Sabtu, Mac 13, 2010

tegur ke busybody?

kalau orang tegur kita pasal sesuatu yang ternyata tak betul pasal kita, adakah kita akan terima dengan hati terbuka?

jika ya, ok full stop saja kot.
jika tidak?

well, mungkin kita akan kata depends on cara macam mana dia tegur.
ataupun mungkin kita akan kata orang yang tegur kita tu busy body/jaga tepi kain, seluar, baju, etc./menyibuk.
ataupun mungkin juga kita akan kata dia pun sama tak betul macam kita, ada hati mau tegur kita/bajet baik je budak tu/kubur masing-masing weh.
ataupun mungkin kita akan kata kita memang jahat pun, nak buat macam mana, lain la orang tu, baik dan innocent.
ataupun mungkin kita akan kata, at least kita tak hipokrit macam orang lain.


okey, aku pun bukan baik/perfect sangat nak beri nasihat ke apa. but then, aku terpanggil untuk taip entri ni disebabkan oleh perihal seseorang yang aku kenal.

kita namakan seseorang yang aku kenal ni A. then kita namakan kawan dia B. A dan B kira kawan baik lah juga. satu hari B letak gambar dia peluk2 dengan bf dia di sebuah laman sesawang sosial. A tengah browse2 ternampak pula gambar ini. jadi, sebagai kawan baik lah juga, A rasa terpanggil untuk menegur. tapi mungkin silap teknik juga, sebab A tegur on the spot kat ruang komen gambar itu. aku tabik la dia, sebab ada keberanian sebegitu rupa. orang lain 'like'2 gambar itu, dia pula berani tegur. si B terasa kot, lalu berkata, dia memang orang jahat, nak buat macam mana. keesokan harinya B menulis status dengan penuh rasa emo dan bengang: dia mempersoalkan kenapa orang lain nak menyibuk/jaga tepi kain dia padahal dia tak campur hal orang lain pun dan dia pun berkata sekurang-kurangnya dia tak hipokrit dengan cara sebegitu. pastu ada la simbol campur campur macam ni --> #%!$*@#! memang status tu merujuk kepada si A lah. si A macam sedih lah sebab si B ni kan baik dengan dia. dan dia memang tak sangka tindakan dia mengundang kemarahan dan ke-emoan si B ni.


apa komen kamu?apa pula komen aku?

pada pendapat aku, si A bukan nak menyibuk. cuma dia rasa dia sebagai seorang kawan, dia rasa dia patut tegur dan dia rasa dia mampu melakukannya (ok, mungkin lah kot teknik tak berapa betul. tapi takpe lah kan, komen tu kan boleh di-delete selepas itu).

lagi satu, ini bukan pasal hipokrit ke tak. peluk2 gitu dah jelas dan nyata benda tu tak betul. kalau dah kawin, lainlah cerita.



aku rasa pada hakikatnya, kita memang susah untuk menerima teguran dengan hati terbuka. okey, mungkin sesetengah orang boleh, tapi ramai yang susah, dan kalau boleh terima pun, still ada terdetik di hati perasaan yang tak best.

kita, manusia, memang selalu cari alasan, kan? dan lagi satu, kita memang selalu buat benda yang tak patut/tak boleh buat, kan?


teguran/kritikan yang membina memang biasanya pedih dan pedas. tapi bukankah itu untuk kebaikan kita jugak?mungkin bukan untuk sekarang, tapi untuk masa hadapan, kan?


cuma dua sen saya. aku pun bukannya sempurna. hatta aku pun bukan senang nak terima teguran. tapi, kita cuba terima dengan hati terbuka kalau teguran tu bermakna dan memang nyata kita yang salah/tak betul. orang yang tegur untuk kebaikan tu maknanya orang tu ambil berat pasal kita.


*entri ni berkait dengan teguran yang membina dan bermakna saja okey. tak berkait langsung dengan teguran versi kutukan atau perbuatan memalukan orang di khalayak ramai*

3 ulasan:

raihana berkata...

salam...hai dibah..rai bace menarik entri kali ni...bkn sume org rs terpanggil utk menilai smule apa yg kita dh lakukan...
ermm...pd pndpt rai sndr, sume tu terjadi ats fitrah kita sbg manusia..mksudnya utk terasa dgn teguran tu,utk bersedih,utk respon pd teguran tu,..sumenye adlh tindak bls kita sbg manusia..kita blh nilai smule diri kte,jika nk dibandingkan teguran dan pujian dr shbt baik kita atau sesiapa pn..mana lbih bnyk?teguran atau pujian...utk yg lbih optimis, teguran tu hakikatnya dtg dari siapa..dari kwn kita atau dari Allah...jika kita mrh pd insan yg menegur kita,kita mrh siapa sbnanya..sdikit perkongsian utk diri rai jg,bersyukur apabila kita ditegur...krn tiap teguran buat kita menilai smule tiap apa yg kita lakukan sekaligus menarik smule diri kite to the right track..moga2 bermanfaat..(pringatn utk rai jg)..~sori pjg plak komen..(^_^)~

anumz sarah berkata...

A worthy two cents. Da truth,anum setuju dgn pendapat dibah. Harap2 si A dapat menegur dgn taktik yg menawan hati B. Semoga ada penyelesaian yg baik utk hal ini. Amin.

biskott berkata...

rai: setuju dengan rai. huhu biasalah, kita ni kadang-kadang cepat melenting. sama-sama lah kita buat yang terbaik.

anum: hmm baru-baru ni A dan B dah berbaik-baik semula. sebab A dah minta maaf kat B dan explain baik-baik kat B why dia buat camtu. i'm happy that A dah tak sedih macam haritu