Rabu, Julai 30, 2008

biskut dalam ribut

idop aku kembali huru-hara selepas hari berlari-lari di yan, kedah. ok, ahad lepas aku ada gathering skool aku kat yan, kedah. aktiviti utama sudah pastinya explorace bila mana aku tiba-tiba mengalami kejutan elektrik kerana nama aku tanpa semena-mena dicabut sebagai ketua kumpulan 11. macam haram. aku langsung tak minat nak jadi ketua.
sebabnya?
aku terlalu fikir dan kisah apa yang orang akan cakap dan fikir pasal aku.
aku tak pandai mengarah orang.
aku terlalu lembut hati.
aku tak pandai berdiplomasi dan berunding.
aku penakut lagi pengecut.
skil komunikasi aku teruk.
darjah keyakinan yang sangat rendah.

tapi aku terpaksa juga memandangkan aku tidak mahu malu dengan junior2 aku. kumpulan aku dapat saguhati dalam posisi yang agak tinggi (mungkin sebab aku berjaya anyam 3 biji ketupat dalam masa 5 minit di checkpoint tepi sungai, menghabiskan semua peria dan cili api, serta 'humming' lagu-lagu yang perlu diteka) tapi mungkin juga sebab aku terhilangkan 2 klu (kao orang je tahu, kalau orang lain tahu mampus aku). aku yakin aku ada semuanya tapi bila tiba nak hantar tiba-tiba tak cukup. hampeh lagi stokin betol.

sekarang aku dalam huru-hara sebab laporan amali aku banyak lagi tak siap. padan muka. akibat bertangguh-tangguh kerja. nampak gaya malam inip aku tak boleh tido. memang ribut. padan muka lagi skalik.

nak pergi mandi sebab kelas pukul 9.

-habis-

2 ulasan:

anjut berkata...

biskot,waaa.dah dewasa ko kan?pandai menafsir diri..bagus2..jd matang..

biskott berkata...

da dewasa ea?
hahaha..
umo pon da meningkat..
kih3