pagi tadi aku pergi terminal sungai nibong. nak beli tiket bas untuk balik raya cina.
sampai-sampai kat terminal, aku memang paling malas nak layan orang-orang yang tarik-tarik orang suruh beli tiket bas dengan dia dekat tangga ke atas ke kaunter tiket. seperti biasa, diorang akan tanya nak balik mana bla bla bla, dan biasanya aku akan cakap "takpe, takpe, saya beli kat atas (kaunter utama)". entah, aku lebih suka beli tiket di kaunter kat atas, berbanding dengan orang yang tarik-tarik ni sebab entah, mungkin aku tak suka dengan cara macam itu. walaupun diorang bukannya "ulat" pun.
tapi, satu perkara aku nak cerita pasal pagi tadi ialah ada laa seorang mamat ni. dia kerja dengan syarikat bas K. sampai-sampai je aku kat terminal, dia duk tanya la aku nak balik mana. macam aku cakap, aku lebih suka beli kat atas, kat kaunter utama. jadi aku cakap lah dengan dia "takpe, takpe, saya beli kat atas". dia duk lah ikut aku sampai atas sambil tanya dan cuba pujuk aku beli dengan dia jugak. rimas wei. tapi aku senyum je la, sambil ulang ayat "takpe, takpe, saya beli kat atas".
dia tak puas hati. bila aku sampai kat kaunter utama syarikat bas K (aku biasa beli kat situ), dia cakap (nada memang tak puas hati dan memang tinggi suara lah):
"kami ni sama je, syarikat K jugak. sini ada 5 kaunter syarikat K. bla bla bla. ni la orang Melayu tak nak tolong orang Melayu. bla bla bla dan bla bla lagi"
dalam hati aku, APAHALLL MAMAT NI. SUKA HATI AKU LAH AKU NAK BELI KAT KAUNTER MANA PUN. dia bengang pasal aku tak nak beli dengan dia, pasal komisen kot. TAPI, TAK PAYAH LAH TINGGI SUARA MACAM TU. nasib baik ada 3 orang kakak kat kaunter utama tu, diorang sound balik mamat ni.
kakak-kakak tu duk cakap: ni customer ni, yang hang marah-marah dia pasai pa?biaq la dia tak nak beli dengan hang pun, hang kena ingat dia customer. tengok, muka dia dah jadi len dah, dia dah jadi takut nak beli. (aku tak pasti lah ekspresi muka aku macam mana taim tu. haha memang muka takut kot)
mamat ni memang tak mau kalah, dia lawan balik, pastu duk kata la dia cakap elok-elok dengan aku. memang la dia cakap elok-elok mula-mula tu, tapi dah aku tak nak beli dengan dia, takkan nak paksa-paksa pulak. lagipun aku tak buat perjanjian apa-apa pun dengan dia. aku dah cakap dah aku nak beli kat kaunter utama.
bab Melayu tolong Melayu tu satu hal lagi. ayah aku berniaga kain baju, selalu saja orang tak jadi beli, takda pulak ayah aku sound orang tu "ni la Melayu tak nak tolong orang Melayu". bila mamat tu cakap macam tu, aku rasa menyampah. bukan aku anti Melayu ke apa, bukan. tapi apahal dia nak kata bukan-bukan kat aku. takkan aku tak ada hak aku sebagai pelanggan? aku cuma nak beli tiket bas dengan aman kat kaunter utama, takkan tak boleh? yang syarikat K ni pun satu hal, apsal la bukak sampai 5 kaunter yang sama.
in the end, kakak-kakak tu register pembelian aku bawah nama dia kot (sebab aku dengar kakak-kakak tu minta password pemenda ntah dengan mamat tu), malas nak layan bebelan mamat tu kot.
jadi orang yang nak melayan pelanggan ni memang kena banyak bersabar.kalau kita pujuk cara mana pun, kalau tak berkenan, janganlah paksa-paksa. janganlah marah-marah. kalau hati dah tak terbuka, celah mana paksa pun tak jadi juga. aku tak juga kata "customer is always right". tapi kalau pelanggan tu tak janji apa-apa pun lagi nak beli ke apa ke, takkan nak marah.
katakan korang nampak kasut cantik, lepas itu nak cuba, tapi saiz kasut display kecik. korang minta jurujual ambil saiz yang sesuai untuk korang. bila korang cuba, tak nampak cantik pula di kaki korang. maka, korang pun tak jadi beli. kalau jurujual tu marah korang, korang hangin tak?
lainlah kalau korang cuba-cuba dan cantik, kemudian korang kata "ok, saya beli kasut ni". bila jurujual dah bungkus-bungkus semua, bila dia minta bayaran, tiba-tiba korang kata "tak naklah beli. terima kasih" dan blah begitu saja, itu memang patut kena hangin kot.
kesimpulannya, MAMAT TU DAH MEROSAKKAN MOOD AKU PAGI TADI.
Sabtu, Januari 30, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan