Ahad, Ogos 10, 2008

biskut tengok susuk

khamis malam jumaat haritu-aku tengok cherita susuk kat gsc queen'sbay.midnight.
babak kejut-mengejut jadilah juga (walaupon aku tak menjerit, tapi budak-budak nih menjerit-kira jadilah tu kan). yang pasti Bunga pegang lengan aku kuat gilerr. haha. tapi aku akui aku ada terkezut di sana dan sini.
susunan plot bagus la juga. susunan flashback dan masa sekarang yang menarik dan unik bagi aku.
tapi jalan cherita bagi aku biasa saja. banyak juga babak yang bagi aku tak rasional dan tak berapa nak logik.
lakonan diana rafar biasa bagi aku. lakonan ida nerina boleh tahan mantap (gaya dia makan jantung manusia mentah dengan penuh obses dan ganas secara halus. memang 'dark').
banyak juga babak 'panas'-aleeza kasim seksi siot nak mampus (dahla dia sedia seksi).

jangan sampai makan diri.
3 stars out of 5

-habis-

2 ulasan:

Amir Muhammad berkata...

Terima kasih untuk ulasan anda, Biskut :-)

biskott berkata...

sama-sama enchik amir.
=]
**pengsan..