bayangkan.
kao nak syampu rambut. tapi pada masa yang sama, satu pertiga otak kao suruh kao sabun badan dulu. pada masa yang sama juga, satu pertiga otak kao lagi sedang berfikir pasal lab report dan kuiz serentak.
apakah yang akan terjadi?
kao ambik satu botol X, picit isinya atas tapak tangan kao banyak-banyak. lepas itu kao gosok-gosok, sapu dan gonyoh atas kepala kao sampai berbuih-buih. urut-urut penuh khusyuk dan bersemangat.
tiba-tiba kao sedar sesuatu. rambut kao yang sepatutnya lembut tatkala disyampu terasa kasar. kasar macam berus periuk. kasar macam penyapu pon ada. kao gerak-gerakkan hidung kao. hidu. hidu. hidu.
bau shower foam. baru kao perasan. kao guna shower foam untuk syampu rambut. maka, kalutlah kao membilas dan kembali syampu rambut kao menggunakan syampu yang sepatutnya. sigh. terbazir masa syampu rambut dua kali.
akulah manusia yang tersyampu rambut dengan shower foam itu. sah-sah kepala aku serabut.
-habis-
Selasa, September 16, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
hahaaha!weh,aku penah wat benda pelik gak,kdg2 aku rasa pencuci muka tu mcm colgate,so aku letak atas berus.sekali gosok gigi,rasa pedar je..hahaha!!
owh?siries ke pencuci muka rasa macam colgate??
tapi itu ok lagi daripada ko letak shower foam kat berus gigi.
hihihihi.
Catat Ulasan