Ahad, Ogos 24, 2008

4bia?

petang semalam aku bersenam wei-main rounders kat padang kawat bersama-sama Inchek Aroy, Inchek Ku, Inchek Wan Kipas, Nad, dan semestinya Babes sekalian. sakit dowh tapak kaki aku sebab berlari-lari atas tar tanpa memakai selipar. aku satu team dengan Inchek Aroy, Bunga, Lestari dan Sheep2.Che Mat YDP yang buat rondaan petang-petang pon turut sama menjayakan acara inip (gilerr hebat mamat inip. patut didiskualifikasikan.haha).
Keputusan: aku tak tahu pon siapa yang menang sebab bantai main saja tak kira markah.haha.

malam tadi pergi tengok 'midnight' kat queen'sbay. cherita 4bia. Inchek Aleph join skalik. sebelum tu makan kat Campus Station. nasi gureng dia sedap juga. boleh jadi tempat pilihan sementara menanti Nazri buka semula. huhu.

pasal cherita 4bia: agak mengecewakan aku. mungkin ekspektasi aku terlalu tinggi-mengharapkan sesuatu yang seram terlebih had. bahagian hujung lah yang boleh dilayan. yang depan-depan biasa saja. tapi ada banyak part yang menggunakan grafik komputer yang sangat ketara tak buleh blah-dan aku sangat tak suka kalau cherita seram pakai grafik komputer sebab nampak sangat tak real. still, adegan terkezut-terkezut masih boleh dilayan. tapi poster dan montaj 4bia memang chantek.haha.

2.5 out of 5.

**balik dari 'midnight' aku ternampak Inchek Own, Inchek Molek, dan Inchek Abeho. hoho. mereka tengok 4bia juga.

cakap pasal fobia-aku tak tahu aku fobia dengan apa. mungkin tak ada yang betol-betol aku fobia kot. tak pon mungkin aku tak discover lagi aku fobia dengan apa.

pagi-pagi lagi aku dah bangun dengan saket-saket badan dan tapak kaki.

-habis-

2 ulasan:

merrymernixmur berkata...

cik biskut apsal ko x layan aku tag ko? pasrah aaa camni~

biskott berkata...

haha..
sorry deh.
aku tak perasan.
=P