dalam bilik inip tinggal aku seorang diri. roommates aku balik rumah. hari inip aku tak buat apa-apa sangat pon. pergi makan kat kedai awet muda, lepas itu pergi tesco. mula-mula macam sikit je barang aku. tiba-tiba mulalah tangan aku menggapai jajan-jajan: tiba-tiba rasa kempunan sangat nak makan. tiba-tiba aku ternampak pulak bateri kamera digital olympus yang aku dah lama nak. aku angkat dengan 80 hengget. bila pikir-pikir balik kenapa laa aku tak tawar dengan harga lagi rendah lagi.
kelemahan aku: tak reti tawar-menawar, berunding, serta berdiplomasi ketika membeli barang. dari dulu lagi aku memang tak reti. sejak-sejak aku dah besar sikit neh aku belajar sendiri tawar-menawar. itu pon baru peringkat separa amatur agaknya. dulu-dulu sejujurnya aku tak berapa kisah bab tawar-menawar neh. bagi aku, asal aku suka, bayar dengan potongan harga sikit, sudah. lagi satu hal, aku malas nak tawar harga. sebab aku TERLALU berpegang kepada 'jangan susahkan orang' (konon-kononnya aku akan susahkan si tokei kedai kalau aku terlalu banyak songeh). selalunya aku secara tak sengaja terminta tawar harga sikit je dan bayar terus. pendek kata aku SANGAT-SANGAT (dah sangat, sangat lagi. tatabahasa yang salah) tak banyak songeh (mungkin penjual akan rasa gembira memperkotak-katikkan orang seperti aku). macam aku pasrah dan redha je. tapi lepas itu, mulalah timbul rasa menyesal.
ada seorang kawan aku sangat pandai bab inip. bukan sahaja pandai tawar, pandai juga minta dan dapat aksesori dan cenderamata tambahan secara PERCUMA. dia memang jenis yang pandai cakap dan banyak cakap. selagi ada barangan tambahan, dia akan tak henti bercakap, memujuk, dan berunding dengan tokei kedai. mungkin sebab tokei kedai tak tahan bebelan dia, kesudahannya dia akan dapat barangan PERCUMA. bila dia cerita-cerita pasal perkara itu kat aku, aku cemburu dengan dia. aku malu dengan diri sendiri. aku? selalunya aku anggap dah cukup bila aku dah dapat 1 set barang yang aku nak-terus aku bayar. aku tak pernah terpikir nak minta barang-barang lain. aku malas nak cakap banyak. aku terima je. kesudahannya? kadang-kadang sangat menyesalkan diri.
contoh: teringat sewaktu aku beli kamera digital olympus yang aku pakai sekarang. lepas aku cuba kamera itu dan rasa ok, aku terus bayar. aku minta kurang harga, tapi dia kata tak boleh kurang lagi. aku angguk dan terima. aku tak terus memujuk. dalam hati aku maki-hamun diri sendiri. lepas itu, kad memori beli asing. dia tak bagi percuma. aku terima dan angguk lagi. aku tak terus memujuk lagi. maki-hamun lagi diri sendiri. bateri pulak? bila sampai rumah baru aku perasan bateri percuma itu sebenarnya bateri jenama ontahape. bukan bateri olympus. dan aku mengambil sikap 'tak apa' sebab konon-kononya aku masih jahil dan aku tak nak mempertontonkan kejahilan aku di depan si tokei kedai itu lagi.pasal aksesori tambahan lain secara percuma kalau ada?langsung aku tak terpikir nak tanya. maka tiadalah tripod.
contoh lain: masa aku beli bateri olympus tadi, penjual itu kata 89 hengget last price. aku dengan bangga lagi selamba tanpa berfikir panjang aku minta 80 hengget. sedangkan aku patut minta 75 hengget dan pujuk-pujuk dia sikit. bila sudah bayar, aku terasa kebuduhan dan aku rasa sangat hampeh. kao orang pon akan kata aku hampeh.
buduh kan? aku tak kisah kalau kao orang nak kata aku buduh. tapi hakikatnya aku pon benci dengan keadaan macam itu. bila pikir-pikir balik, aku terasa juga kebuduhan diri sendiri. kenapa aku tak boleh jadi macam kawan aku tu?sangat petah bercakap dan pandai berdiplomasi. tak macam aku. cas macam hina pulak aku inip,huhuh.
joey mcintyre selalu nyanyi: don't you ever wish you were someone else. .you were meant to be the way you are exactly.lagu sekadar memujuk. kadang-kadang aku pernah terpikir dalam keserabutan akan betapa menariknya kalau kita berada dalam kasut orang lain, bukan dalam kasut diri sendiri. betapa menariknya kalau aku buleh banyak cakap macam dia.
aku dalam proses cuba mengubah skil komunikasi aku dan memperbaik darjah keyakinan aku. bukan senang. tapi aku usaha sedaya mampu.
biskot nak tdo. sudah pukul 3.19am rupanya.huhu.
-habis-
Ahad, Ogos 03, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan