*ramai orang eksaited sambut tahun baru. aku tak paham kenapa orang sanggup bersesak-sesak ramai-ramai orang camtu. baik tengok tv kat rumah. tak pun naik mana-mana bukit kalau nak tengok bunga api. sebab 1 pulau pinang yang kecik ni je pun dah ada banyak giler tempat pasang bunga api. kalau macam aku kat tingkat 4 ni aku nampak bunga api kat komtar. siries weh aku baru perasan rupa-rupanya aku boleh nampak komtar dari bilik aku. padanla bunga api dia semalam agak lama dan cantik.
*kucing aku si Bubun tu memang sah tak balik-balik dah aku rasa.mungkin aku patut terima anggapan semua orang: Bubun mungkin mati. sebab kakak aku cerita sehari sebelum dia hilang, dia muntah-muntah. masa tu aku kat KL, melawat makcik aku. bila aku balik rumah, dia dah tak ada.hilang begitu saja. rindulah kat dia :( walaupun dia tak pernah menang punya kalau gaduh dengan kucing samseng kampung dusun tu. dia antara kucing jantan paling lama aku pernah ada selain Chitam. dem, rindu kat Chitam juga sebab dia kucing paling hensem dan gagah pernah aku bela. walaupun dia hitam legam, bulu berkilat wehhh macam kena kiwi.
*pagi-pagi aku dah layan Pachelbel's Canon in D Major. memang sesuai didengar pada hari pertama Januari sambil melihat pemandangan hijau di luar tingkap.
Jumaat, Januari 01, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan