tadi pergi ikut budak-budak ni cari smartphone.
dem, siries aku sukaa gilaaa samsung omnia II tu. tapi harga kalau paling koman pun 1900. yaaaaw. kira 2000 lah. yaaaaw. isyh tapi aku suka gilaa T_T
ok, budak-budak ni beli htc touch 2 special version yang tak ada gps dan 3g. murah je, 950. ok dah tu, aku pun suka jugak.
jangan tak tau, tadi kat kedai aku bergaduh, berdebat.
aku: alaa cantiknyaa tapi mahal pulak. 2000 tuu.
aku jugak: alaa 2000 tu apa sangatlah. yang penting cantikk, bergaya.
aku: tapi, diorang punya 950 je. beza jauh tu 1050. boleh simpan untuk masa depan.
aku jugak: alaa, tapi ramai sangat laa orang pakai htc touch 2 tu. kau beli lah yang orang lain tak berapa pakai.
aku: memang laa. tapi ini bukan untuk bergaya-gaya. untuk kegunaan. tak payah mahal-mahal sangat. nanti dah kerja suka hati kau lah kalau nak beli yang paling mahal pun.
aku jugak: alaa, beli lah beli lah. tak pun, kau beli htc touch diamond 2 tu. baru 1800.
aku: tengkorak kau. cuba sebut betul-betul. ada perkataan RIBU kat situ. RIBU.
aku jugak: alaa belum 2000 lagi.
aku: aish tak boleh tak boleh tak boleh.
memang lah. sesuatu yang paling mencabar bukan lah bila terpaksa basuh toilet 5 kali sebab orang sebelum kau guna toilet untuk kencing tapi tak jirus. tapi benda paling mencabar ialah melawan nafsu. setakat hari ini, aku boleh resist lagi. esok macam mana?isk.
aku kena consider balik. walaupun omnia II sangat cantik, aku tak sanggup nak bayar 2000. pilihan kedua aku htc touch diamond 2. perghh lawa jugak. tapi harga pun lawa, kalau tak silap 1800. haihhh nafsu aku melampau-lampau.
tadi aku sembang dengan mak ayah aku pasal ni.
aku cakap: mak, tadi orang tengok-tengok smartphone. lawaaa tapi 2000 bla bla bla.
mak aku cakap: kalau lawa dan berguna beli jelah. tapi ingat, nanti dah kerja nak kena beli kereta pulak.
maksud tersirat, dia tak berapa approve la aku beli yang riban-riban tu. dia suruh aku beli yg 950 itu. dia suruh aku abaikan nafsu aku yang membuak-buak itu. aku rasa aku kena paksa juga diri aku beli htc yang 950 tu. ingat beb, ko nak beli kereta pulak lepas ni. kereta, kereta, kereta.
ok sembang pasal kereta pulak lepas tu.
aku cakap: mak, nak swift (penuh nafsu seperti biasa)
mak cakap: (latar belakang suara ayah cakap 80,000) swift mahal. kalau nak kaya kena susah-susah dulu. beli myvi dulu. nanti lama-lama bila dah stabil, tukar lah kereta.
aku cakap pulak: alaa myvi ramai sangat orang pakai.
mak cakap balik: apa salahnya ramai orang pakai. alaa plat kan lain-lain T_T
aku cakap pulak: kalau macam tu, orang nak pakai satria neo lah mak.
mak cakap lagi: satria neo 2 pintu, nanti jual tak laku, tak ada orang nak beli.
aku cakap lagi: kalau macam tu, vios lah mak, vios lebih kurang myvi je.
mak cakap: vios besar, ko reti ke parking T_T
okey angan-angan aku memang melampau.
salah siapa? takkan salah aku kot.
salah dunia internet lah.
hohoh.
moral entri kali ini: fikir lah panjang-panjang. dan korang fikir sendiri lah apa moral yang korang dapat daripada entri ni. harap-harap ada lah nilai dan pengajaran yang korang dapat. takda la penat-penat aku recall balik semua benda. haha sekian terima kasih.
Khamis, Februari 11, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
memang best tgk org gune hp mahal2.
tp klo stakat nak kol & sms macam sy ni...
gune yg cikai je pon jadi lah!
:P
ms independent: sbnarnya memang nak beli untuk install medical applications so xyah nak bawak buku gabak2. but then, yeahh yang mahal tu memang nampak best. haha isk
btw, tgh pikir2 lagi nak beli ke tak. huhu.
Catat Ulasan