masa aku cuti hari itu, memang kecoh dengan kes demam chikungunya kat tempat aku: johor. mula-mula heboh di kawasan gelang patah. mak aku asyik sebut 'chikungunya' (mula-mula aku tak dapat tangkap, maka aku sebut 'chinguya' atau 'chiguya'. bila aku balik sini, aku teringat ada satu kali dr. azmi tanya satu kelas: tahu tak pasal demam chikungunya? kebanyakannya tak tahu. kawan yang duduk sebelah aku pon tak tahu. aku dengan bangganya tersenyum: sekurang-kurangnya aku pernah dengar dan tahu sikit-sikit pasal simptom-simptom dan vektor pembawanya (konon-kononnya rasa lebih ke depan berbanding orang lain.haha). bila dr.azmi kata di johor memang heboh dengan kes chikungunya neh, kawan sebelah aku berkata: padanla kao tahu. orang johor je yang kena (sambil gelak sindir. cheh). aku gelak saja. sekurang-kurangnya aku tahu juga kan?(aku selalu melabel diri sendiri sebagai seorang manusia yang lambat ambik tahu pasal nota-nota terbaru di kedai fotostat dan topik-topik yang bakal diajar dalam kuliah esok hari-aku malas la nak berjalan ke kedai tu-penat dowh). kiranya agak selalu ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.haha.
chikungunya neh disebabkan oleh alfavirus (dari keluarga Togaviridae) yang dibawa oleh nyamuk aedes (yang juga merupakan si pembawa denggi). perbezaan ketara antara chikungunya dengan denggi: orang yang kena demam chikugunya akan mengalami sakit-sakit sendi. selain itu, demam chikungunya setakat ini dilaporkan tidak membawa kepada kematian (kalau nak dibandingkan dengan denggi berdarah). aku berpendapat kemeriahan wabak inip di johor mungkin sebab pendatang asing dari indon yang bawak. aku rasala kan.
kenapa aku berchakap pasal chikungunya pagi-pagi macam inip? sebab tadi mak aku call. dia kata dia kena demam chikungunya. demam dan sendi-sendi dia sakit terutamanya kaki dia. sampai terpaksa merangkak kalau nak pergi dapur ke apa. kalau solat, memang kena tahan la kesakitan itu. mak aku tgh cuti lagik sebab masih rasa sakit. mak aku kata lagi ruam-ruam tengah naik. ayah aku pon kena tapi dah ok. kesian mak. dahla haritu dia selalu sakit-sakit lutut sebab terlalu banyak berjalan ke sana ke mari sebab banyak sangat kursus dan meeting.
informasi lain yang diberikan oleh mak aku
1. esok dia poskan buah pulasan: yeayyy! (aku tak jumpa la pulasan kat sini) tak sabar rasanya.
2. bil internet masa aku cuti 3 bulan itu cecah 500 hengget: beha yang pakai banyak!kerja dia download saja!
3. kakak aku balik rumah mertua dia: mesti mak ayah aku sunyi sebab budak kechik tu tak ada.
4. ayah belanja banyak bulan julai: beli tv baru dan astro kedua (aku tak pasti kenapa.haha. mungkin tensi sebab aku selalu terboikot berita dunia sebab nak tengok cherita lain).
ok, tukar cherita lain. walaupon kao orang dah muak dengar bebelan aku pasal satu bende inip, tapi aku tetap nak chakap juga: lab report aku tak siap lagik!deadline esok untuk 2 lab reports. mati laa. maka, sekarang biskut nak pergi mandi dan mula membuat lab report. huhu.
lagu tema entri kali inip (sebab aku tengah layan):
Hello-Evanescence
playground school bell rings again
rain clouds come to play again
has no one told you she's not breathing?
hello I am your mind giving you someone to talk to
hello
if I smile and don't believe
soon I know I'll wake from this dream
don't try to fix me, I'm not broken
hello I'm the lie living for you so you can hide
don't cry
suddenly I know I'm not sleeping
hello I'm still here
all that's left of yesterday
-habis-
kredit untuk chokilala.blogspot.com untuk emoticon monyet itu.
Ahad, Ogos 03, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan