Selasa, Januari 05, 2010

fakta rawak hari tak ada lab.

1. dah lama tak tulis kat sini. hari-hari ulang-alik kelas-bilik, dan bila balik dah penat, idea nak tulis pun tak ada. dahla lama tak keluar membeli-belah, makin stres aku.

2. warna aku tahun ini ialah kuning terang, hijau terang, dan silver. bak kata orang Colour of the Year lah.

3. tema Pharmnight Annual Dinner tahun ini ialah Elegance. sama je macam tahun lepas, tak ada idea dah ke haha. susahlah sebab aku mana ada baju vogue-vogue bagai. balik-balik baju kurung atau t-shirt dan jeans aku yang dah buruk segala. tau ke mana-mana tempat untuk sewa baju? heh, mungkin aku patut pakai baju Melayu cekak musang je kot.

4. aku rasa aku mula ketagih kasut. sebab baru-baru ini aku selalu usha kasut di internet dan aku dah mula ada angan-angan tentang kasut idaman aku.

5. tabiat pemakanan aku makin buruk. aku suka makan snek yang tak menyihatkan sejak akhir-akhir ini. sebab aku asyik beli Chacho's. oh ya, aku paling tak suka Super Ring sebab aku tak suka jari aku warna oren terang macam tu dan aku rasa warna dia sangat menakutkan. lagi satu, aku tak suka snek berperisa keju.

7. pagi ini aku sarapan dengan Chacho's.

8. pagi tadi aku bangun awal sebab loceng amaran kebakaran berbunyi. bukan sebab ada kebakaran, tapi sebab loceng tu rosak kot. tak pun ada yang main api. bunyi yang sangat menjengkelkan sebab ia berterusan selama 45 minit. nasib baik aku bukan jenis emo bila bangun tidur. kalau tak, memang jahanam lah loceng tu aku kerjakan.

9. aku baru perasan Chacho's yang aku makan ni hangus sedikit. ke memang begitu cuma aku yang tak perasan?

10. aku dah lama tak call rumah.

11. banyak kerja, tapi aku malas nak mula. sebab aku tak suka menaip sambil buat rujukan. penat toleh kiri toleh kanan. aku suka buat kerja yang tak payah tengok rujukan, main taip saja, contoh macam buat karangan atau tulis blog ni. atau kopipes. haha.

12. rakan-rakan sekeliling bermuram durja sebab duit JPA tak masuk lagi. bertahun-tahun kami diuji dengan kesabaran tunggu duit JPA masuk lambat. isk isk. bersabarlah. kejayaan itu akan kita kecapi jua.

13. aku nak jumpa dentist hari ini. baik kan aku?

14. jiwa aku meronta-ronta nak keluar meronggeng. tapi aku malas. ada boleh?

15. ok, aku memang pemalas orangnya. aku patut mandi sekarang. yaaw.

5 ulasan:

raihana berkata...

salam...woit dibah...pekaba?walaupun dok same U,tp xpnh le jmpe ko...huhu..dh le grad pn xsame hr..hehe....sbnanye sdih sbb jpa xmsuk lg ni..tension la..huhu..ko bz wtpe skg?

biskott berkata...

aku sehaaat. hmm tu la pasal. nak buat camna, kampus pun jauh-jauh.

aku awal-awal sem ni bizi pegi kelas lah. asyik sampai malam. penaat. assignments lagi macam biasa. hehe

raihana berkata...

dibah, lastly masuk gk jpa..hehe...tp yg plik,kne byr yuran sndr plak kali ni..haha....ingtkn jpa baik hati nk bg lebih...haha....tp 1st time utk last ni byr yuran sndr..hehe...

anumz sarah berkata...

Uu...aku baru terase kepenatan 3rd year...at least ko dh nak grad dh...Goodluck dibah!! and Heppy Besday!! p/s: Kat facebook kate birthday ko,betulkan??

biskott berkata...

rai: tu la pasal. pelik kan bila bendahari dah tak relate dengan jpa.

anum: nervous pulak bila dah nak akhir2 ni. hehe. takpa anum, sekejap je tu nanti.kita sama-sama berusaha keyh :) oh, tenkiu2. ekceli 10hb. haha cepatnya aku dah berumur 23.