi la duit nak bayar kalau kakak aku nak cat baru T_T


dan tadi aku baru perasan side-mirror driver ter-kepak. ada orang langgar la kot masa aku parking kat mana-mana. huhu T_T


down gila macam ni.
kalau gaji dah masuk, sejuk hati sikit. huhu.

Ahad, Oktober 10, 2010

entri buang habuk

pernah tak berharap untuk suatu perkara/keajaiban/benda berlaku, and then bila benda tu betul2 berlaku, kamu tak tahu nak buat apa/ respon macam mana?

aku tengah mengalami perkara sebegini rupa. apa yang patut dilakukan eh. complicated betul.
rasa pun campur-campur. it's like i should be happy, but then tak boleh happy gak sebab that thing hurts other people pulak, in some ways. dah tu? aiyoo. sekarang ni tengah buat-buat tak tahu pun benda tu berlaku. harap2 jangan ada complication lain sudahh.

Sabtu, September 04, 2010

iklan jalur lebar memang suka berlebih-lebihan

ahhhh sungguh dilema la bila berada di tingkat 3, blok D, taman waja, kuala pilah ni.
hari pertama sampai hari kelima mencuba maxis broadband saaangatlah sucks!.
jadi saya bercadang untuk kembali setia dengan celcom. oleh itu, saya sepatutnya kena pergi MP harini untuk pulangkan modem dan dapat refund balik untuk activation fee. siap semalam mintak Syapiq rakan PRP baru saya lukis peta nak pergi MP.

tapi hari ni bila try surf, okey la pulak walaupun still slow tapi boleh la browsing, tak se-sucks tempoh hari.


jadi apa patut saya buat? bila macam ni, mula laa rasa malas nak turun melaka. aiyo.




p/s: susahlah nak update blog sekarang sebab selalu ketandusan idea. mungkin saya patut menghadiri mana-mana bengkel penulisan kreatif. sungguh nyata saya memang tak berbakat dalam penulisan penuh KBKK seperti ini.

Sabtu, Jun 26, 2010

pieces of thought, and grumbling

*i always wonder whether my brain cells are dying enormously. it seems that my brain is not really working well nowadays. is it too late to drink Anmum Essentials? heh, i'm not gonna swallow that thing. the smell of milk makes me puke.

*i promised to myself that i need to study during the holiday in order to prepare for my future job. of course, i already knew that it wasn't going to happen since my brain would automatically switch to HOLIDAY: FULL-MODE during any holidays. that means: relaxing, relaxing, and relaxing. should i blame the boarding school system? haha

*blogging at home is not easy. i can't do it freely. as i'm doing this, i keep looking back and alternately browsing other tabs, since my sister is always around and she's kinda a bit busybody. if she finds out, she'll ask a lot of questions or tell my whole family about it. her bigmouth annoys me a lot of times but i'd rather be quiet (malas nak layan).

dahlah.

Rabu, Mei 19, 2010

hensem vs cantik

amirul: siapa sebelah acik nor tu?
kak gee: tu anak sedara acik nor. nama dia kak dibah.
amirul: muka dia..(senyum malu-malu)
kak gee: kenapa dengan muka dia?
amirul: muka dia hensem.
kak gee: hensem tu untuk lelaki la...kalau perempuan, cantik.
amirul: haa yang tu laa..muka dia cantikk (senyum malu-malu lagi)


hahaha budak kecik jujur kan?kan?kan?
:D

Khamis, April 29, 2010

semua orang gembira bila tinggal 1 paper

as for me,
i don't know.

deep down inside,
i don't want this to end.



oh well.
do pray for me, ok?
tomorrow is the D-day.


i'll do the best i can do.
*last paper pun boleh tahan membunuh. applied therapeutics kot.

Rabu, April 28, 2010

LI buat origami

biskott meri: weuyyy
biskott meri: hoit
biskott meri: apa cer LI
lil' bro: aaa
lil' bro: boooooossaaaaan
biskott meri: haha dgr2 moto mati tgh jalan?
biskott meri: dah tu?
lil' bro: haah
lil' bro: menyorong aa
biskott meri: dah tu tak lambat ke?
lil' bro: lambat la
lil' bro: setengah jam
biskott meri: haha bos kata apa?
lil' bro: xcakap ape
lil' bro: sebab die x tau HAHAHA
lil' bro: hari first biase ar
biskott meri: hahaha sengaaaal
biskott meri: boleh pulak dia tak tau
lil' bro: dah die sibuk
biskott meri: li buat apa je?
biskott meri: apa yg bosan?
lil' bro: buat origami


adik aku. sengal. sengal sengal pun dia je laa adik yang aku ada. kecik-kecik gaduh dengan dia je (sebab aku tak gaduh dengan kakak dan abang aku sebab jauh beza umur). lepas itu bila dahi dia terhantuk kat bucu pintu masa raya tahun bila tak ingat sampai berparut sikit lagi nak jadi harry potter, aku gak yang kena piat telinga (aku tetap rasa tak bersalah. siapa suruh dia lari-lari dalam rumah masa maghrib haha). dia la yang paling kerap kena kurung dalam jamban dulu-dulu sebab merengek mintak mainan yang bukan-bukan dengan mak aku, padan muka (zaman tu kalau kena kurung dalam jamban macam gila bersalah ar haha dan hukuman tu macam teruk gila la konon-konon. zaman sekarang ada?)

dah besar-besar ni, memang kena bebel dengan aku laa. bangun lambat, asyik tido, dan aku saspek dia yang letak hentai dalam laptop aku dulu tanpa aku sedari sampai diserang trojan, sampai orang yang repair tu tuduh aku tengok hentai macam cilakak (tapi aku malas nak sound part ni). heh rupa macam nerd rupa-rupanya ada hati nak tengok hentai haha. takpe, dia dah insaf kot sekarang. haha.

tapi dia baik. aku suruh dia buat apa pun, patuh je haha. suruh beli kicap, dia pergi, suruh on TV, dia on-kan, suruh buang sampah, dia buat, suruh buangkan bangkai cicak yang sungguh menggelikan, dia buat gak.


heh apahal aku cerita pasal adik aku.

Isnin, April 26, 2010

mengarut

apa yang ada,
cuma hati yang kecil.


:(

Selasa, April 20, 2010

rumble mumble 6

air merah, air biru, you marah, i love you. haha


aku tak suka air stroberi.
tapi air stroberi makcik CG ni sedap.
ketagih dowh.
air biru ni pun sedap.

tapi wa cakap lu, sirap selasih dia lagi masyukkk.
aihh lama dia tak buat.
aku nak request kat dia, malu heheh.
lagi satu, muka dia macam ketat sikit. haih.





*pic by me, kamera henset 2mp saja.

Sabtu, April 17, 2010

notis 24 jam

aku mengambil keputusan untuk membuang entri-entri awal blog ini.
haha.
sebab aku tak sanggup baca bila baca balik.
jadi tinggal 200 daripada 200 berapa puluh entah.

tak apa, aku letak tarikh mula-mula aku mengada buat blog ni.
8 februari 2008.

takdela aku lupa nanti. hohoh.

rumble mumble 3 (? - oh, sebab tertinggal no.3 hehe)

Makcik lepas sarapan pagi. dahlah misai bengkok bengkok - pic credit to my sister:omnia II baru beli kot

introducing, our new cat (ceh perasan kucing sendiri, padahal kucing orang lain), we call her Makcik. dia dah beranak haritu, tapi anak-anak dia semua orang dah book. aku berhasrat nak book dia boleh?haha.

since Bubun@Baboon dah tak ada (i think dia dah RIP huhu),dia lah satu-satunya kucing yang ada kat rumah. tapi itu pun dia datang untuk waktu makan saja. timing makan selalu betul kot, tak missed.

Jumaat, April 16, 2010

bila diri ini dikhianati.

kecewa. sedih. rasa nak mengamuk pun ada.
huhu.










tadi aku order mcd delivery.
aku dah lama tak makan mcd, jadi aku order menu kegemaran aku: Big Mac.
kenapa aku suka Big Mac? sebab dia ada 2 lapis daging, tinggi sampai susah nak masuk mulut aku yang comel ni.
lagi satu sebab dia ada timun jeruk tu.


perkara pertama aku buat ialah letak sos kat daging dalam lapisan pertama.
tapi,



tiba-tiba aku terasa ada sesuatu yang tak kena.
apasal lain macam je BigMac aku ni.




aku angkat lapisan pertama roti+daging tu.
jumpa roti untuk fasa lapisan kedua.
aku angkat roti tu.
daaaan,
aku nampak sesuatu yang saaaangat TAK PATUT.







TAK ADA DAGING KAT LAPISAN KEDUAAAAAAAA.
:(

bangang.
gilaa sedih.
nafsu makan dahlah tengah membuak-buak.
tiba-tiba jadi macam ni.



tapi aku boleh buat apa.
delivery. bukannya makan kat restoran.
kalau kat restoran, senang la aku nak tukar.
huhu


lastly, aku makan juga.
kan tadi aku cakap BigMac tinggi sampai agak susah nak masuk dalam mulut aku yang comel ni.
tapi tadi cepat je aku habis makan sebab BigMac tak lagi tinggi :(
makan pun tak ada perasaan.
huhuh.



:(

Khamis, April 15, 2010

rumble mumble 5

budak-budak sekolah sekarang matured ah.
maju pulak tu.

aku yang dah berumur 23 tahun ni pulak macam budak-budak,
malu rasanya.

Selasa, April 13, 2010

rumble mumble 4

yang aku perasan, makin dekat nak exam, makin rajin kot aku buat entri kat sini. hahah


*makan ketam nyam nyam sampai nampak taring-pic credit to Aida, edited by me*


makan ikan bakar kat teluk tempoyak semalam. ramai-ramai 13 orang je.


lepas itu pergi karaoke. sikit-sikit 4 orang je.
tak sangka boleh menyanyikan Ooh La La KRU dengan baik.
90's punya rap woi. haha.

Isnin, April 12, 2010

muvi muvi mesti tonton

sejak akhir-akhir ni selalu buat marathon menonton muvi. tiba-tiba hari ini terasa rajin nak buat reviu pasal muvi yang mungkin patut anda tonton. hoho. (tengok tajuk macam banyak noo muvi nak di-reviu padahal dua je. haha)


okey, muvi ni aku baru berkesempatan tengok malam tadi. Departures a.k.a. Okuribito. filem yang menang Academy Award for Best Foreign Language Film di Oscar 2009 dan 10 Japan Academy Prize Awards. sebab menang2 award ni, aku rasa nak donlod dan tengok. hasilnya?

cerita ni best memang patut menang award! tapi untuk orang-orang yang menghayati lah. kalau rasa nak actions, tak payah lah nak tengok cerita ni sebab cerita ni slow and steady je. tema utama cerita ni pasal kematian. pelakon utama, Masahiro Motoki (Daigo) bekerja sebagai seorang yang involve dengan upacara menguruskan mayat. nak cerita lebih2 tak syok pulak. but then as the story goes along, banyak nilai-nilai murni pasal kekeluargaan yang dipaparkan. part kelakar masa awal-awal Daigo dapat kerja ni. serius lawak. mesti tonton sebab aku bagi 4.9 stars kot haha. pelakon2 dia semua mantap, terutamanya Masahiro Motoki, dahlah comel haha. muzik latar pun best, shots pun cantik.
link jumpa di sini.


seterusnya haa muvi yang telah membuatkan mata aku bengkak sehari.


Hachiko: A Dog's Story. aku bagi 4.9 stars lerr sebab berjurai-jurai air mata ku sampai roommate rasa hairan kenapa perempuan ni asyik kesat-kesat mata dengan tisu. tapi tak tau la kot aku terlebih sentimental haha. kalau nak tengok cerita ni get ready la dengan tissue papers hohoh. tema utama cerita ni: kesetiaan. cerita ni based on a true story that happened in Shibuya, Japan. seekor anjing yang setia tunggu tuan dia sampai ke akhir hayat. tapi ini cerita omputeh la. tak banyak sangat dialog, tapi lebih kepada ekspresi emosi (chewah). anjing dalam cerita ni comel gilaaaa, rasa nak peluk je. pelakon utama: Richard Gere.
link jumpa di sini.


both movies are recommended. mesti tonton. okey?

Selasa, April 06, 2010

entri banyak gambar




tiba-tiba rasa nak letak gambar benda-benda yang ada kat bilik aku. sori la, gambar biasa saja, guna kamera henset 2MP saja.

*kalau kamu rajin, cari komtar di gambar terakhir.
*aku tak ada mouse-pad untuk alas tetikus aku. jadi aku guna kertas A4 saja. agak menyedihkan haha.
*aku suka tetikus tu sebab leper. sebab itu aku cilok daripada kakak aku (dia pun peram je dalam kotak, apa barang)
*tabung kucing aku dah nak penuh. yihaa simpanan untuk masa depan.
*aku tak pernah guna meja untuk study. sebab aku cuma study atas katil. aku rasa katil lebih memberi inspirasi haha.

hari ini aku rajin kemas bilik. mungkin mood aku terlebih bagus. sebab aku jarang serajin ini haha. kalau mak aku tau ni, mesti menangis kot, terharu. dia saja paham: aku memang tak suka kemas rumah. kalau aku buat, bermakna hari itu aku sangat enthusiastic. heheh.

Rabu, Mac 31, 2010

saya dan wad psikiatri

aku tak pernah pun cerita pasal clerkship aku yang lepas-lepas kan. sedar tak sedar kali ini dah 2nd last clerkship iaitu di wad psikiatri. minggu depan di O and G pula.


dah 2 hari clerkship di wad psikiatri jalan perak, penang.
esok hari terakhir.
satu pengalaman yang menarik. aku suka wad ni sebab tak sesak, aman je (ok kadang-kadang dengar patient menjerit-jerit itu mungkin tak berapa aman). patient aku pulak co-operative, mesra (tapi tang dia gaduh mulut dengan patient lain, aku cuak gak hehe), kelakar.



hadiah daripada patient aku.*apollo dengan gula-gula kelapa tu dia bagi lai zheng hua, tapi lai zheng hua tak nak (takut kenapa entah dia tu), so aku ambik, tak baik tau membazir. hehe


mula-mula aku tak nak ambik. tapi aku cuak takut dia mengamuk tetiba kang, baik aku ambik kan. orang dah offer. hehe

apa-apa pun, harap-harap condition patient aku tu makin improve pada masa akan datang.
gonna miss her, i guess.

Isnin, Mac 29, 2010

jalan-jalan cari makan: pasembor padang kota

just so you know, sabtu haritu pergi dating dengan siti rohani. motif? aku cuma nak makan pasembor kat padang kota.




hoho aku punya pasembor bernilai RM16!(tapi yang dalam gambar ni dah 3/4 aku makan) *batuk batuk* aku tanya harga gak tapi bukan untuk setiap benda DAAN aku tak tanya harga seekor udang berapa berlagak gila. naah, rasakan. pick here, pick there hambik ko 16 hengget. tips: tanya harga SETIAP benda TERUTAMANYA UDANG HAHAHA. bila korang tau harga setiap satu, korang boleh bajet dengan betul dan mungkin tak melopong la bila nak bayar haha. btw, aku pick kedai Hussain secara rawak. dan aku memang rancang nak makan pasembor ada udang pun. penuh gak perut aku sampai terbantut hasrat aku nak makan kerang bakar dan ais kacang.

rasa dia? bagi aku okey la. cuma kalau kuah dia lebih pedas, lebih kick kot (sebab aku suka makan pedas).

untuk sesiapa yang tidak punya kenderaan bermotor tapi nak pergi makan pasembor di padang kota (macam aku), mudah saja. naik bas shuttle percuma dari komtar (perhentian 9 lah senang). perhentian 9 tu bawah komtar, dekat saja dengan tempat bas rapid selalu masuk tu, dan kedudukannya tepi jalan besar, depan kedai mustika ratu (kalau hampir sesat, tanya orang, sebab malu bertanya sesat jalan). naik bas shuttle di situ (jangan mengada nak bayar sebab percuma) dan berhenti di perhentian 18. turun di perhentian tersebut, lintaslah padang itu dan lewatilah tempat orang selalu dating tu, sampai ke medan selera padang kota. ada banyak gerai, pilih lah mana-mana yang korang rasa terbuka hati nak pergi. baru mencabar haha.

oh ya, kalau korang suka nak pusing-pusing georgetown untuk pergi tempat-tempat menarik yang ada seperti muzium dan lain-lain, naik saja shuttle bus percuma ini. kalau nak tau perhentian mana yang dekat dengan tempat korang nak pergi, aku bagi link ini untuk rujukan. okey?

sekian entri ala-ala travel log ini. heheh.

Jumaat, Mac 26, 2010

rumble mumble 2

we live in our comfort zone,
thus we tend to take things for granted.
we don't have to struggle and push ourselves since everything is readily-available for us.





okey, i guess it's not 'we' or 'us'.
it's just me.


i'm just one of those spoilt brats.
blame me, not anyone else.

Ahad, Mac 21, 2010

rumble mumble

down, lately.

this has nothing to do with other people.
it's just me.

stupid personal and internal conflicts.
and i don't have the guts to overcome my own selfishness.


it's sick. and it sucks.

Sabtu, Mac 13, 2010

tegur ke busybody?

kalau orang tegur kita pasal sesuatu yang ternyata tak betul pasal kita, adakah kita akan terima dengan hati terbuka?

jika ya, ok full stop saja kot.
jika tidak?

well, mungkin kita akan kata depends on cara macam mana dia tegur.
ataupun mungkin kita akan kata orang yang tegur kita tu busy body/jaga tepi kain, seluar, baju, etc./menyibuk.
ataupun mungkin juga kita akan kata dia pun sama tak betul macam kita, ada hati mau tegur kita/bajet baik je budak tu/kubur masing-masing weh.
ataupun mungkin kita akan kata kita memang jahat pun, nak buat macam mana, lain la orang tu, baik dan innocent.
ataupun mungkin kita akan kata, at least kita tak hipokrit macam orang lain.


okey, aku pun bukan baik/perfect sangat nak beri nasihat ke apa. but then, aku terpanggil untuk taip entri ni disebabkan oleh perihal seseorang yang aku kenal.

kita namakan seseorang yang aku kenal ni A. then kita namakan kawan dia B. A dan B kira kawan baik lah juga. satu hari B letak gambar dia peluk2 dengan bf dia di sebuah laman sesawang sosial. A tengah browse2 ternampak pula gambar ini. jadi, sebagai kawan baik lah juga, A rasa terpanggil untuk menegur. tapi mungkin silap teknik juga, sebab A tegur on the spot kat ruang komen gambar itu. aku tabik la dia, sebab ada keberanian sebegitu rupa. orang lain 'like'2 gambar itu, dia pula berani tegur. si B terasa kot, lalu berkata, dia memang orang jahat, nak buat macam mana. keesokan harinya B menulis status dengan penuh rasa emo dan bengang: dia mempersoalkan kenapa orang lain nak menyibuk/jaga tepi kain dia padahal dia tak campur hal orang lain pun dan dia pun berkata sekurang-kurangnya dia tak hipokrit dengan cara sebegitu. pastu ada la simbol campur campur macam ni --> #%!$*@#! memang status tu merujuk kepada si A lah. si A macam sedih lah sebab si B ni kan baik dengan dia. dan dia memang tak sangka tindakan dia mengundang kemarahan dan ke-emoan si B ni.


apa komen kamu?apa pula komen aku?

pada pendapat aku, si A bukan nak menyibuk. cuma dia rasa dia sebagai seorang kawan, dia rasa dia patut tegur dan dia rasa dia mampu melakukannya (ok, mungkin lah kot teknik tak berapa betul. tapi takpe lah kan, komen tu kan boleh di-delete selepas itu).

lagi satu, ini bukan pasal hipokrit ke tak. peluk2 gitu dah jelas dan nyata benda tu tak betul. kalau dah kawin, lainlah cerita.



aku rasa pada hakikatnya, kita memang susah untuk menerima teguran dengan hati terbuka. okey, mungkin sesetengah orang boleh, tapi ramai yang susah, dan kalau boleh terima pun, still ada terdetik di hati perasaan yang tak best.

kita, manusia, memang selalu cari alasan, kan? dan lagi satu, kita memang selalu buat benda yang tak patut/tak boleh buat, kan?


teguran/kritikan yang membina memang biasanya pedih dan pedas. tapi bukankah itu untuk kebaikan kita jugak?mungkin bukan untuk sekarang, tapi untuk masa hadapan, kan?


cuma dua sen saya. aku pun bukannya sempurna. hatta aku pun bukan senang nak terima teguran. tapi, kita cuba terima dengan hati terbuka kalau teguran tu bermakna dan memang nyata kita yang salah/tak betul. orang yang tegur untuk kebaikan tu maknanya orang tu ambil berat pasal kita.


*entri ni berkait dengan teguran yang membina dan bermakna saja okey. tak berkait langsung dengan teguran versi kutukan atau perbuatan memalukan orang di khalayak ramai*

Rabu, Mac 03, 2010

nota berunsur kecewa

wahai alter ego aku (perasan ada alter ego konon piraah),

aku pernah terbaca status fb Kamarul si budak-paling-genius-dalam kelas-aku dulu-masa-sekolah menengah yang pernah aku jumpa, aku rasa.

sometimes effort alone is not enough to change everything - ini dia kata.


masalahnya, aku ni memang malas berusaha. so how am i supposed to change anything that i wanted to. usaha pun tak ada, tak payah lah nak mempersoalkan why-this-and-why-that-thing.

luck?being chosen?made for purpose?talent? aku tak ada hak untuk cakap benda-benda tu semua. sebab perkara asas pun aku tak cukup - which are the Efforts.



*sebenarnya kecewa sebab tersilap jawab soalan specialist yang senang gilerr mati pagi tadi. dapat jawab 2 soalan dengan betul, bolehlah dikira sebagai penawar kekecewaan walaupun tak berapa tawar. but then, bila pharmacist tanya, apa pasal gilerr banyak benda aku kena gali dengan susahnya dalam kepala. semua payah nak ingat! adakah aku berisiko untuk penyakit Alzheimer sebab aku tak guna otak aku secara maksimum? sigh.

Ahad, Februari 28, 2010

mind my English

when i type SMS/do assignments/type FB comments in English, i tend to do the grammar-checking and correct the mistakes, if any. of course, it would not be 100% correct, but writing in English makes me very enthusiastic to achieve the best i want it to be (if it's about typing SMS/FB comments, i'd excuse the spelling because of the short forms) and ensure the sentences i made, sound nice.

what the heck, they are just SMSs, FB comments, or course assignments, not English writing tests. kadang-kadang kan, ambil masa yang lebih lama kalau buat semua tu sebab baca banyak kali, tengok ada silap kat mana-mana haha.

*if i'm not sure about the spelling or usage of words/verbs, i'll grab my old Oxford dictionary and check about them. that's why i still bring my old Oxford dictionary even though i'm no longer taking English courses. people sometimes questioned me for doing that: kenapa rajin betul bawa kamus ni? bukannya ada kelas English lagi punn.

*if somebody asks me the meaning of an English word, if the dictionary is accessible, i would find for them if i don't have any idea about it in my mind. it's kind of weird huh, whereas i should have just said: sorry, i don't know.

macam freak pun ada haha.

i remembered when i was in form 1 and form 2, i always made grammatical errors while writing English essays; selalunya sebab mula-mula cerita guna past tense, lepas itu tiba-tiba 'ter'guna present tense tak semena-mena. of course, Teacher Rahimaton would circle and strike here and there, red. when i looked at Bella's (a friend of mine) paper, i was like, "WHOA". dahlah dia pandai menulis (she made the stories like real. i love to read hers), kesilapan yang dia buat boleh bilang dengan jari kot. sangaat kagum masa tu. when i was in form 3, i started to be cautious about the grammar when doing the essays. i promised to myself (at that time), i wanted to be as good as Bella too (gila dia jadi idola dan sumber inspirasi haha). i was no longer like tulis sesuka hati syok sendiri. i would spend some time read the essays all over again to screen for grammatical/spelling errors. with that, i was rewarded: less red circles/strokes. i was SOOO HAPPY I COULD DIE kot at that time.


i guess, that's where it all started. haha.

believe it or not, masa kelas English, kalau Teacher tak ada, aku baca kamus Oxford tuu. gila orang nerd pun tak buat macam itu aku rasa haha (sebenarnya sebab buku itu saja yang aku ada masa itu, jadi bosan-bosan selak kamus saja lah).


when it comes to English speaking, i keep playing and arranging the things i want to say in correct sentences with the correct grammar, in my head. susun ayat lah orang kata since i'm not very fluent in English speaking. tapi, bila bercakap, berterabur juga semua haha. grammar entah ke mana, pronunciation pun entah ke mana sebab nervous haha. mind me, the most important thing is CONFIDENCE. i can see that most of my non-malay friends speak English like berabuk-abuk la orang kata. i myself think that "whoaa hebat gila speaking". but then, if you listen well, some of them don't even care about the grammar. memang tunggang-langgang macam kereta api kena hi-jacked. but then again, it all goes back to CONFIDENCE. bila dah berkeyakinan, orang dah tak nampak semua yang tunggang-langgang tu kan hehe.


dahlah, aku nak sambung baca nota. esok kuiz. 1 jam 35 minit aku taip entri ni haha.

Khamis, Februari 25, 2010

sila google perkataan yang kamu tidak faham

presentation surgical and radiopharmacy clerkship dah selesai.
menandakan penghabisan minggu ini.


tapi aku sedar satu perkara.
aku tak boleh lah dengar/sebut perkataan Tc 99m Technetium.



sebab nanti aku senyum sorang-sorang, macam orang tak betul.
:)

kalau korang tengok aku, mesti rasa nak hempuk hahaha.

sorry la eh Aida, terpaksa tahan telinga dengar.
jangan hempuk aku tau.
:P

Rabu, Februari 24, 2010

perkataan untuk hari ini ialah COMEL

aku terpikir.

agaknya perempuan memang cepat jatuh suka kat orang (spesifiknya, lelaki comel).
ke aku seorang je perempuan macam itu.

haha.
penat penat balik clerkship rasa nak menenangkan diri dengan membersihkan sawang blog.
tiba-tiba teringat pula Orang Comel di radiopharmacy.


bukan rupa saja kena comel. budi pekerti pun kena comel juga.
ahh tapi Orang Comel ni memang comel segala haha (normal lah tu, kalau dah admire, semua comel. cuba kalau dah tak suka? haha).


aihh Orang Comel pun boleh jadi sumber inspirasi.
radiopharmacist, macam menarik je.
:D

Khamis, Februari 11, 2010

nafsu nafsu nafsu nafsu nafsu

tadi pergi ikut budak-budak ni cari smartphone.

dem, siries aku sukaa gilaaa samsung omnia II tu. tapi harga kalau paling koman pun 1900. yaaaaw. kira 2000 lah. yaaaaw. isyh tapi aku suka gilaa T_T

ok, budak-budak ni beli htc touch 2 special version yang tak ada gps dan 3g. murah je, 950. ok dah tu, aku pun suka jugak.

jangan tak tau, tadi kat kedai aku bergaduh, berdebat.

aku: alaa cantiknyaa tapi mahal pulak. 2000 tuu.
aku jugak: alaa 2000 tu apa sangatlah. yang penting cantikk, bergaya.
aku: tapi, diorang punya 950 je. beza jauh tu 1050. boleh simpan untuk masa depan.
aku jugak: alaa, tapi ramai sangat laa orang pakai htc touch 2 tu. kau beli lah yang orang lain tak berapa pakai.
aku: memang laa. tapi ini bukan untuk bergaya-gaya. untuk kegunaan. tak payah mahal-mahal sangat. nanti dah kerja suka hati kau lah kalau nak beli yang paling mahal pun.
aku jugak: alaa, beli lah beli lah. tak pun, kau beli htc touch diamond 2 tu. baru 1800.
aku: tengkorak kau. cuba sebut betul-betul. ada perkataan RIBU kat situ. RIBU.
aku jugak: alaa belum 2000 lagi.
aku: aish tak boleh tak boleh tak boleh.

memang lah. sesuatu yang paling mencabar bukan lah bila terpaksa basuh toilet 5 kali sebab orang sebelum kau guna toilet untuk kencing tapi tak jirus. tapi benda paling mencabar ialah melawan nafsu. setakat hari ini, aku boleh resist lagi. esok macam mana?isk.

aku kena consider balik. walaupun omnia II sangat cantik, aku tak sanggup nak bayar 2000. pilihan kedua aku htc touch diamond 2. perghh lawa jugak. tapi harga pun lawa, kalau tak silap 1800. haihhh nafsu aku melampau-lampau.

tadi aku sembang dengan mak ayah aku pasal ni.

aku cakap: mak, tadi orang tengok-tengok smartphone. lawaaa tapi 2000 bla bla bla.
mak aku cakap: kalau lawa dan berguna beli jelah. tapi ingat, nanti dah kerja nak kena beli kereta pulak.

maksud tersirat, dia tak berapa approve la aku beli yang riban-riban tu. dia suruh aku beli yg 950 itu. dia suruh aku abaikan nafsu aku yang membuak-buak itu. aku rasa aku kena paksa juga diri aku beli htc yang 950 tu. ingat beb, ko nak beli kereta pulak lepas ni. kereta, kereta, kereta.

ok sembang pasal kereta pulak lepas tu.

aku cakap: mak, nak swift (penuh nafsu seperti biasa)
mak cakap: (latar belakang suara ayah cakap 80,000) swift mahal. kalau nak kaya kena susah-susah dulu. beli myvi dulu. nanti lama-lama bila dah stabil, tukar lah kereta.
aku cakap pulak: alaa myvi ramai sangat orang pakai.
mak cakap balik: apa salahnya ramai orang pakai. alaa plat kan lain-lain T_T
aku cakap pulak: kalau macam tu, orang nak pakai satria neo lah mak.
mak cakap lagi: satria neo 2 pintu, nanti jual tak laku, tak ada orang nak beli.
aku cakap lagi: kalau macam tu, vios lah mak, vios lebih kurang myvi je.
mak cakap: vios besar, ko reti ke parking T_T


okey angan-angan aku memang melampau.
salah siapa? takkan salah aku kot.
salah dunia internet lah.
hohoh.


moral entri kali ini: fikir lah panjang-panjang. dan korang fikir sendiri lah apa moral yang korang dapat daripada entri ni. harap-harap ada lah nilai dan pengajaran yang korang dapat. takda la penat-penat aku recall balik semua benda. haha sekian terima kasih.

Sabtu, Februari 06, 2010

pesta makan-makan

interview SPA dah lepas.
kuiz belum lepas (erk).
tapi malam ini,

KITA BBQ! HOYEHHHHHH!


our last bbq, i guess.
sedih pula, budak-budak ni pergi kubang kerian masa cuti midsem nanti.


till the end.
then, we'll be on our own.

Ahad, Januari 31, 2010

nota pendek

3-5 haribulan adalah tempoh temu duga dengan SPA. aku punya temu duga 4 haribulan.

aku tengah berusaha menyiapkan diri untuk temu duga ni. tapi still rasa banyak gila benda nak kena baca. huhu.

doakan yang terbaik untuk aku dan rakan-rakan aku ya.

Sabtu, Januari 30, 2010

suka hati saya lah

pagi tadi aku pergi terminal sungai nibong. nak beli tiket bas untuk balik raya cina.

sampai-sampai kat terminal, aku memang paling malas nak layan orang-orang yang tarik-tarik orang suruh beli tiket bas dengan dia dekat tangga ke atas ke kaunter tiket. seperti biasa, diorang akan tanya nak balik mana bla bla bla, dan biasanya aku akan cakap "takpe, takpe, saya beli kat atas (kaunter utama)". entah, aku lebih suka beli tiket di kaunter kat atas, berbanding dengan orang yang tarik-tarik ni sebab entah, mungkin aku tak suka dengan cara macam itu. walaupun diorang bukannya "ulat" pun.

tapi, satu perkara aku nak cerita pasal pagi tadi ialah ada laa seorang mamat ni. dia kerja dengan syarikat bas K. sampai-sampai je aku kat terminal, dia duk tanya la aku nak balik mana. macam aku cakap, aku lebih suka beli kat atas, kat kaunter utama. jadi aku cakap lah dengan dia "takpe, takpe, saya beli kat atas". dia duk lah ikut aku sampai atas sambil tanya dan cuba pujuk aku beli dengan dia jugak. rimas wei. tapi aku senyum je la, sambil ulang ayat "takpe, takpe, saya beli kat atas".

dia tak puas hati. bila aku sampai kat kaunter utama syarikat bas K (aku biasa beli kat situ), dia cakap (nada memang tak puas hati dan memang tinggi suara lah):

"kami ni sama je, syarikat K jugak. sini ada 5 kaunter syarikat K. bla bla bla. ni la orang Melayu tak nak tolong orang Melayu. bla bla bla dan bla bla lagi"

dalam hati aku, APAHALLL MAMAT NI. SUKA HATI AKU LAH AKU NAK BELI KAT KAUNTER MANA PUN. dia bengang pasal aku tak nak beli dengan dia, pasal komisen kot. TAPI, TAK PAYAH LAH TINGGI SUARA MACAM TU. nasib baik ada 3 orang kakak kat kaunter utama tu, diorang sound balik mamat ni.

kakak-kakak tu duk cakap: ni customer ni, yang hang marah-marah dia pasai pa?biaq la dia tak nak beli dengan hang pun, hang kena ingat dia customer. tengok, muka dia dah jadi len dah, dia dah jadi takut nak beli. (aku tak pasti lah ekspresi muka aku macam mana taim tu. haha memang muka takut kot)

mamat ni memang tak mau kalah, dia lawan balik, pastu duk kata la dia cakap elok-elok dengan aku. memang la dia cakap elok-elok mula-mula tu, tapi dah aku tak nak beli dengan dia, takkan nak paksa-paksa pulak. lagipun aku tak buat perjanjian apa-apa pun dengan dia. aku dah cakap dah aku nak beli kat kaunter utama.

bab Melayu tolong Melayu tu satu hal lagi. ayah aku berniaga kain baju, selalu saja orang tak jadi beli, takda pulak ayah aku sound orang tu "ni la Melayu tak nak tolong orang Melayu". bila mamat tu cakap macam tu, aku rasa menyampah. bukan aku anti Melayu ke apa, bukan. tapi apahal dia nak kata bukan-bukan kat aku. takkan aku tak ada hak aku sebagai pelanggan? aku cuma nak beli tiket bas dengan aman kat kaunter utama, takkan tak boleh? yang syarikat K ni pun satu hal, apsal la bukak sampai 5 kaunter yang sama.

in the end, kakak-kakak tu register pembelian aku bawah nama dia kot (sebab aku dengar kakak-kakak tu minta password pemenda ntah dengan mamat tu), malas nak layan bebelan mamat tu kot.

jadi orang yang nak melayan pelanggan ni memang kena banyak bersabar.kalau kita pujuk cara mana pun, kalau tak berkenan, janganlah paksa-paksa. janganlah marah-marah. kalau hati dah tak terbuka, celah mana paksa pun tak jadi juga. aku tak juga kata "customer is always right". tapi kalau pelanggan tu tak janji apa-apa pun lagi nak beli ke apa ke, takkan nak marah.

katakan korang nampak kasut cantik, lepas itu nak cuba, tapi saiz kasut display kecik. korang minta jurujual ambil saiz yang sesuai untuk korang. bila korang cuba, tak nampak cantik pula di kaki korang. maka, korang pun tak jadi beli. kalau jurujual tu marah korang, korang hangin tak?

lainlah kalau korang cuba-cuba dan cantik, kemudian korang kata "ok, saya beli kasut ni". bila jurujual dah bungkus-bungkus semua, bila dia minta bayaran, tiba-tiba korang kata "tak naklah beli. terima kasih" dan blah begitu saja, itu memang patut kena hangin kot.


kesimpulannya, MAMAT TU DAH MEROSAKKAN MOOD AKU PAGI TADI.

Sabtu, Januari 23, 2010

edisi benci

saya benci topup 10 ringgit.
sebab seminggu je dah expired.
memang tak berguna kalau dah expired walaupun ada kredit berpuluh-puluh ringgit.


pagi yang indah dimusnahkan oleh nota sebegini:


Unable to send message to Aida



kecewa gila perasaan saya.
saya memang kecewa bila eksaited taip sms panjang-panjang dan bersemangat, tiba-tiba tak boleh hantar sebab expired. gila kecewa *berapa kali nak ulang*
ini semua sebab kedai 24 jam yang dah kehabisan stok 30 ringgit. peliklah, bukan ramai ke yang pakai 10 ringgit?yaaw. tak pasal pasal saya terpaksa membeli 10 ringgit sebab masa itu kecemasan (sebab expired juga).

Selasa, Januari 19, 2010

malam I jadi Power Rangers kelabu.





Pharmnight 2NE10.
lain-lain gambar di sini ya.





our own graduation song.
credits for Ray, Shareen, Sakun, Jessica Ong, and Goh Choon Fu.


this would be the last Pharmnight, i guess. haih.

Ahad, Januari 10, 2010

it's January 10 again.

at the time i start writing this entry, back in 1987 it was 10 hours and 12 minutes before i was born. Mak said, i was supposed to get into this world in December. Maybe i was very enjoying myself in Mak's womb haha so i got out a little bit late, which is in January.


now it's already 2010 and i already hit the number 23 (to be exactly at 5.30pm today).



birthday wishlists?

1. me, to become a better person.
2. family and friends, stay healthy and happy as always.
3. Nightmare Before Chrismas pencil case - someone had stolen it and i could not find the same one here in Penang sob sob sob. now i'm pencil-case-less. *berterabur pen pensel pemadam segala haha*



anyway, HAPPY BIRTHDAY to anyone and everyone that shares the same birthday with me, regardless of your age :D

p/s: thanks to my family and friends for your wishings! i heart you guys!

Selasa, Januari 05, 2010

fakta rawak hari tak ada lab.

1. dah lama tak tulis kat sini. hari-hari ulang-alik kelas-bilik, dan bila balik dah penat, idea nak tulis pun tak ada. dahla lama tak keluar membeli-belah, makin stres aku.

2. warna aku tahun ini ialah kuning terang, hijau terang, dan silver. bak kata orang Colour of the Year lah.

3. tema Pharmnight Annual Dinner tahun ini ialah Elegance. sama je macam tahun lepas, tak ada idea dah ke haha. susahlah sebab aku mana ada baju vogue-vogue bagai. balik-balik baju kurung atau t-shirt dan jeans aku yang dah buruk segala. tau ke mana-mana tempat untuk sewa baju? heh, mungkin aku patut pakai baju Melayu cekak musang je kot.

4. aku rasa aku mula ketagih kasut. sebab baru-baru ini aku selalu usha kasut di internet dan aku dah mula ada angan-angan tentang kasut idaman aku.

5. tabiat pemakanan aku makin buruk. aku suka makan snek yang tak menyihatkan sejak akhir-akhir ini. sebab aku asyik beli Chacho's. oh ya, aku paling tak suka Super Ring sebab aku tak suka jari aku warna oren terang macam tu dan aku rasa warna dia sangat menakutkan. lagi satu, aku tak suka snek berperisa keju.

7. pagi ini aku sarapan dengan Chacho's.

8. pagi tadi aku bangun awal sebab loceng amaran kebakaran berbunyi. bukan sebab ada kebakaran, tapi sebab loceng tu rosak kot. tak pun ada yang main api. bunyi yang sangat menjengkelkan sebab ia berterusan selama 45 minit. nasib baik aku bukan jenis emo bila bangun tidur. kalau tak, memang jahanam lah loceng tu aku kerjakan.

9. aku baru perasan Chacho's yang aku makan ni hangus sedikit. ke memang begitu cuma aku yang tak perasan?

10. aku dah lama tak call rumah.

11. banyak kerja, tapi aku malas nak mula. sebab aku tak suka menaip sambil buat rujukan. penat toleh kiri toleh kanan. aku suka buat kerja yang tak payah tengok rujukan, main taip saja, contoh macam buat karangan atau tulis blog ni. atau kopipes. haha.

12. rakan-rakan sekeliling bermuram durja sebab duit JPA tak masuk lagi. bertahun-tahun kami diuji dengan kesabaran tunggu duit JPA masuk lambat. isk isk. bersabarlah. kejayaan itu akan kita kecapi jua.

13. aku nak jumpa dentist hari ini. baik kan aku?

14. jiwa aku meronta-ronta nak keluar meronggeng. tapi aku malas. ada boleh?

15. ok, aku memang pemalas orangnya. aku patut mandi sekarang. yaaw.

Jumaat, Januari 01, 2010

hari pertama Januari

*ramai orang eksaited sambut tahun baru. aku tak paham kenapa orang sanggup bersesak-sesak ramai-ramai orang camtu. baik tengok tv kat rumah. tak pun naik mana-mana bukit kalau nak tengok bunga api. sebab 1 pulau pinang yang kecik ni je pun dah ada banyak giler tempat pasang bunga api. kalau macam aku kat tingkat 4 ni aku nampak bunga api kat komtar. siries weh aku baru perasan rupa-rupanya aku boleh nampak komtar dari bilik aku. padanla bunga api dia semalam agak lama dan cantik.


*kucing aku si Bubun tu memang sah tak balik-balik dah aku rasa.mungkin aku patut terima anggapan semua orang: Bubun mungkin mati. sebab kakak aku cerita sehari sebelum dia hilang, dia muntah-muntah. masa tu aku kat KL, melawat makcik aku. bila aku balik rumah, dia dah tak ada.hilang begitu saja. rindulah kat dia :( walaupun dia tak pernah menang punya kalau gaduh dengan kucing samseng kampung dusun tu. dia antara kucing jantan paling lama aku pernah ada selain Chitam. dem, rindu kat Chitam juga sebab dia kucing paling hensem dan gagah pernah aku bela. walaupun dia hitam legam, bulu berkilat wehhh macam kena kiwi.


*pagi-pagi aku dah layan Pachelbel's Canon in D Major. memang sesuai didengar pada hari pertama Januari sambil melihat pemandangan hijau di luar tingkap.