Rabu, Mac 31, 2010

saya dan wad psikiatri

aku tak pernah pun cerita pasal clerkship aku yang lepas-lepas kan. sedar tak sedar kali ini dah 2nd last clerkship iaitu di wad psikiatri. minggu depan di O and G pula.


dah 2 hari clerkship di wad psikiatri jalan perak, penang.
esok hari terakhir.
satu pengalaman yang menarik. aku suka wad ni sebab tak sesak, aman je (ok kadang-kadang dengar patient menjerit-jerit itu mungkin tak berapa aman). patient aku pulak co-operative, mesra (tapi tang dia gaduh mulut dengan patient lain, aku cuak gak hehe), kelakar.



hadiah daripada patient aku.*apollo dengan gula-gula kelapa tu dia bagi lai zheng hua, tapi lai zheng hua tak nak (takut kenapa entah dia tu), so aku ambik, tak baik tau membazir. hehe


mula-mula aku tak nak ambik. tapi aku cuak takut dia mengamuk tetiba kang, baik aku ambik kan. orang dah offer. hehe

apa-apa pun, harap-harap condition patient aku tu makin improve pada masa akan datang.
gonna miss her, i guess.

2 ulasan:

anumz sarah berkata...

Hamik je biskott! Hehe~~ menarek citer kat wad psikiatri...kat Hospital Selayang wad psikiatri die takde katil...bukan dorang duduk pun atas katil tu...

biskott berkata...

ait peliknya takde katil?
kat penang ada katil. kalau patient yang suka tido, memang sleeping beauty lah kat katil2 tu.hehe